Friday, 17 February 2012

SABAR ITU SANGATLAH INDAH..

MASTURA  BINTI  HAJI ABDULLAH ( UD 0661)


         SABAR ITU INDAH

Menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlaq orang-orang yang mulia. mereka menghadapi  kesulitan hidup dengan berlapang dada,tidak mudah menyerah,serta penuh dengan kepercayaan diri. kerana itu,jika kita bersabar,apa lagi yang boleh kita lakukan??.
      Apakan anda mempunyai penyelesaian yang lain daripada bersabar?dan apakah anda mengetahui senjata lain selain daripada kesabaran untuk menghadapi persoalan hidup?
  Suatu ketika seorang tokoh menghadapi pelbagai musibah yang datang silih berganti dalam hidupnya  dan juga berbagai kesulitan yang berlumba untuk menghancurkannya. setiap kali selesai daripada satu kesulitan,kesulitan yang lain pula datang mengunjunginya. Meskipun demikian,ternyata ia manpu menepis segala kesulitannya itu dengan penuh kesabaran dan menjadikan kepercayaannya terhadap Allah sebagai perisai diri daripada kehancuran.
     Demikianlah yang dilakukan oleh orang-orang yang mulia dan terhormat itu dalam berjuang melawan setiap dugaan dan mencampakkan semua kesulitan hidupnya terkapar di atas tanah.
    ketika beberapa orang sahabat menziarahi Abu Bakar R.A yang sedang terbaring sakit,para sahabat berkata kepadanya ;apakah perlu kami panggilkan seorang tabib untuk mengubatimu ? jawab Abu Bakar R.A : seorang tabib telah memeriksaku ! Para sahabat pun bertanya :"Apakah yang telah dikatakan olehnya"? jawab Abu Bakar R.A ."innifi fa'aalun liman uriid" ( sesungguhnya aku boleh melakukan apa sahaja yang aku mahu)

    Bersabarlah ! akan tetapi,ketahuilah bahawa anda tidak mampu bersikap sabar,kecuali atas pertolongan dan taufiq dari Allah . Bersabarlah sebagaimana  kesabaran orang yang yakin akan datangnya pertolongan Allah,orang yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali,orang yang mengharapkan pahala,dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa. Bersabarlah,meskipun anda menghadapi pelbagai persoalan hidup dan menghalangi jalan yang akan anda tempuhi. Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah  kesabaran,kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.
    Dan wajah mereka kembali bersinar memancarkan cahaya seiring dengan datangnya mentari kemenangan,keceriaan dan masa pertolongan.


    sekian... itulah INDAHNYA SABAR!!!  
moga-moga kita dari golongan yang penyabar... wallah'uallam..

0 comments:

Post a Comment