(23/8/2011 SELASA)
Berita -Akhbar
-Television
-Radio
-Media Baru
PENULISAN BERITA AKHBAR:-
Sebelum menceburi bidang kewartawanan, saya beranggapan semua yang bekerja dengan akhbar adalah pemberita atau wartawan, pemberita & wartawan adalah sinonim pemberita itu wartawan, wartawan itu adalah pemberita, hanya selepas memasuki bidang ini, baru saya tahu bahawa wartawan adalah istilah untuk dunia kewartawanan. Selain pemberita, seorang wartawan itu juga boleh menjadi penulis rencana, penyunting, pengarang, penulis tajuk, penterjemah di meja luar Negara.
Lantaran kedanggalan pada peringkat awal saya memberi erti berita dengan menyatakan apa juga laporan yang dimuatkan dalam akhbar atau laporan yang disiarkan oleh program television & radio dipanggil berita tapi kemudiannya saya dapati takrifan itu sesungguhnya bermasalah.
Kandungan akhbar tidak 100% berita terdapat bahan-bahan bukan berita yang dipanggil rencana terdapat juga iklan, kartun, dan komik. Begitu juga dengan laporan dalam program berita television & radio bukan semua yang disiarkan adalah berita. Takrifan yang lebih baik ialah berita adalah sesuatu yang factuan , baru & menarik. Dalam berita mesti ada fakta bukan rekaan & dongenggan seperti dalam cerpen atau novel. Tanpa fakta tidak akan ada berita, tetapi fakta sahaja tidak cukup, fakta itu mestilah baru. Fakta baru sahaja tidak memadai, Fakta baru itu mesti menarik minat orang membacanya, mendengarnya, menontonnya. Dalam jumlah yang agak sagnifikan. Audience yang ingin di pikat menerusi cerita bukan sahaja besar dari segi jumlah tetapi juga harus merangkumi minat & profail mereka dengan mengambi kira usia, gender, bangsa, etnik, peganggan politik, agama, tahap pendidikan & sebagainya. Jika audience yang cukup besar, tidak tertarik dengan fakta-fakta baru itu, dan tidak akan dinilai sebagai berita.
NILAI BERITA
Penentuan oleh wartawan tentang unsur-unsur penting mengenai kejadian, peristiwa & individu yang ingin diketahui orang & seterusnya dihebahkan melalui media serta mahu di baca, dianggap sebagai nilai berita. Terpulanglah kepada wartawan itu untuk menentukan berita itu bernilai tinggi atau sebaliknya atau tidak bernilai sama sekali. Penilaian itu lazimnya dikaitkan dengan impak yang akan tinggalkan berikutan penyiaran berita itu ke atas pembaca, penonton & pendengar.
Impak itu boleh berbentuk rasional, misalnya tentang kesan cukai ke atas rakyat. Apabila diumumkan pengenalan cukai-cukai baru oleh menteri kewangan dalam pembentangan bajet tahunannya, impak itu juga boleh berbentuk emosional terutama berkaitan tentang tragedy dan kemalangan yang tidak membabitkan mereka. Impak emosi ini akan menegaskan nilai kemanusiaan atau perasaan simpati terhadap nasib malang orang lain.
Para wartawan juga menilai berita dari sudut-sudut berikut:-
a) Kedekatan dari segi ruang dan masa
b) Tepat pada waktunya
c) Akibat & kesan
d) Hebat, penting & besar
e) Konflik
f) Krisis luar biasa
g) Cerita manusiawi & lain-lain
Tetapi dengan membaca akhbar harian, anda faham apa yang dimaksudkan, orang media selalu mengatakan kemampuan untuk menghidu fakta baru & menarik untuk dijadikan berita atau apa yang dipanggil news sense yang ada pada mereka. Ada banyak diktum tentang berita: “Anjing gigit manusia bukan berita tetapi manusia gigit anjing adalah berita, bahawa berita buruk lebih menarik minat orang daripada berita baik. Berita yang cuba disembunyikan lazimnya juga, menarik minat ramai, terutama di kalangan yang suka menjag atepi kain orang. Ada yang cuba ditindas oleh pihak berkuasa juga mempunyai nilai berita. Pembaca, penonton & pendengar juga dikatakan berminat dengan peristiwa & isu-isu yang membabitkan mereka secara langsung. Bahawa berita adalah tentang manusia, bahawa pembaca, penonton, & pendengar, mahu membaca, mendengar & menonoton tentang orang seperti mereka. Secara lebih khusus mereka asyik dengan kehidupan kisah cinta, skandal orang-orang yang ada nama.
