Created by: NOR SHUHADA BT IBRAHIM (SY1079)
Teliti itu penting!
Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah
melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat.. mereka berkumpul mengelilingi
tempat mayat itu diletakkan..
"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi
seorang doktor", kata pensyarah itu.
Pertama..
“kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai
contoh, pensyarah itu memasukkan satu jarinya ke mulut mayat, lalu
menariknya semula dan menjilat jarinya itu.
"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat.
Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya.
Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan
berkata....
"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti
tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk.....

p/s: Kita semua sedia maklum, ketelitian dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan. Tidak kira sama ada di sekolah, pejabat, kilang, kampus atau dimana sahaja. Ini kerana dengan ketelitian itu akan terbentuknya hasil yang membanggakan dan kepuasan kepada diri sendiri. Bagi para pelajar pula, pastinya ia sudah menjadi penilaian para pensyarah untuk di “mark”. Justeru, artikel di atas adalah untuk memperingati kita semula agar lebih berhati-hati dan ketelitian menjadi factor utama dalam sesuatu kerja, jika kita mengabaikannya, maka jadilah seperti pelajar tersebut. Akhirnya pasti penyesalan tak sudah kan.. J J
Itulah perkongsian dari ana yang ringkas tapi bermakna.
0 comments:
Post a Comment