Tuesday, 7 February 2012

TENTANG CINTA ...

Assalamualaikum .. sekadar perkongsian pendangan ..


CINTA ... Satu perkataan yang lazim meniti di bibir setiap manusia terutama golongan remaja, pemuda dan pemudi. Mungkin topik ini sudah biasa dibahaskan, namun masih ramai yang tercari-cari makna cinta yang sebenar. Orang kata, " Love is a verb. ", cinta adalah tindakan kita bukan perkataan. Apa yang saya dapati dari sebuah buku karangan seorang penulis yang hebat, Pahrol Mohd Juoi, beliau tafsirkan cinta itu adalah hubungan hati yang terbentuk atas asas yang konkrit, tujuan yang suci, pelaksanaan yang bersih dan hasilnya yang mulia. Beliau mengulas dengan panjang lebar tentang episod cinta dalam bukunya, Tentang Cinta.

Saya kira tafsiran beliau mengenai cinta sangat bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh Islam. Dari pengalaman saya sebagai seorang remaja yang meningkat dewasa, pelbagai cabaran tentang cinta datang dan pergi. Mengapa saya ketengahkan isu cinta  ? Kerana inilah naluri seorang insan. Saya akui, saya sendiri telah muak dengan hidangan isu-isu cinta yang sering diulangi. Cuba anda fikir sejenak, "Mengapa kahwin pada usia yang muda dipandang serong sedangkan coupling diagungkan?" Mungkin ada yang beranggapan bahawa saya seorang yang kolot. Namun pada pendangan saya, sesiapa yang menjulang sesuatu yang bersalahan dengan hukum agama, itulah manusia paling kolot di dunia.

 " Alamak, membebel pulak minah ni. Macam dia bagus sangat.. " Memang banyak kekurangan yang ada pada diri saya. Tetapi, adakah kita perlu menjadi perfect unutuk menasihati orang lain? Seorang rakan saya menceritakan pengalamannya di Facebook, di mana seorang perokok menasihati dia agar jangan merokok dan sehingga sekarang dia tidak merokok. Renung-renungkanlah...
Bukan niat saya untuk berbicara soal cinta. Saya hanya ingin berkongsi pandangan dan pengalaman.
Saya juga ingin sarankan anda supaya membeli buku Tentang Cinta karangan Pahrol Mohd Juoi.


" Hanya mereka yang merasai akan memahami "



WAN NURSAKINAH BINTI WAN ADNAN BA0091

0 comments:

Post a Comment