Dengan kata-kata lain, berita adalah kejadian penting & menarik yang berlaku setiap hari dalam kehidupan manusia. Kejadian penting yang dinilai baru hamper dengan kita dari segi tempat & hubungan mempunyai kesan tragis seperti kemalangan, pembunuhan, kematian, malapetaka, semula jadi & konflik seperti peperangan, persengketaan, perbalahan antara individu, masyarakat kumpulan atau Negara, membabitkan orang-orang terkenal, samada yang hidup atau yang sudah mati. Mempunyai impak ke atas masyarakat, kemungkinan besar mendapat liputan media cetak atau elektronik.
PEMILIHAN BERITA BUKAN NILAI BERITA
Selain apa yang di panggil nilai berita, kejadian besar penting yang dianggap baru hamper dengan kita, mempunyai kesan tragis, ada impak & kesan, cerita-cerita kemanusiaan & cerita orang terkenal & pembesar. Pemilihan berita juga dipengaruhi beberapa factor lain dalam persekitaran social, sesuatu penerbitan itu bergerak & beroperasi.
Bruce D’ Hule & Doughlas A.Andorson ‘New Writing And Reporting For Today’s”, mengenal pasti bahawa, factor-faktor bukan nilai berita termasuklah:
a) Naluri editor & wartawan
b) Sasaran audience penerbitan berkenan
c) Ruang berita
d) Bekalan berita
e) Falsafah/ pendirian yang diperjuangkan oleh sesuatu penerbitan
f) Tekanan daripada penerbitan atau tuan punya penerbitan
g) Pengaruh pengiklanan
h) Campuran laporan (perimbangan antara berita & rencana, berita tempatan & luar Negara)
i) Persaingan di kalangan media
j) Perubahan pendidikan atau demografi
p/s: Klu peperiksaan: (Terangkan Faktor-faktor bukan nilai berita)
FORMAT TEMURAMAH
PEMILIHAN TEMPAT:
· Ditentukan oleh lokasi, di mana wawancara itu diadakan, jika ia set-piece-interview ia boleh dilakukan tempat tetamu atau responden, ini menggambarkan temuramah itu dipersetujui & biasanya diadakan dalam keadaan mesra
TEMURAMAH STUDIO:
· Biasanya tetamu datang ke studio untuk ditemu ramah, ini diadakan untuk membayangkan kesediaan tetamu untuk diwawancara & dilakukan dalam keadaan mesra juga.
SPORT INTERVIEW
· Diadakan secara mendadak tetapi membuat temu janji terlebih dahulu, di beri dengan notis yang singkat, untuk mengulas perkembangan berlaku secara tiba-tiba, biasanya di buat di lapangan seperti polis atau bomba menjelaskan nahas yang berlaku.
TEMURAMAH TERJAH
· (doorstepper) dilakukan tanpa temu janji biasanya wartawan tunggu di pintu rumah atau pejabat. Cara ini tidak disenangi oleh orang yang ditemu ramah kerena mereka adakalanya tidak bersedia untuk diajukan persoalan. Dalam kes yang ekstrem, jawapan yang diberikan sekadar ‘No Komen’.
VOX POP
· Meninjau pandangan orang ramai secara spontan untuk mendapatkan pendapat mereka tentang sesuatu isu yang memlibatkan masyarakat yang di cari adalah pandangan yang pelbagai mengenai isu yang sama. Di buat secara rambang dikalangan yang dianggap bukan pakar.
PERSIDANGAN AKHBAR
· Ini juga satu bentuk temuramah yang gemar dilakukan oleh orang politik, tokoh korporat. Wartawan yang mewakili media, yang berminat dijemput untuk menghadiri sesi temuramah ini. Pemberi siding akhbar, akan membuat kenyataan awal diikuti dengan kenyataan susulan atau pertanyaan apa sahaja.
