Tuesday 31 January 2012

Sebelum Kita Mengeluh…

From : Diana Fareza bt Ahmad Roshdi UD0626 (1)
 
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Sikap yang betul bagi seorang pemimpin

Berlaku lunaklah dengan musuh.Bermesralah dengan sahabat.Berlaku luruslah dalam mengurus.Berlaku adilah dalam pemerintahan.Ambil kira buruk baik dalam setiap tindakan.Terimalah teguran dan berilah nasihat.

Bermurahlah dengan senyuman.Sambut baiklah tiap-tiap cadagan.Berhati-hati terhadap munafik,bersimpatilah dengan si fasik yang ingin berbuat baik.Gerunilah kejahatan kerana dengan kejahatan menyebabkan jauh dari Tuhan.Bersahabatlah selama mana mereka menarik anda kepada Tuhan dan berpisahlah apabila mereka cuba memasukkan anda ke dalam perangkap syaitan.

Menjadi petani bukan hina,menjadi pendakwah bukan mulia,yang mulia hanya yang benar-benar bertaqwa.Pemimpin perlu dibimbing,rakyat perlu dipayungi.Harta bukan hak kita,ia adalah hak bersama.Ada yang menuntutnya sekiranya banyak di dalam simpanan.Bila tidak ada kerja,patut minta kerja.Jangan meminta jawatan tetapi dibolehkan membantu perkerjaan.Meninggi diri bukanlah jadi mulia,merendah diri tidak pula jadi hina.



By : Supinie sanoai @ Nur Aliah Abdullah ( DQ 0436 )

ROSITA RULING @ ABDL WAHID (DQ0432)

;

Mutiara Hikmat

Apabila seseorang memberi tanpa kamu memintanya,ambillah....itu bererti rezeki pemberian Allah,yang disalurkan kepada kamu melalui orang itu.Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada sedekah dengan harta,kerana bersedekah dengan senyuman manusia tidak akan merasa terhutang budi dan terhina.Pemurah itu banyak caranya,pemurah dengan ilmu,tenaga,kuasa,nasihat dan senyuman.Orang yang mengaku baik,janganlah diharapkan kebaikan daripadanya.



By: supinie sanoai @ Nur Aliah Abdullah.

DQ : 0436

Monday 30 January 2012

ADAB-ADAB BERI SALAM
  1. Ucapkanlah salam sebanyak tiga kali jika berada di khalayak supaya semua dapat mendengarinya. Anas r.a, menyebut, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila mengucapkan satu kalimat,beginda mengulanginya tiga kali. Dan apabila baginda datang kepada suatu kaum,baginda memberi salam kepada mereka tiga kali."
  2. Sunah bagi orang menaiki kenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki. Manakala orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk. Sementara, orang yang sedikit kepada yang banyak,dan orang yang lebih meda kepada orang yang lebih tua. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hendaklah yang muda terlebih dahulu memberi salam kepada yang tua, yang berjalan kepada yang duduk dan yang sedikit kepada yang lebih banyak.." dan dalam satu irwaya menyebut,dan yang berkenderaan kepada yang berjalan." (Bukhari 6231,6234, dan Muslim 2160)
  3. Disunatkan memberi salam dalam nada tegas dan jelas dan begitu juga bagi menjawabnya,kecuali jika di sekitarnya ada orang -orang yang sedang tidur. Ini bermakna tiada istilah 'menjawab salam di dalam hati' kerana kita hendaklah menjawab salam yang diberikan supaya orang yang memberi salam dapat mendengar jawapan salam tersebut.
  4. Disunatkan memberi salam ketika masuk dan meninggalkan majlis. Hadis Rasulullah s.a.w. menyebut, "Apabila salah seorang kamu sampai di suatu majlis hendaklah memberikan salam,dan tidaklah yang pertama lebih berhak daripada yang kedua." (HR. Abu Daud dan disahihkan oleh Al-Albani).
  5. Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah sekalipun rumah tersebut kosong. Hal ini ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya di surah An-Nur ayat 61,..Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah hendaklah kamu memberi salam kepada(sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup berkat lagi baik..'Sementara itu, Ibnu Umar r.a. menjelaskan, "Apabila seseorang akan masuk ke suatu rumah yang tidak berpenghuni,maka hendaklah dia mengucapkan, Assalamu'alaina wa 'ala 'ibadillahis solihin."
                                                                                      By,Rosita Ruling @ Abdl Wahid

Beristighfarlah...

