Wanita Islam pada zaman Rasulullah SAW mempunyai peranan istimewa
dalam melaksanakan amal kebajikan bagi melengkapkan peranan kaum lelaki. Bahkan
peranan mereka mengatasi peranan lelaki dalam sesetengah bidang yang didominasi
oleh kaum wanita.
kaum wanita mempunyai beberapa keistimewaan dari sudut kesediaan,
kemampuan, sifat-sifat keperibadian, kejiwaan dan perasaan yang berbeza
daripada kaum lelaki.
Walaupun ciri-ciri ini turut dimiliki oleh lelaki, tetapi ia menjadi
kelebihan kepada kaum perempuan. Ia disebabkan oleh pengaruh dalaman yang
menjadikan wanita mudah menerimanya berbanding dengan lelaki.
Kajian dilakukan mendapati kaum wanita mudah terdedah dengan pengaruh
perasaan apabila membuat keputusan berbanding lelaki yang mengetepikan perasaan
apabila membuat sesuatu keputusan atau hukuman.
Wanita pertama yang mencadangkan penubuhan badan kebajikan itu
dikenali Asma’ Yazid al-Ansariyah. Beliau antara wanita yang melakukan baiah
dengan Rasulullah SAW di Aqabah. Beliau mempunyai akal pintar dan pendirian
agama yang teguh menyebabkan wanita Madinah melantiknya sebagai wakil mereka
untuk menyampaikan pandangan dan pendapat wanita kepada Rasulullah SAW. Ini
terbukti melalui kata-kata Asma’ Yazid “Sesungguhnya aku adalah utusan kepada
kumpulan wanita di belakangku. Mereka semua sependapat denganku” (Layth
al-Su’ud Jasim). Peranan Asma’ ini telah diikuti pula oleh Kaulah Qays yang
turut serta dalam pembukaan kota Kabul bersama suaminya Hisyam Amir.
wanita pada zaman Rasulullah SAW dibenarkan berpersatuan dan
mengeluarkan pendapat dan pandangan. Ini menunjukkan aktiviti wanita yang
dijalankan secara berkumpulan atau individu bagi mencapai objektif dan
kepentingan yang selari dengan tuntutan syarak.
Penjara wanita
Penjara wanita terletak berdekatan dengan masjid. Ia digunakan bagi
mengurung tawanan wanita selepas berlaku peperangan antara umat Islam dengan
kaum musyrikin sehingga keputusan dibuat untuk menentukan kedudukan mereka
seterusnya. Antara wanita yang pernah dikurung di penjara itu ialah Saffanah
Hati mal-Ta’iyy yang menjadi tawanan sewaktu Perang Tabuk. Sewaktu Rasulullah
melalui kawasan penjara tersebut, beliau meminta baginda membebaskan beliau
kerana kedudukannya sebagai seorang puteri kepada ketua kabilah. Permintaan
Saffanah diterima oleh Rasulullah SAW di mana baginda meminta wanita itu
dibebaskan kerana bapanya seorang yang baik dan berakhlak mulia.
Kisah ini menunjukkan keprihatinan umat Islam terhadap mereka yang
dipenjarakan, terutamanya golongan wanita. Kurungan itu dipilih untuk didirikan
berhampiran dengan masjid kerana ia merupakan tempat paling selamat. Di samping
itu, mereka dilayan dengan penuh kemuliaan oleh Rasulullah SAW menyebabkan
Saffanah dan abangnya akhirnya memeluk agama Islam (Ibn Hajar).
Institut Kesihatan dan Khidmat Masyarakat
Golongan wanita pada zaman Rasulullah sememangnya terkenal dengan
sikap suka bantu-membantu. Mereka sanggup menggadaikan nyawa dalam memastikan
kehidupan umat Islam selesa.
Sebagai contoh, sebuah khemah Rufaydah al-Aslamiyah telah dibina. Ia
merupakan hospital pertama dibina pada zaman Rasulullah SAW. Khemah dibina
seorang srikandi terbilang, Rufaydah Ka’ab al-Aslamiyah. Beliau mempunyai ilmu
perubatan dan telah mewakafkan dirinya untuk membantu umat Islam yang
memerlukan bantuan, terutama tentera yang mengalami kecederaan sewaktu perang.
Rasulullah SAW menganugerahkan kepada Rufaydah sejumlah harta rampasan Perang
Khaibar sebagai mengiktiraf sumbangan Rufaydah dan saudara beliau yang bernama
Ku’aibah dalam merawat tentera Islam yang cedera.