TEMURAMAH LOKASI
· Seperti di makmal bagi seorang saintis, di bilik berita bagi seorang pengarang.
TEMURAMAH TELEFON
· Tidak begitu ramai & tidak begitu sesuai untuk TV, tetapi kerap dilakukan kerana kesuntukkan masa untuk mendapatkan reaksi masalah yang berlaku atau akibat kegagalan merancang pada awalnya.
PENDEKATAN TEMU RAMAH
· Pendekatan temuramah banyak diwarnai oleh pentadbiran oleh program itu sendiri atau pengacaranya, ia boleh mengambil pendekatan berkonfrontasi, berkongsi perasaan tetamu seperti yang dilakukan oleh Barbara Walter dalam program di Amerika Syarikat.
· Oprah pula mengambil pendekatan ‘enthuasistic probing’, ada juga bentuk temuramah akademik atau kesarjanaan yang bermain dengan teori-teori ilmu.
PERSIAPAN MEMILIH SUBJEK
· Apabila anda ingin menemuramah sumber pastikan anda awal-awal memilih topik yang ingin dikatakan. Jangan pergi interview sumber dengan kepala kosong. Pastikan interview itu untuk menghasilkan sebuah berita, rencana @ penulisan yang berbentuk penyiasatan. Setiap-setiap tulisan-tulisan ini memerlukan pendekatan & barangkali wawancara yang berbeza. Sekiranya untuk rencana anda hendaklah mendapat sebanyak mungkin maklumat mengenai orang yang di interview. Bagi sebuah rencana profail, sumber adalah kunci utama tulisan, wawancara akan menentukan tulisan anda baik @ sebaliknya. Bagiberita pula, wawancara yang diadakan tidak perlu mendalam, cukup sekadar mengajukan pertanyaan yang berkaitan dengan bahan berita yang hendak di hasilkan, sekiranyan wawancara itu untuk tulisan penyiasatan, si wartawan perlu membuat persiapan yang rapi tentang topic & sumber-sumber yang ingin di interview.Mungkin interview perlu dilakukan secara sembunyi terutama dalam kes melibatkan scandal, penyelewangan, rasuah @ penyalahan gunaan kuasa.
BUAT TEMU JANJI
· Kalau deadline tidak terdesak telefon @ tulis lebih awal kepada orang yang berkenaan untuk mendapatkantemyramah itu. Untuk mendapatkan bahan bagi kejadian yang berlaku secara mendadak, temuramah biasanya akan dilakukan pada waktu itu juga, kemungkinannyadi tempat kejadian. Pemberita bertanya sesiapa sahaja yang di temui ketika itu juga. Kenalkan diri anda, beritahu nama anda dan akhbar @ pemberita yang diwakili.
· Mohon temuramah diadakan mengikut kesesuaian & keselesaan orang yang mahu di temu ramah. Biar mereka tentukan hari, waktu & tempat temuramah. Maklumkan kepadanya deadline anda supaya pertimbangan boleh di buat untuk menyegerakannya @ melambatkannya.
NYATAKAN BERITA@RENCANA YANG INGIN DIHASILKAN
· Ini bertujuan supaya mereka tahu temu ramah itu adalah untuk dirinya semata-mata @ sekadar ingin mendapatkan petikan beberapa perenggan sahaja. Individu yang hendak di temuramah biasanya sibuk, nyatakan berapa lama anda hendak temuramah itu diadakan.
· Pada hari temuramah diadakan pakailah pakaian sesuai, hadir tepat pada waktu yang dijanjikan, kalau boleh awal sedikit, katakana 15@10 minit lebih awal, jangan sekali-sekali lewat. Kedatangan awal menunjukkan anda berinisiatif.
