Ada Apa Dengan Blog Ini ?

Assalamualaikum w.b.t ...


Blog ini bertujuan untuk kami, sebagai bakal wartawan dan penulis berkongsi pandangan , mengarang serta menerbitkan karya tersendiri. Kami adalah pelajar kursus Penulisan dan Kewartawanan di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ( KIAS ) , Nilam Puri , Kelantan. Dengan wujudnya blog ini , ia memberi peluang kepada kami untuk menajamkan skil penulisan di samping berbincang mengenai sesuatu isu atau topik yang diketengahkan.


Berbaloikah blog ini ???

YA !! Kewujudan blog ini sangat membantu kerana di luar sana terdapat ramai pelajar yang berbakat dalam bidang penulisan tetapi tidak berkembang. Salah satu faktornya adalah mereka tidak mempunyai ruang untuk menonjolkan diri dan tidak diberi peluang. Blog ini diwujudkan atas saranan pensyarah kami, Dr. Tuan Shamsuddin yang merupakan seorang tokoh berpengalaman dalam selok belok dunia penyiaran tanah air. Beliau menyokong sepenuhnya usaha mengembangkan dan menghidupkan blog ini agar para pelajar semakin mahir dalam bidang penulisan. Demikianlah sedikit sebanyak tentang latar belakang atau perihal lahirnya blog Penulisan dan Kewartawanan.




" Witness , Explore , Write "