Ada ketika kita lalai untuk mengucapkan istighfar. Walhal ia mudah untuk dilakukan. Lebih malang lagi apabila lafaz istighfar tidak pernah meniti di bibir. Namun tahukah anda, dengan beristighfar, ia sebenarnya menjadi perisai dari segala godaan syaitan yang sentiasa meruntun hawa nafsu supaya manusia terus melakukan dosa. Tetapi kita selalu terlupa.
 
Ulama' salaf, Ibnu Jauzi menjelaskan, " Sesungguhnya iblis berkata, aku membinasakan anak-anak Adam dengan dosa-dosa. Mereka membinasakanku dengan istighfar dan kalimah Laillaha illahallah. Maka ketika aku melihat di antara mereka seperti itu, akupun menyelusup pada diri mereka hawa nafsu. Sehingga mereka berdosa dan tidak memohon ampun kerana menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya."
 
Justeru, seorang lagi ulama' salaf, Rabi' bin Khutsaim berkata," Memohonlah dengan sesungguh-sungguhnya kepada Rabb (Tuhan) kamu, dan berdoalah kepadaNya di saat lapang. Sebab Allah berfirman, "Barang siapa berdoa kepadaKu di saat lapang, Aku akan mengabulkan doanya di saat sempit. Barang siapa meminta kepadaKu, maka Aku akan memberinya. Barang siapa tawadhu' (merendah diri) kepadaKu, Aku akan mengangkatnya. Barang siapa mengabdikan dirinya untukKu, Aku akan merahmatinya. Dan barang siapa yang memohon keampunan kepadaKu, Aku akan mengampuninya."
 
 
Disediakan oleh : Rosedina Binti Kadir
                           DQ 0431

Sunday 29 January 2012

Peringatan Di sebalik 5 Jari

Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan mempunyai 5 jari kanan dan 5 jari kiri. Jika diamati dan difikirkan dengan akal yang diberi, kita akan mendapati di sebalik 5 jari itu tersimpan peringatan untuk kita. Jom, kita tengok dan perhatikan jari bermula dari paling kanan.

JARI IBU
Jari yang besar dan pendek. Lambang kematangan dan kehebatan, juga simbolik kepada orang yang banyak pengalaman sehingga boleh dijadikan sebagai pakar rujuk. Peringatan untuk kita supaya menjadi manusia yang berguna dan membimbing masyarakat sekeliling ke arah jalan yang benar iaitu agama Allah SWT.

JARI TELUNJUK
Jari yang 'mengungkap' satu dan keEsaan Allah SWT ketika solat. Jari ini melambangkan ketokohan sebagai penunjuk dan menjadi contoh teladan kepada yang melihatnya. Ingatan kepada kita supaya tertunjuk ke arah jalan yang benar tanpa berselindung di sebalik maksiat.

JARI HANTU
Jari yang paling panjang. Zaman remaja ditinggalkan dan alam dewasa menjengah. Pada peringkat ini, sekitar 30-an ke atas, kehidupan telah stabil. Tetapi patut diingatkan bahawa keadaan yang stabil inilah bermulanya hantu-hantu yang cuba mengacau. Hantu hasad, hantu ego, hantu tamak, dan pelbagai jenis hantu yang samseng. Di sinilah keimanan banyak diuji, untuk menghindarinya, gandakan amal ibadat.

JARI MANIS
Manisnya jari ini apabila tersarung sebentuk cicin. Ini melambangkan kehidupan manusia apabila memasuki alam remaja. Di sebalik kemanisannya, tersimpan cabaran dan dugaan. Juga, telah dipertanggungjawabkan segala amalan yang wajib. Ketika ini diperingatkan kepada kita untuk 'amal ma'ruf nahi mungkar' dengan sebenar-benarnya.

JARI KELINGKING
Jari yang kecil dan kerdil. Lambang seorang manusia yang bermula daripada kecil. Saat ini mengingatkan kita pada usia kanak-kanak yang mentah yang perlu dibimbing. Bagai kata pepatah, 'melentur buluh biarlah daripada rebungnya'.

Disediakan oleh : Rosedina Binti Kadir
                           DQ 0431


















CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

MENJAGA PERGAULAN BAIK ANTARA LELAKI DAN WANITA.
       Sabda Rasulullah s.a.w,orang yang paling sempurna di antara mereka yang beriman ialah yang paling baik budi pekerti dan yang terbaik diantara kamu adalah yang paling baik terhadap keluarga.
    Hadis riwayat Tarmizi 1 mentaati dan menyenangkan hati ibu bapa.
  • Perempuan yang menjaga agamanya adalah satu keuntungan
  • Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika ketiadaan suami (bagi yang telah bersuami)
  • Tidak menceritakan keburukan suami kepada orang lain
  • Kesederhanaan dan kemurnian merupakan sebahagian daripada iman
  • Wanita diperintahkan untuk menutup kecantikannya kecuali untuk suami,saudara terdekat dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang seks.
         Sabda Rasulullah s.a.w."Kesopanan adalah sebahagian daripada iman dan iman itu tempatnya di syurga."-Hadis riwayat Ahmad dan at-Tarmizi.
                                                                              