SESI SOAL JAWAB 3 KAEDAH LAZIM:
Pertanyaan boleh diajukan dengan pelbagai kaedah baik secara tersusun atau kalangkabut bergantung kepada perancangan awal di buat. Buatlah perancangan & persediaan yang secukupnya. Kita akan mensia-siakan peluang yang diberikan untuk menemuramahkan orang berkenaan. Terdapat 3 pendekatan lazim untuk mengadakan temu ramah:
a) Kaedah Corong
b) Kaedah Corong Terbalik
c) Kaedah Pertanyaan Bebas
KAEDAH CORONG
Ø Kaedah corong di mulakan dengan perkara-perkara umum secara santai dengan mengajukan soalan-soalan mudah. Kaedah ini memberi keselesaan kepada sumber & anda. Ini diikuti dengan pertanyaan yang lebih spesifik & keras pada bahagian belakang wawancara
KAEDAH CORONG TERBALIK
Ø Menggunakan kaedah ini, pertanyaan utama yang lebih spesifik, akan diajukan terlebih dahulu, cara biasa ini digunakan sewaktu mewancara pegawai penguatkuasa atau pegawai kerajaan yang memang sudah biasa dengan cara kelihatan bermusuhan itu.
KAEDAH PERTANYAAN BEBAS
Ø Kaedah ini membolehkan anda bertanya ikut suka, tetapi tidaklah sampai terkeluar daripada topic wawancara.
PENDULU BERITA (INTRO)
Pendulu Berita atau intro adalah perenggan pertama sesebuah berita & merupakan cirri yang terpenting. Sebuah Berita samada disiarkan di media Cetak @ Media Elektronik perlu mempunyai pendulu istimewa & menarik. Setelah di tulis beberapa potong ayat, maka di jelaskan kepada para pembaca, apakah berita, yang dikemukakan seterusnya, umumnya, pendulu harus berupaya untuk menarik perhatian pembaca. Tidak lama dahulu, setiap pendulu, perlu menjawab ke enam-enam soalan iaitu, who,what,when,where, why dan how. Dewasa ini, kebanyakkan akhbar, tidak lagi menggunakan cara tersebut, kerana penggunaan pendulu yang panjang tidak digalakkan. Pembaca dewasa ini, tidak perlu mendapat semua fakta dalam satu perenggan yang dimuatkan dalam pendulu, kerana ia boleh membengongkan pembaca.
Abdul Samad Ismail, dalam bukunya khusus wartawan berpendapat pendulu boleh disifatkan sebagai pintu sebuah rumah, ia mengajak pembaca masuk ke dalam bilik demi bilik hingga ke seluruh rumah & orang yang menjadi pembimbing pembaca tadi ialah pemberita.
Pendulu yang terbaik di buat dengan tujuan berikut:
a) Untuk menarik perhatian pembaca
b) Memudahkan pembaca
Untuk mencapai tujuan tersebut, maka adalah penting pendulu di olah supaya mudah difahami. Pendulu juga hendaklan menarik, tepat dan berkesan. Pendulu juga menonjolkan keseluruhan tema berita yang mahu disajikan. Agensi berita luar yang sering memaparkan pendulu yang baik, dalam siaran beritanya menggunakan anatara 18-20 patah perkataan dalam pengolahan pendulu.
Saudara Mansor Ahmad Saman berpendapat bagi menghasilkan pendulu yang baik, ayat yang digunakan mestilah tidak melebihi 25 perkataan. 2-3 baris ayat sudah memadai bagi mengahsilkan pendulu yang baik.
Penggunaan pendulu yang panjang tidka digalakkan kerana pembaca tidak berminat untuk membacanya, zaman yang serba cepat & terburu-buru ini memaksa pembaca akhbar memilih berita pendek, padat & mudah difahami. Lagipun tidak semua pembaca yang membeli akhbar membaca setiap berita yang terkandung dalam berita. Mereka hanya membaca berita yang mereka minati atau yang berkenaan dengan diri mereka.
Masalah utama yang sering dihadapi oleh para wartawan ketika membuat pendulu ialah memilih fakta yang terbaru dan belum diketahui umum. Satu lagi factor yang wajar di beri perhatian ialah pemilihan pendulu ialah berpandukan fakta penting & luar biasa. Ini adalah kerana peristiwa luar biasa lebih menarik minat pembaca daripada peristiwa biasa yang mendatar dan bersahaja. Walaubagaimanapun, pemilihan pendulu banyak bergantung kepada jenis berita samada bentuk ucapan, kemalangan, jenayah atau pengadilan atau wawancara.
