Amalan Tertolak Kerana Mazmumah
Allah s.w.t telah menciptakan tujuh malaikat sebelum menciptakan langit dan bumi, kemudian ditentukan setiap mereka untuk menjaga pintu-pintu langit. Dan pada setiap pintu ini, malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan sama ada amalan manusia tersebut diterima dan dapat melalui ke pintu langit seterusnya ataupun sebaliknya.
1.Pintu Langit Pertama.
-Malaikat membawa amalan seseorang hamba yang mempunyai nur seperti cahaya matahari. Berkata malaikat penjaga pintu langit pertama " Pukullah amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah ( mengumpat ). Allah s.w.t menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya."
2.Pintu Langit Kedua.
-Selepas berjaya melalui pintu langit pertama, malaikat itu sampai ke pintu langit kedua dengan membawa amalan yang dilihat baik dan banyak. Berkata malaikat penjaga pintu langit kedua "Berhenti kamu dan pukul amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana dia berharap agar dengan amalannya dia mendapat keuntungan di dunia."
3.Pintu Langit Ketiga.
-Malaikat membawa amalan berupa pahala solat, sedekah, puasa. Para malaikat kagum melihat amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama dan kedua, akan tetapi ditahan di langit ketiga. Malaikat berkata "Allah swt menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang takabbur dapat melintasiku. Orang ini suka membesarkan diri di majlis orang ramai.
4.Pintu Langit Keempat.
-Amalan berupa tasbih, solat, puasa, haji dan umrah dibawa malaikat sehingga melepasi pintu langit keempat. Berkata malaikat penjaga pintu langit keempat " Allah s.w.t memerintahkan supaya amalan orang yang ujub tidak boleh melintasiku, dia beramal dengan dorongan perasaan ujub dalam dirinya.
5.Pintu Langit Kelima.
-Amalan yang dbawa berseri-seri, lalu berkata malaikat penjaga langit kelima " Berhenti dan buangkan amalan ini pada muka orang yang mengerjakannya. Mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalanya.
6.Pintu Langit Keenam.
-Malaikat membawa amalan solat, zakat, umrah, jihad dan puasa yang bercahaya seperti bulan purnama, lalu berkata malaikat penjaga langit keenam "Pukullah amalan ini kepada orang yang mengerjakannya kerana dia tiada belas kasihan kepada hamba-hambaNya yang menghadapi kesusahan."
7.Pintu Langit Ketujuh.
-Berkata malaikat sum'ah ( ingin mahsyur ) "Aku akan menghalang amalan orang yang riyak daripada sampai kepada Tuhanku, dia beramal bukan kerana mencari keredaan Allah s.w.t tetapi supaya amalannya disebut-sebut."
Kemudian, naiklah malaikat yang membawa amalan seorang yang berupa solat, zakat, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam diri dan berzikir yang dapat melintasi para malaikat penjaga langit dan bertemu dengan Allah swt . Allah s.w.t berfirman:
" Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaku ini. Aku lebih mengetahui segala isi hatinya. Dia tidak ikhlas kepadaku dengan amalannya. Dia boleh menipu orang lain, menipu kamu tetapi tidak boleh menipu Aku "
Disediakan oleh: Kurima Mursyidah Bt.Abdullah (DQ 0433 )
skip to main |
skip to sidebar
Pembaca Disayangi
Artikel
-
▼
2012
(135)
-
▼
February
(52)
- No title
- Kaedah untuk menarik perhatian masyarakat dalam be...
- Mutiara Hikmah buat Para Da'ie
- - I . M . A . N -
- KHAS BUAT TEMAN - TEMANKU..(^_^)
- SENYUM :)
- Srikandi Islam
- DERMA DARAH :)
- Keberanian Rasulullah S.A.W
- Tentang Wanita :)
- Tonggak kedua Rukun Negara perlu disuburkan
- REVOLUSI SISTEM PENDIDIKAN
- Mengelak diri dari mengumpat.
- Menguruskan alam sekitar menerusi pembacaan
- Marimo kawal biologi akuarium
- Mengenang tragedi Bukit Kepong
- Tumpukan Perhatian
- Pergi tak kembali
- APAKAH ITU CINTA WAHAI SAHABATKU
- Cinta seorang Ayah...
- SABAR ITU SANGATLAH INDAH..
- Khas Untukmu Siapa Bergelar Muslimat
- Jodoh Perkahwinan
- KISAH SAAD BIN ABI WAQQAS DENGAN IBUNYA
- Kisah Lima Pe
- Banyak Tapi Sedikit
- Kiat Mencari Jodoh
- Kelebihan Membaca Ayat Qursi
- The Meaning of True Love
- Last minute ~
- TENTANG CINTA ...
- Sentapan Jiwa. Pada suatu hari seekor keladai...
- Hikayat Wanita Idola. Wanita... Manis wajahmu bu...
- ...
- Amalan Tertolak Kerana Mazmumah Allah s.w.t telah...
- Buatmu Sahabat Mengertikah dikau? setiap kali ...
- Tonggak Akidah
- Tanah Sains Dan Kejadian Manusia
- Pasak Ilmu Membina Tiang Solat
- Makanlah Yang Halal Sahaja
- Keunggulan Wanita Pada Kaca Mata Islam
- Blogger Medan Dakwah Baru. Tidak kira kita sia...
- Daripada Tanah Kembali Ke Tanah
- Akhlak Mulia Perlukan Pembersihan Hati
- Muslimah Sejati. Kejadianmu terlalu indah ter...
- Ingat Allah Hati Tenang
- Tarikh Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
- Madu
- panduan menjadi isteri solehah
- ~ KELEMAHAN JIN ~
- Malam Yang Dingin
- ..:: IKHLAS ::..
-
▼
February
(52)
Reporters
Powered by Blogger.
Apa Yang Menarik ??
-
(23/8/2011 SELASA) Berita -Akhbar -Television -Radio -Media Baru PENULISAN BERITA AKHBAR:- ...
-
Menarik bukan? Petua orang tua-tua bukan petua semata-mata tetapi ia berkaitan dengan gelombang, titik pusat urat saraf atau titik refleksol...
-
MASTURA BINTI ABDULLAH ( UD 0661) SAAD BIN ABI WAQQAS Salah Seorang Daripada Sepuluh Sahabat Yang Dijanj...
-
Siti Norzanah Binti Ahmad (11060107) MARIMO mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat perlahan iaitu lebih kurang satu sentimeter setahun....
-
Nama: Abdul Hadi Ong B. Abdullah No. matrik:DQ 0424 Tradisi kekeluargaan orang Cina. Pengenalan Tamadun Cina merup...
-
Bismillahirrahmanirrahim, Ibnu Taimiyah mengatakan, " Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w melarang kita membunuh ular-ular yang berk...
-
oleh : siti norzanah bt ahmad (11060107) Alam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara ...
-
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamua'alaikum ... Faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan dalam kehidupan kita ialah 1) Panjang l...
-
Wanita Islam pada zaman Rasulullah SAW mempunyai peranan istimewa dalam melaksanakan amal kebajikan bagi melengkapkan peranan kaum lelaki....
-
Oleh : Nur Adibah Binti Kamarul Baharin ( SY 1070 ) Menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi ...
0 comments:
Post a Comment