Saturday 5 May 2012

S.A.H.A.B.A.T

  - NuR aMaNi BiNTi JuSoH - 
  - SY 1066

  

  SAHABAT..

  Kekuatan bukanlah segalanya,
  Kerana ia hanya sementara dan akan binasa,
  Tetapi mencintai dan menerima diri seadanya,
  Adalah wujud daripada Hamba yang bersyukur kepada Tuhannya..

  Mengejar kehormatan dan kekuatan bukanlah tujuan,
  Tetapi mengejar cinta kasih sayang selalu memberikan ketenangan,
  Maka jangan kita  larang andai Sahabat kita menangis,
  Malah, ajarkan dia untuk mengenali dan menerima perasaannya..

  SAHABAT, katakan padanya..

  Bahawa air mata adalah anugerah Tuhan yang indah,
  Sehingga dia belajar untuk tidak kecewa oleh emosinya lagi,
  Dan jika mengerti, dia telah belajar untuk hidup dengan seteguhnya..

  Jangan pernah mengajar Sahabat kita untuk menjadi cantik,
  Tetapi ajarkan dia untuk mencintai dan menerima diri seseorang itu seadanya,
  Dan jangan sesekali kita ajarkan dia untuk menyenangkan hati wanita/lelaki,
  Tetapi ajarkan dia untuk menyenangkan hati Tuhan yang menciptanya..

  Islah kehidupan kita dengan cinta, hikmat dan kebijaksanaan,
  Bukan dengan harta, kecantikan paras rupa, gelaran dan kekuasaan,
  Ajarkan Sahabat kita menikmati keindahan mentari pagi,
  Dan kehangatan ketika menggenggam pasir pada waktu itu..

  Jika kita ingin Sahabat kita rajin beribadah kepada Allah,
  Maka, jadilah teladan untuknya dan gemakan keredhaan Allah dalam diri kita..

  SAHABAT..

  Jika kita ingin Sahabat yang mencintai ilmu pengetahuan,
  Pancarkan rasa ingin terus belajar dalam diri kita dan dia,
  Kerana nasihat kita tak dapat membuatnya mahu membaca,
  Ketika dia tidak pernah menyaksikan kita menikmati ilmu..

  Jika kita ingin Sahabat hidup dengan penuh kasih sayang,
  Tunjukkan cinta dan kasih kepadanya,
  Kata-kata sahaja tidak mampu membuatnya mengasihi,
  Jika dia tak pernah merasakan cukup perhatian daripada kita sebagai SAHABAT nya..






♥ Kualiti Hati ♥

 
   (= Nur Amani binti Jusoh ( SY 1066 ) =)




   Mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia. Sekiranya hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan. Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup.

   Bila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas.
Yang kaya, berkuasa dan ternama akan terus memburu kekayaan, keseronokan dan hiburan sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fatamorgana – bahang yang sangat panas disangka air.

   Apabila kualiti hati rendah, sedikit nikmat tidak cukup, banyaknya. Akibat tidak syukur, sabar, qanaah dan redha, diri akan diperhambakan oleh hawa nafsu dan syaitan ke arah kejahatan. Sebaliknya, hati yang kuat mampu mengawal nafsu (kehendak biologi, seksologi dan fisiologi)  umpama burung yang menerbangkan  sangkarnya. Manakala, hati yang lemah sentiasa  terkurung oleh kehendak-kehendak nafsu seperti burung yang terkurung oleh sangkarnya.

   Hati yang kuat akan memandang segala-galanya secara positif, mentafsirkannya secara positif dan bertindak secara positif. Inilah yang sering disebut oleh pakar motivasi sebagai berfikiran positif. Dan apabila kita berfikiran positif, segala yang positif akan tertarik kepada kita. Ini pula yang disebut sebagai hukum tarikan (law of attractions) dalam kehidupan. 

   Apa yang kita yakini dalam hati menentukan sudut pandang (worldview) kita seterusnya mempengaruhi sistem nilai, sikap serta kelakukan kita. Orang yang memiliki hati yang tenang (hasil keimananya kepada Allah)  akan melihat segala yang berlaku dari sudut pandangan akidah – tauhidic mind set, lantas sistem nilainya mengikut perspektif Allah dan Rasul-Nya. Nilai ini akan mempengaruhi sikapnya. Ia akan menjadi seorang mukmin yang segala kelakukannya berpandukan syariat dan akhlak Islamiah.

