Saturday, 4 February 2012

~ KELEMAHAN JIN ~

Jin dan syaitan juga mempunyai kelemahan. Firman Allah: " Sesungguhnya tipu daya syaitan adalah lemah. " (surah an-nisa': 76)
Allah s.w.t dan Rasul-Nya telah memberitahu kepada kita  tentang kelemahan jin dan syaitan antaranya :
Allah s.w.t tidak memberikan kepada syaitan la'natullah kemampuan untuk memaksa umat manusia dan menyeret mereka ke jurang kesesatan dan kekufuran, sebagaimana firman Allah s.w.t. :
" Sesungguhnya hamba-hambaKU, tidak ada kekuasaan bagi kamu atas mereka. Cukuplah Allah sebagai Penjaga." (surah al-Isra': 65 )

" Dan tidak adalah kekuasaan iblis terhadap mereka , melainkan hanyalah agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa yang ragu-ragu tentang itu. Dan Tuhan kamu Maha Memelihara segaa sesuatu. " ( surah Saba': 21 )

Maksud kedua-dua ayat ini adalah bahawa syaitan tidak memiliki jalan dan cara untuk menguasai umat manusia, baik dari segi hujah mahupun kemampuan, dan syaitan mengetahui dan mengakui sendiri kenyataan ini.
     Kemampuan syaitan menguasai para pengikutnya sebenarnya bukan kerana syaitan memiliki dalil atau hujah yang kuat, tetapi semata-mata kerana manusia sendirilah yang mahu mengikut ajakan dan pujukan syaitan yang sesuai dengan hasrat hawa nafsunya. Merek adalah manusia yang suka menuruti dorongan hawa nafsu, dan mahu memberi peluang kepada syaitan untuk menguasai dirinya. Maka, tatkala mereka sudah pasrah kepada syaitan dan menjadi tawanannya, maka syaitan diberi kekuasaan atas mereka oleh Allah s.w.t sebagai hukuman atas perbuatan sendiri. Jadi Allah s.w.t sebenarnya tidaklah memberikan kekuasaan kepada syaitan untuk menguasai hamba-hambaNya, sampai para hamba itu sendiri memberi jalan dan peluang untuk patuh dan taat kepada syaitan, kemudian di saat itulah, Allah s.w.t memberi kekuasaan kepada syaitan untuk mengendalikan manusia.

Nukilan Nurmaisarah Abdullah DQ0445

 

0 comments:

Post a Comment