From : Diana Fareza bt Ahmad Roshdi UD0626 (3)
-Sesiapa membaca Ayat Qursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt,
Allah akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya.
-Sesiapa membaca Ayat Qursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya,
Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya dan hartanya
-Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh
-Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
Nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
Ayat
ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi
oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan
iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan
mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit
menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa
yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat
fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau
hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan
syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya
bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan
izin Allah s. w. t.
Mengikut
keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya
setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai
hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya
pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia
dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,
siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan
kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya
serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w.
bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku
yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan
solat sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan
dan kejahatan pembesar."
Orang
yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan
bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah
daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika
anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki
rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah
mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan
batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap solat Fardhu, ia akan
berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap solat, tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika
hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya
& ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap solat Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.
Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir solat Allah azza wajalla akan
mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang
berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang
membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan
memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah
s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT"
0 comments:
Post a Comment