BEBERAPA TIPS UNTUK MENGHASILKAN INTRO YANG BAIK
a) Jangan mulakan intro @ Pendulu dengan soalan yang memerlukan penjelasan lanjut.
b) Jangan mulakan intro @ pendulu dengan butiran yang mewujudkan masalah-masalah tepografi(angka)
c) Jangan mulakan intro dengan butiran yang boleh memperlahankan bacaan atau pembacaan seperti perkataan asing yang panjang.
d) Jangan mulakan dengan bila dan di mana, bagaimana dan mengapa.
e) Mulakan dengan ayat yang rangup yang menceritakan segala-galanya dengan nyata.
PENDULU TRADISIONAL @ PYRAMID TERBALIK
Intro tradisional adalah pendulu yang ditulis secara pyramid terbalik. Fakta paling penting kejadian atau peristiwa atau kejadian diletakkan paling atas diikuti dengan fakta-fakta penting yang lain, fakta sokongan & maklumat-maklumat mendokong berita. Kebanyakkan intro lazimnya menguatkan elemen siapa & apa, siapa boleh jadi orang, syarikat atau organisasi. Siapa boleh menjadi, Perdana Menteri , polis, pencuri, penyamun atau sebagainya. Dikalangan siapa ada yang penting dan ada yang tidak begitu penting. Kalau dia dikenali, kedudukannya @ jawatannya tidak perlu disebut dalam intro. Contohnya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Mohd Najib tidak perlu diperkenalkan lagi dengan kedudukan yang disandang sebagai pemimpin nombor 1 atau nombor 2 negara. Begitu juga dengan tokoh-tokoh lain yang mempunyai kedudukan di dalam sector awam & swasta tetapi nama-nama kecil hanya akan menjadi intro dalam musibah seperti kemalangan jalan raya, atau terlibat dalam jenayah. Jelas di sini bahawa tidak semua orang atau siapa menarik untuk dijadikan berita. Sesetengah orang ternama telah dikenali, & nama mereka boleh melariskan akhbar bagaimana remeh sekalipun berita tentang mereka. Misalnya perkahwinan di antara Era Fazira dan suaminya.
INTRO SATU @ DUA BUTIR @ LEBIH.
Intro @ pendulu boleh memuatkan satu @ dua butir @ lebih. Sebaik-baiknya intro hendaklah satu butiran. Dengan itu mudah untuk di fahami.
PENULISAN BERITA MEDIA BARU
Kemunculan internet tahun 1990 an, telah membawa satu dimensi baru, dalam bidang kewartawanan & penulisan. Satu lagi cara kewartawanan lahir ke dunia. Ia dikenali sebagai kewartawanan ‘Online’. Ia memeriahkan kewartawanan cetak & elektronik yang sudah bertapak kukuh. Selain kemunculan rangkaian maklumat baru, sebagai penyebar berita & rencana, baik berbentuk laman web, portal berita, internet juga turut melahirkan ‘web log’ atau lebih dikenali sebagai ‘blog’ yang membuka jalan kepada kemunculan kewartawanan pembabitan. Blog ini boleh dimiliki oleh institusi atau individu.
Audien kewartawanan Online dipanggil ‘netizen’ atau warga internet. Ada juga yang memanggil mereka sebagai ‘reseptor’ Menurut satu tinjauan hingga akhir 2007, terdapat 11 juta pengguna internet di Malaysia. Hamper separuh daripada mereka pengguna aktif media massa. Bilangannya yang dijangka meningkat terutama dikalangan generasi baru.
Blog, menggali fakta, menghamburkan pendapat & memuntahkan berita. Dalam bentuk yang tradisional, blog dipautkan dengan artikel-artikel yang menarik pada internet. Ada juga blog yang berminat hanya dengan penulisan, bukan pautan. Blog-blog khusus untuk melayang golongan kecil & terpinggir yang diabaikan oleh media utama juga muncul, begitu juga dengan blog-blog geografi untuk memenuhi keperluan daerah, rantau & wilayah.
