Oleh : Wan Fathiah Hanani Binti Wan Abdullah (UD 0652)
Pembentukan
akhlak mulia adalah wajib malah itulah yang menjadi misi kedatangan Rasulullah
SAW. Sabda Baginda yang bermaksud : “Sesungguhnya aku diutuskan untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia.” Setiap umat islam perlu mempelajari ilmu
tasawuf kerana setiap umat islam perlu membersihkan hati daripada sifat keji.
Mungkin
ramai yang bertanya mengapa perlu membersihkan hati. Secara mudah, semua orang
suka akan kebersihan. Orang yang hatinya bersih senang didekati kerana
akhlaknya. Tetapi kalau dilihat dari sudut agama, semua ibadah yang kita ingin
persembahkan kepada Allah SWT mestilah yang bersih hati budinya, ikhlas
semata-mata kerana Allah SWT.
Dari sudut
matlamat ilmu tasawuf iaitu membersihkan hati daripada sifat mazmumah maka
perlulah diberi perhatian bagaimana membersihkan sifat tersebut. Sifat mazmumah
ini ada pada setiap orang, malah seperti mustahil sifat ini boleh dihapuskan
daripada diri seseorang. Tetapi kalau sifat ini ada dalam diri seseorang,
ibadahnya akan rosakk. Menyedari keadaan ini kita perlu belajar bagaimana untuk
membendung penyakit ini daripada menguasai diri kita. Cuma kaedahnya yang
mungkin berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain.
Walau
bagaimanapun kesemua sepuluh sifat mazmumah ini sangat bergantung kepada
disiplin tujuh anggota seseorang manusia. Untuk itu ketujuh-tujuh anggota
tersebut perlu dikawal agar sentiasa berperanan dan dimanfaatkan ke arah kebaikan
sahaja. Sebenarnya, semua anggota manusia merupakan anugerah Allah SWT sekali
gus diamanahkan untuk menjaganya dengan sempurna. Oleh sebab itu, manusia perlu
menggunakannya dengan baik ke arah kebaikan.
Selain itu
di akhirat nanti, apabila manusia diperiksa satu persatu tentang amalan manusia,
anggota itu jugalah yang akan mernjadi saksi terhadap perbuatan kita di dunia
ini. Ketika itu, manusia tidak boleh berbohong lagi kerana tangan, kaki dan
anggota yang lain akan memberi keterangan dengan betul dan ikhlas. Oleh itu,
manusia tidak berpeluang lagi untuk menipu seperti di dunia.
Firman
Allah SWT yang bermaksud : “pada hari ini Kami akan tutup mulut mereka, tangan
mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap
apa yang dahulu mereka lakukan.” (Surah Yasin : 65) berdasarkan itu, anggota
itu perlu dipelihara dengan sempurna dari awal kelahirannya terutama pada waktu
baligh sehingga ke akhir hayat. Di manapun manusia itu berada, anggota tubuhnya
mesti dipastikan hanya untuk kebaikan manusia sesuai dengan yang diamanahkan
oleh Allah SWT.
Setiap kali
anggota itu melakukan dosa sebenarnya dia telah menempah untuk tuannya satu
pintu neraka. Jadi, berhati-hatilah daripada terjebak dalam dosa yang boleh
membawa kepada neraka.
0 comments:
Post a Comment