~ Cinta + Baitul Muslim ~

Oleh: NuR aMaNi bte. JuSoH ( SY 1066 )


Cinta?

Cinta adalah fitrah. Cinta adalah anugerah. Cinta adalah amanah.
Sejauh mana anda memandu cinta itu, semuanya terletak pada cinta anda pada DIA, Allah S.W.T.
Cinta kerana Allah. Bagaimana?
Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanan dan ketaatannya kepada Allah S.W.T. Uhibbuki Fillah..
Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W bersabda:

Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, "Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu" 

SubhanAllah..

Lihat bagaimana ganjaran Allah terhadap seseorang yang mencintai seseorang yang lain kerana keagungan –Nya.
Jadi anda bagaimana? Adakah anda mencintai seseorang itu kerana Allah?
Baitul Muslim?
Apa kaitannya ya dengan cinta?
Jom sama-sama kita meneroka dulu maksud Baitul Muslim.
Baitul Muslim merupakan salah satu konsep pembinaan ummah yang bermula daripada diri kita sendiri sehinggalah ke peringkat dunia.

Individu Muslim > Keluarga Muslim> Masyarakat Muslim> Negara Muslim> Dunia Muslim



Cinta + Baitul Muslim?
Bagaimana tu ya?
Mudah saja, tak salah untuk jatuh cinta sebab ia adalah fitrah tapi dengan syarat cinta itu mestilah CINTA KERANA ALLAH dan mesti ada MATLAMATNYA, iaitu PERKAHWINAN dan seterusnya disulami dengan niat untuk membina cinta dengan bermatlamatkan kepada pembinaan BAITUL MUSLIM. Subhanallah...
Tersangat indah kalau Cinta yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. itu kita bawa ke arah matlamat pembinaan Baitul Muslim. Insya'Allah akan bertambah-tambah indah lagi cinta yang lahir di hati kita itu. Ini adalah kerana cinta tidak semestinya cinta mencintai sesama pasangan yang hanya bermatlamatkan kepada perkahwinan semata-mata, iaitu yang kita fahami perkahwinan merupakan penyatuan dua hati dalam satu ikatan suci, ijab dan kabul, tapi jangan kita lupa cinta dan perkahwinan itu juga harus diisi dengan matlamat kepada pembinaan Baitul Muslim, iaitu pembinaan sebuah keluarga yang berlandaskan Islam yang sentiasa dipenuhi dengan suasana Islam yang akan diwarisi dari saru generasi ke satu generasi oleh zuriat kita sehingga mampu mewujudkan sebuah masyarakat yang berpegang pada syariat Islam dan mampu mentadir negara dengan syariat Islam.

Cuba kita bayangkan kalau dalam sesebuah keluarga itu diterapkan dengan suasana Islam, solat berjemaah bersama keluarga, tazkirah, makan bersama, Subhanallah, indahnya. Bukan sahaja kita dapat membina sebuah keluarga Islam yang berlandaskan syariat malah mampu memupuk pembinaan Ummah yang mampu mentadbir negara berlandaskan syariat Islam, Insya'Allah. Walau bagaimanapun, bukanya mudah untuk menanam rasa Cinta kerana Allah yang bermatlamatkan Baitul Muslim ditambah pula dengan diri kita sebagai manusia yang penuh kekurangan dan ditambah pula lagi dengan kemodenan dunia yang menjadi ujian buat kita. Namun kita perlu yakin, Insya'Allah jika kita betul-betul berusaha ke arahnya, Insya'Allah kita boleh. Ini adalah kerana kerana kita dipilih dan terpilih oleh DIA yang Maha Esa untuk mentadbir alam ini, DIA mengatahui akan kekuatan dan kelemahan diri kita. Insyallah DIA pasti membantu dan mempermudahkan setiap urusan kita dalam menuju Jannah –Nya. Insya'Allah.


Jom bina CINTA, bina Baitul Muslim.. >_<