Persiapan sebagai seorang Da’ie
Matlamat dakwah adalah membawa seluruh manusia untuk tunduk dan beribadah kepada Allah S.W.T. agar terjamin keselamatan dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Pelbagai bentuk medium atau cara boleh diaplikasikan untuk menyampaikan dakwah seiring dengan perubahan zaman. Namun, sebagai seorang pendakwah, mereka harus ada persiapan untuk memikul tugas seorang da’ie. Berikut adalah persiapan seorang da’ie yang diambil dari petikan Surah Al-Muzammil.
1. Bangun dan mendirikan solat malam (qiamullail) :
Pada permulaan Surah Al-Muzammil ada menceritakan tentang persiapan yang Allah S.W.T tunjukkan pada Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang pendakwah. Pada peringkat awal penurunan surah ini menceritakan tentang kewajipan solat malam ke atas Nabi s.a.w. Firman Allah S.W.T :
$pkr'¯»t ã@ÏiB¨ßJø9$# ÇÊÈ ÉOè% @ø©9$# wÎ) WxÎ=s% ÇËÈ ÿ¼çmxÿóÁÏoR Írr& óÈà)R$# çm÷ZÏB ¸xÎ=s% ÇÌÈ
“Wahai orang yang berselimut (Muhammad)! Bangunlah (untuk solat) pada malam hari kecuali sebahagian kecil, (Iaitu) separuhnya atau kurang sedikit dari itu,”(Surah Al-Muzammil : 1-3)
Ini menjadi bukti bahawa Nabi Muhammad s.a.w juga menghadapi proses persiapan sebagai seorang da’ie. Seorang da’ie haruslah mempunyai persiapan yang baik agar tidak mudah kalah dalam medan dakwah nanti. Baginda sendiri diperintahkan oleh Allah S.W.T supaya bangun pada waktu malam dan mendirikan solat. Sebagai seorang Islam, solat dilaksanakan kerana ia adalah perintah daripada Allah S.W.T. yang diwajibkan kepada kita. Allah S.W.T. telah menyebut mengenai solat sebanyak 92 kali di dalaam al-Quran dalam 32 surah yang berbeza. Namun, pergerakan yang kita lakukan semasa solat bukanlah pergerakan yang biasa. Allah S.W.T. telah mengurniakan pelbagai manfaat kesihatan hasil daripada gerakan-gerakan solat tersebut. Kita haruslah mempunyai panduan serta persediaan untuk bangun dan solat malam. Berikut adalah panduan qiamullail yang boleh kita kongsikan bersama, :
· Bangun pagi, sapu muka dan berdoa.
· Bersugi
· Antara solat sunat yang boleh dikerjakan seperti solat sunat tahajud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, dan ditutup dengan solat sunat witir. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Solat yang paling baik dikerjakan selepas solat fardhu ialah solat sunat tahajud pada waktu malam.” (Riwayat Muslim)
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakan sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu ; semoga Allah membangkit dan menempatkan kamu di tempat terpuji pada hari akhirat kelak.” (Surah al-Isra’ 17 : 79)
· Memperbanyakkan istighfar dan berdoa kerana ketika itu antara waktu yang mustajab berdoa.
· Sederhanakan suara ketika membaca bacaan dalam solat dan berdoa.
· Merintih dan menangis di hadapan Allah S.W.T.
· Sementara menunggu waktu Subuh, bolehlah diisi dengan membaca al-Quran dan berzikir.
· Amalan tidak semestinya perlu banyak, yang penting istiqamah.
Semoga kita dapat sama-sama beramal dengan panduan yang telah dikongsikan bersama ini.
2. Menjadikan Al-Quran sebagai teman :
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Atau lebih daripada (seperdua) itu dan bacalah al-Quran itu dengan tartil, sesungguhnya kami menurunkan wahyu yang berat (al-Quran) kepadamu. Sesungguhnya, bangun malam (bersolat dan beribadat) itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan al-Quran pada waktu itu) lebih berkesan.” (Surah al-Muzammil : 4-6)
Al-quran haruslah dijadikan sebagai bahan rujukan utama para da’ie agar mereka mampu berhadapan dengan masyarakat dalam keadaan yang yakin. Mereka juga akan lebih mampu memjawab segala pertanyaan dan member hujah pada masyarakat kerana di dalam al-Quran sudah lengkap dengan pelbagai jawapan bagi merungkai persoalan mereka.
NAJIHAH BINTI MAZLAN
TH 0016
0 comments:
Post a Comment