Apa itu IKHLAS?
Ikhlas adalah perkara yang jarang di fahami oleh orang yang baru mengenalinya. Namun, ikhlas juga adalah sesuatu perkara yang sangat berguna bagi mereka yang beriman dan mentaati Allah. Mereka sering menjadikan ikhlas itu sebagai campuran rasa dalam berinteraksi dengan-Nya dengan menjalankan ibadah dan menikmati kelazatan dalam ibadah tersebut melalui rasa ikhlas. Dari keikhlasan juga, kita mampu untuk melawan nafsu dan bisikan syaitan. Maka, kita seharusnya menjadikan ikhlas itu sebagai manfaat penting dalam kehidupan dan terapkan ikhlas sepenuhnya bersama rasa keimanan.
Makna ikhlas :
Ikhlas adalah memaksudkan ucaapn, perbuatan, diam, bergerak, yang dirahsiakan, yang ditampakkan, hidup dan mati yang hanya untuk redha Allah S.W.T. Terdapat banyak pengertian ikhlas yang diberikan oleh para ulama’ :
1 1- Ikhlas ialah mengkhususkan tujuan semua perbuatan kepada Allah S.W.T semata-mata. Pengkhususan ini mengharuskan perbuatan itu hanya untuk-Nya, bukan yang lain.
2 2- Ikhlas ialah melupakan pandangan manusia, sehingga kita hanya melihat Sang Pencipta sahaja. Orang yang menangis kerana takut pada Allah S.W.T, memberi infak, atau mengerjakan solat ditengah ribuan bahkan jutaan orang sekalipun tetap akan merasa ikhlas, kerana niat di hatinya yang mengerjakan solat itu kerana Allah, bukan untuk pandangan manusia.
3 3- Ikhlas juga dimaksudkan dengan melakukan perkara atau perbuatan yang tidak diketahui oleh orang lain. Ikhlas tidak memerlukan kita untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain tentang perlakuan kita dari segi ibadat iaitu solat, ibadah haji, ataupun dari segi jihad kita. Dalam Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“ Dan cukuplah Allah sebagai saksi…” ( Al-Fath : 28 )
Ayat diatas membuktikan bahawa, cukuplah Allah menjadi saksi kita sebagai bukti keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu perkara. Ikhlas merupakan kunci amalan hati. Semua amalan baik tidak akan sempurna tanpa keikhlasan. Setiap penerimaan amalan itu bergantung kepada keikhlasan kita yang hanya diketahui oleh Allah. Semoga segala perbuatan amalan ikhlas kita diterima oleh Allah. Amiin.
0 comments:
Post a Comment