Sunday 29 January 2012

Kenapa Basuh Kaki?

Menarik bukan? Petua orang tua-tua bukan petua semata-mata tetapi ia berkaitan dengan gelombang, titik pusat urat saraf atau titik refleksologi dan juga gelombang otak. Petua orang tua-tua itu sebenarnya ada penerangan yang logik dengan sains. Orang tua-tua bukan sesuka hati meletakkan pantang larang dan petua tanpa memikirkan dahulu kaitannya dengan kesejahteraan tubuh badan.
Perkara itu juga dijelaskan oleh Dr. Azhar Sarip iaitu Pengasas Spiritual NLP Training, basuh kaki adalah untuk menurunkan gelombang otak daripada beta kepada alpha, kemudian menjadi theta dan akhirnya delta. Seharusnya tidur adalah berada di dalam gelombang delta iaitu tidur yang paling berkualiti dan nyenyak tanpa mimpi.
Katanya, membasuh kaki adalah sama penerangannya mengapa kita mengambil wudhu'. Jawapannya kerana untuk menurunkan gelombang beta kita kepada gelombang theta supaya khusyuk solat. Begitu juga halnya dengan membasuh kaki sebelum tidur adalah untuk menurunkan gelombang supaya kita dapat tidur dengan nyenyak. Namun adalah lebih baik jika amalan membasuh kaki itu bukan sekadar basuh kaki, ia lebih sempurna jika ditukarkan dengan wudhu'.
Sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis mengenai pesan Nabi SAW sebelum tidur, " Jika engkau hendak ke tempat tidur, hendaklah engkau berwudhu' untuk menunaikan solat, kemudian berbaring ke kanan dan membaca, " Ya Allah, ya Tuhanku, aku serahkan diriku kepadaMU dan aku hadapkan wajahku kepadaMU, aku serahkan perkaraku kepadaMU, lindungkan belakangku kepadaMU kerana suka dan takutku kepadaMU. Tidak ada lindungan atau benteng melainkan kepadaMU, aku percaya dengan kitabMU yang Engkau turunkan kepada NabiMU yang Engkau utuskan, dan jadikan semua itu penghabisan apa yang Engkau katakan". (HR Bukhari dan Muslim)
Apabila hendak hendak tidur kita perlukan suasana yang benar-benar relaks supaya boleh mendapat tidur yang menyihatkan. Cara tidur yang paling baik adalah tidur di dalam gelombang delta, tenang mendalam dan tidur nyenyak tanpa gangguan  mimpi. Caranya amat mudah mndapatkan tidur yang nyenyak, iaitu dengan membasuh kaki.
"Kenapa apabila kita tidak membasuh kaki kita akan mimpi macam-macam?" Kerana, kita tidur di dalam gelombang theta iaitu tidur-tidur ayam. Di dalam gelombang itu ada mimpi yang berbagai-bagai termasuklah mimpi yang buruk.
"Di sinilah logiknya petua orang tua-tua, basuh kaki sebelum tidur supaya gelombang otak boleh diturunkan menjadi gelombang yang rendah. Apabila titik pusat urat saraf itu dibasuh dan digosok atau lebih baik direndam seketika dengan diiringi zikir, maka gelombang akan lebih cepat turun. Dan persediaan untuk tidur telahpun dibuat dan badan serta organ dalaman  dan otak sudah di dalam keadaan relaks, barulah boleh dapat tidur yang memuaskan," jelasnya.
Namun begitu, Dr. Azhar menegaskan, untuk kesan yang lebih baik dianjurkan untuk mengambil wudhu'. Samalah halnya dengan mengambil wudhu' untuk solat kerana ia berguna untuk mendapatka rehat melalui tidur yang berkualiti. Dan tidur yang nyenyak itu amat penting untuk kesihatan tubuh dan proses penyembuhan diri. Pada kaki iaitu dari buku lali terdapat lebih 100 titik pusat urat saraf yang jika dirangsang boleh memberikan kesan kepada organ dalam tubuh termasuk otak. Di situlah letaknya kebijaksanaan orang tua-tua dahulu meletakkan petua beserta dengan pengetahuan yang tinggi rahsia di sebaliknya.
Wallahua'lam...


Disediakan oleh : Rosedina Binti Kadir
                           DQ 0431



1 comments:

Unknown said...

Trima kasih Gan..
infonya menarik sekali untuk di simak...dan kalau untuk kaos kaki wanita yang bagus itu seperti apa...
semoga makin banyak pengunjungnya ya..

Post a Comment