Hak-hak wanita pada zaman Rasulullah
Berikut beberapa hak yang telah berlaku terhadap golongan wanita zaman
Nabi antaranya hak-hak terhadap ekonomi, perkahwinan, menuntut ilmu, harta
pusaka, bekerja dan mencari nafkah serta keluar berperang bersama Rasulullah
SAW.
Mengenai hak menuntut ilmu.Islam mempunyai hak untuk bermegah sebagai
satu sistem hidup manusia yang pertama mengakui wanita sebagai makhluk manusia
dan mewajibkan mereka mencari ilmu sebagaimana kewajipan itu kepada golongan
lelaki. Islam amat menghormati dan menghargai wanita dengan memberikan mereka
hak-hak kemanusiaan yang sama dengan orang lelaki.
Walau bagaimanapun tidak dapat menafikan kejadian lelaki dan wanita
adalah berbeza dari sudut fungsi dan fizikalnya. Perbezaan fungsi dan fizikal
antara dua jenis makhluk ini memberikan kesan kepada tindak balas mereka
terhadap kehidupan dalam bentuk yang berbeza.
Tentang hak bekerja dan mencari nafkah, golongan wanita mempunyai hak
untuk bekerja. Pada zaman Rasululah SAW wanita keluar bekerja sekiranya keadaan
memerlukan seperti untuk menyara kehidupan, pendapatan keluarga yang tidak
mencukupi atau keperluan masyarakat.
Asma’ Abu Bakar sanggup berjalan dua batu semata-mata mendapatkan air
untuk keperluan keluarga kerana suaminya sibuk di medan perang. Antara
pekerjaan yang dilakukan oleh wanita pada zaman Rasulullah SAW ialah memintal
benang atau bulu bagi menghasilkan pakaian. Ummu Salamah dan Ummu Ammarah,
antara wanita Islam yang terlibat dalam pekerjaan memintal benang. Dalam Perang
Uhud, Saidatina Fatimah mengambil secebis tikar lalu membakarnya untuk merawat
luka yang dialami oleh Rasulullah SAW.
Perusahaan melapah kulit bangkai merupakan pekerjaan yang mendapat
sambutan dalam kalangan wanita pada zaman Rasulullah SAW. Mereka melapah kulit
bangkai untuk dijadikan hamparan rumah atau pakaian musim sejuk. Mereka juga
membuat kasut, bekas meletak makanan dan minuman. Saidatina Zainab Jahsyi r.a,
Saidatina Sawdah Zam’ah r.a dan Asma’ Umais antara wanita mahir membuat kraf
tangan daripada kulit binatang.
Hasil daripada jualan itu, mereka memberi sumbangan dan sedekah kepada
golongan fakir miskin. Kegiatan menjahit juga menjadi kegemaran wanita pada
zaman Rasulullah SAW. Zainab Jahsyi, antara wanita yang mahir menjahit kulit
menjadi bantal, hamparan dan kusyen. Asma’ Umais telah membawa masuk ke Madinah
teknologi membuat keranda, di mana Saidatina Fatimah merupakan wanita pertama
yang dibuat keranda semasa beliau meninggal dunia.
Berhubung hak keluar berperang, beliau berkata, beberapa wanita hebat
beraksi di medan perang, antaranya Nusaibah Kaab.
Sewaktu Perang Uhud, Rasulullah SAW melihat seorang wanita menghayun
pedangnya dengan gagah perkasa melindungi baginda. Baginda memandang ke kiri
dan sekali lagi melihat wanita itu melakukan hal sama, menghadang bahaya demi
melindungi pemimpin dan orang-orang beriman.
Kehebatan Nusaibah di medan perang melayakkan beliau menerima anugerah
Ummu Umarah – pahlawan wanita yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi Islam.
Seorang lagi tokoh wanita yang berani menggadaikan nyawanya demi agama
dan Rasulullah SAW tercinta ialah Khaulah Azwar.
Kesimpulannya, sumbangan wanita pada zaman Rasulullah SAW terhadap
perkembangan Islam dan kemajuan ummah amat besar. Mereka berganding bahu dengan
lelaki bagi memastikan kelangsungan dakwah terus berkembang hingga serata
dunia.
nukilan : Wan Fathiah Hanani binti Wan Abdullah (UD 0652)
0 comments:
Post a Comment