Setiap orang tanpa mengira darjat & kedudukan boleh memiliki blog mereka sendiri. Para wartawan yang sudah bersara, atau diberhentikan yang berkemungkinan sukar untuk mencari kerja di tempat lain, mendapat wadah baru untuk mempertajamkan mata pena masing-masing dengan lebih bebaslagi. Sekiranya sewaktu berkhidmat dengan organisasi media tertentu, kebebasan mereka dikongkong oleh factor dalam organisasi & juga di luar oleh peraturan & undang-undang Negara sebagai penulis blog, mereka berbuat apa sahaja termasuk memfitnah & berbohong serta mengambil sikap yang kritikal terhadap kerajaan & para pemimpinnya. Ada juga diantara mereka tidak gentar untuk menghadapi undang-undang.
Penciptaan internet bukan sahaja melahirkan kewartawanan online tetapi turut dimanfaatkan oleh media cetak & elektronik sebagai media baru bagi meluaskan capaian audien masing-masing. Mereka turut membangunkan blog-blog mereka sendiri. Pembaca, penonton dan pendengar boleh bertukar-tukar pandangan dengan ketua editor, pengarah, pengarang meja malah pemberita secara langsung. Ramalan bahawa media baru berkemampuan untuk membekalkan maklumat tentang kejadian sebaik sahaja ia berlaku dengan cara interaktif akan menggantikan yang lama tidak berlaku. Media baru itu, tidak membahang media lama dari segi penyebaran berita.
Maksud ‘Watch dog’
Wartawan yang bertanggungjawab untuk membela mereka yang lemah, tertindas dan terpinggir daripada asakan golongan yang berpengaruh dan berkuasa dengan kata lain, wartawan sebagai penyemak dan pengimbang terhadap 3 institusi utama Negara yang lain seperti:
a) Eksekutif
b) Legaisitif
c) Judisiari
PPererlembagaan mana-mana Negara tidak pernah memberi legitimasi kepada wartawan untuk menjadi satu abang kuasa pemerintahan.
PENULISAN MENCARI MAKLUMAT
Penulis adalah seorang pencerita iaitu tukang cerita atau (story teller), kita menulis bukan untuk diri kita, tetapi berkongsi pengalaman kita dengan audience. Audience di sini bermaksud, pembaca akhbar, penonton tv, atau pendengar radio. Karya kita boleh berbentuk fiction, seperti cerpen, sajak, pantun, atau malap novel. Karya-karya bukan fiction pula boleh berbentuk laporan berita atau penulisan rencana. Beza fiksyen dengan bukan fiksyen adalah jelas.Fiksyen karya rekaan mungkin dongengganyang boleh bersumberkan hal sebenar. Bukan fiksyen pula, adalah karya yang diasakan oleh fakta dan akal. Maklumat yang disampaikan tidak boleh di reka-reka. Sebagai pencerita, kita sebenar menganyam maklumat atau bahan benda untuk menjadi sebuah karya yang boleh di fahami oleh audience. Ini kerana maklumat penting untuk seorang penulis. Lengkap atau sebaliknya, menentukan samada seorang penulis boleh menjadi penulis berkesan.
Persoalannya, Bagaimana mencari maklumat?
MENCARI MAKLUMAT
Ada maklumat atang bergolek kepada penulis, misalnya orang ramai mungkin menelefon kita untuk memberi tips, tentang sesuatu, peristiwa atau perkara. Organisasi menghantar kepada bilik berita, kenyataan media, menjemput wartawan menghadiri majlis yang mereka anjurkan atau adakan acara yang mereka rancang beberapa hari sebelum majlis berlangsung. Yang lain menghantar kenyataan media, menghebahkan produk baru atau dalam kes kementerian kesihatan, atau meletusnya wabak penyakit. Peneraju-peneraju editorial biasanya mendapat tip daripada kalangan yang tidak mahu memperkenalkan diri mereka untuk di beri kepada wartawan sebagai susulan.
