ABDUL RAHMAN BIN LALETE
SY 0995
Cinta Seorang Pemuda
SY 0995
Cinta Seorang Pemuda
©
Saya suka tengok
jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak
pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami
tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan
Yang Maha Esa!
©
Saya suka sangat tengok
rambutnya. Cantik betul... sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan
sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa
ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila... takut nanti
dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha
Pencipta!
©
Saya suka sangat tengok
body teman wanita saya... solid betul. Sungguh sebab itu saya belikan telekung
supaya masa `dating` dengan Kekasih dia yang Utama, dia jauh lebih cantik dan
berseri mengadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala... syoknya!
©
Saya sedih sangat bila
tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan, sebab rindukan saya. Saya
pun macam tu juga. Si dia tanya, `apa ubatnya, bang?` saya pun baginya Al-Quran
sebagai penenang jiwa... semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.
©
Saya sedih tengok selalu
pesan macam-macam; “makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok... nanti
awak saya juga yang susah hati... bla bla bla tapi bila tengok wayang sama-sama,
terlepas asar dan maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuh..
berdosanya saya!
©
Saya memang sayang sangat
pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang
abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber`dating` di syurga kerana di
situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
©
Doakan kami saling
ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami.. semoga kami
dapat kekal bersama selama-lamanya, di Syurga nanti. Amin...
0 comments:
Post a Comment