Oleh : Wan Fathiah Hanani Binti Wan Abdullah (UD 0652)
Bagaikan
membina sebuah mahligai mewah nan indah, material pembinaannya pastinya yang
terbaik. Dihiasi dengan aksesori elegan dan bernilai tinggi. Mahligai agam
sehebat ini harus punya asas yang kukuh agar pembinaannya kekal. Demikian juga
kepentingan rukun-rukun solat yang menjadi tiang-tiang asas kepada mahligai
solat. Namun keutuhan tiang solat ini hanya dapat diperolehi dengan pemasangan
pasak yang kemas dan kukuh.
Ilmu itu
adalah pasak yang mengukuhkan tiang solat atau rukun solat. Kegalan memahami
rukun-rukun solat menyebabkan solat yang dikerjakan tidak sempurna, bahkan
mungkin tidak sah. Ini bermakna walau sebaik mana seseorang itu mengerjakan
rukun dan sunat solat, tetapi tanpa ilmu mengenal pasti antara rukun dan sunat,
solat hanya sia-sia.
Dalam solat
terdapat dua jenis perbuatan yang ditanda sebagai perbuatan fizikal dan
perbuatan lisan. Rukun dan sujud, misalnya, adalah perbuatan fizikal dalam
solat. Sementara takbiratul ihram dan membaca tasbih pula adalah perbuatan
lisan. Ulama fiqh menetapkan orang yang bersolat perlu mengetahui kedudukan
perbuatan yang dilakukannya.
Misalnya
sekiranya dia bertakbiratul ihram, dia perlu sedar apakah perbuatan tersebut
rukun atau sunat. Sekiranya tidak, solatnya tidak sah. Ini memberikan petanda
bahawa pentingnya ilmu dalam beribadah. Islam menolak pelaksanaan ibadah secara
membuta tuli tanpa mempelajari daripada sumber yang benar. Solat yang dilakukan
berdasarkan kebiasaan atau rutin yang dilihat, adalah sia-sia dan tidak
diiktiraf.
Kriteria
ini menunjukkan perbezaan ketara antara islam dan agama yang lain yang beramal
mengikut apa yang diajarkan oleh tok-tok sami dalam agama Buddha dan Hindu.
Atau sekadar mendengar tafsiran sendiri para paderi dan rabai dalam agama
Yahudi dan Kristian.
0 comments:
Post a Comment