Maklumat yang di beri adalah benar & betul. Ada juga yang tersalut dengan agenda. Malah ada yang bertujuan memerangkap dengan menyalurkan berita & maklumat yang berat sebelah. Sebagai pencerita terpulanglah kepada kita untuk membuat pengesahan samada maklumat yang kita terima boleh di pakai atau kalau tidak boleh di pakai boleh mengheret kita ke makhamah. jika terdapat fakta yang tidak benar & beransur fitnah. Lantaran itu, sebagai seorang pemberita, kita juga kena tahu batas undang-undang, kita mesti berpegang kepada asas kewartawanan untuk melaporkan kebenaran dan kejujuran dengan cara yang adil & saksama serta menghormati sumber & audience di samping itu, kita hendaklah objektif dalam karya-karya yang kita hasilkan.
Maklumat yang Di Cari:
Tidak semua maklumat datang bergolek. Penulis perlu menghidu atau mengusahakanya. Penulis perlu menggunakan ketajaman minda untuk mengesan maklumat atau mengusahakannya dengan menggunakan beberapa strategi. Antaranya:
a) Melalui kenalan
b) Orang yang berkuasa
c) Dokumen-dokumen tertentu
d) Laporan orang lain
e) Keratin akhbar mengenai sesuatu isu & kejadian
f) Wartawan membuat catatan harian untuk dijadikan rujukan
MENCARI MAKLUMAT MELALUI WAWANCARA
Wawancara adalah penting bagi mendapatkan bahan & maklumat untuk menulis berita & rencana. Sewaktu melakukan wawancara seseorang wartawan, mestilah menganjurkan soalan yang tepat dengan cara yang sopan & halus. Cara ini akan membuka jendela berita seluas-luasnya. Jika gagal bertanya soalan yang betul, atau soalan-soalan yang secukupnya atau gagal Tanya sama sekali, Maka jendela berita akan tertutup rapat. Tugas wawancara tidak boleh di anggap remeh. Ia memerlukan kerja rumah, wawancara memerlukan kesabaran, kerana selain bertanya wartawan perlu mendengar jawapann & pada masa yang sama wartawan perlu memikirkan soalan seterusnya……………………………………………………………….. Wartawan yang membuat persiapan sebelum wawancara boleh mengenal pasti, samada sumber di temu ramah, bercakap benar, berbohong atau cuba memainkan wartawan dengan jawapannya.
3 jenis wawancara berdasarkan buku (Robert L. Hiliard) iaitu:
a) Writing for television
b) Radio And New Media
Dan melalui buku tersebut, dinyatakan 3 jenis temuramah iaitu:
a) Temuramah Pendapat
b) Temuramah Maklumat
c) Temuramah Personaliti
TEMURAMAH PENDAPAT
Tumpuan temuramah ini terhadap pegangan atau apa yang dipercayai oleh seseorang tokoh. Ia bertujuan menjelaskan mengapa tokoh berkenaan mengambil sesuatu pendirian @ pandangan. Contoh tentang keganasan antarabangsa. Ada ahli akademik yang berpendapat keganasan global tidak dapat di hapuskan hanya dengan memenjarakan pengganas tetapi ada kaitan ketidakeadilan system ekonomki & politik dunia. Selagi ketidakadilan itu wujud yang di institusikan pendidikan talam dua muka kuasa-kuasa besar seperti yang dilakukan d asia barat. Selagi itulah berlaku keganasan.
TEMURAMAH MAKLUMAT
Temuramah jenis ini bertujuan menyebarkan maklumat mengenai sesuatu isu, misalnya kenapa kerajaan membetulkan jambatan Bangkok menuju Johor Bharu ke Singapura.Temuramah ini bertujuan untuk memberi fakta tentang sesuatu perkembangan/isu.
TEMURAMAH PERSONALITI
Bertujuan memperkenalkan seseorang personality & jg pandangannya mengenai pelbagai perkara. Personaliti yang mahu di temuramah itu mewakili perkara bidang kehidupan. Tetapi yang sering mendapat perhatian adalah para artis atau tokoh yang secara mendadak emnjadi bahan cerita. Wartawan akan berlumba-lumba mengadakan wawancara dengan tokoh berkenaan tetapi ada juga kemungkinan ketiga-tiga jenis temuramah itu diadunkan menjadi satu iaitu:
a) Untuk tujuan mendapat maklumat
b) Menonjolkan personaliti seseorang

0 comments:
Post a Comment