                                                                         By,Rosita Riling @ Abdl Wahid (DQ 0432)

JOM! Hapuskan Dosa

AMALAN-AMALAN YANG MENGHAPUSKAN DOSA DAN MENDAPAT KEAMPUNAN :

  1. Mengelokkan wudhu'
  2. Mengerjakan solat Tasbih
  3. Berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT
  4. Mengucapkan syukur (Alhamdulillah) setiap kali selepas makan dan memakai pakaian
  5. Duduk sebentar di dalam masjid selepas solat
  6. Berzikir selepas solat
  7. Berjalan dari rumah menuju ke masjid dalam keadaan berwudhu'
  8. Berzikir kepada Allah SWT secara bersendirian atau berkumpulan 
  9. Memperbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir
  10. Mengerjakan solat secara berjemaah
  11. Solat di saf hadapan
  12. Mandi sunat sebelum pergi menunaikan solat Jumaat
  13. Membelanjakan harta ke jalan Allah SWT..
 Wallahua'lam...


Disediakan oleh : Rosedina Binti Kadir
                          DQ 0431










Kerosakan akibat kejahatan LIDAH

Gara-gara lidah, seseorang itu boleh terhumban ke neraka. Menjadi hamba yang rugi, kerana pahalanya akan dihadiahkan kepada orang yang dizalimi. Gara-gara lidah yang jahat juga akan menjadikan seorang hamba itu muflis di akhirat.
 
Suatu hari seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah! Sungguh si fulanah itu terkenal dengan solatnya yang banyak, puasa, dan sedekahnya. Akan tetapi juga terkenal dengan lidahnya yang jahat terhadap jiran tetangganya." Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya," Sungguh ia termasuk ahli neraka."
Kemudia lelaki itu berkata lagi," Kalau si fulanah yang satu lagi terkenal dengan sedikit solatnya, puasa dan sedekahnya. Akan tetapi ia tidak pernah menyakiti hati jiran tetangganya." Maka Rasulullah SAW berkata," Sungguh ia termasuk ahli syurga." (Riwayat Muslim).

Kisah di dalam hadis di atas memberikan pengajaran tentang bahayanya lidah. Sekiranya ia tidak dapat dikawal dengan iman, lidah boleh membawa kita ke neraka. Meskipun seseorang itu merupakan ahli masjid, aahli ibadah, rajin solat, dan rajin berpuasa, akan tetapi dia tidak mampu untuk menjaga lidahnya dari memfitnah, berbohong dan berhasad dengki, maka amalannya itu sia-sia.
 
Lidah itu boleh digunakan untuk menjadi media taat kepada Allah SWT, dan juga boleh berubah seperti alat penyalaan api. Memfitnah, bersaksi palsu, ghibah, dan memecah belahkan umat. Jika seperti ini, seberapa banyakpun ibadah kita ia akan gugur gara-gara lidah yang lancang dan tidak dikawal.
 
Rasulullah SAW mengingatkan bahawa bahaya lidah adalah salah satu perkara yang paling Baginda khuatiri. Sebabnya, semua amal akan berguguran jika lidah kita jahat.
Suatu hari, seorang sahabat Sufyan Al-Tsaqafi bertanya kepada Rasulullah SAW : "Wahai Rasulullah, katakan kepadaku dengan satu perkara yang aku akan berpegang dengannya!" Baginda menjawab : "Katakanlah, Rabbku adalah Allah, lalu istiqomahlah." Aku berkata  : Wahai Rasulullah, apakah yang paling anda bimbangkan atasku?". Baginda memegang lidah Baginda sendiri, lalu bersabda : "Ini". (Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah).


Disediakan oleh : Rosedina Binti Kadir
                          DQ 0431

 
 
 

ROSITA RULING @ ABDL WAHID (DQ0432)

BERDAKWAH DENGANBISMILLAH

Ketika Rasullah s.a.w. diusir dari Taif dengan balingan batu dan kata-kata penghinaan, Baginda telah berselindung di sebalik tembok milik Shaibah dan 'Utbah, anak Rabi'ah. Simpati dengan keadaan Rasulullah, mereka berdua mengutus hamba mereka bernama Iddas untuk memberikan segugus anggur kepada Baginda. Apabila Iddas meletakkan anggur di tangan Baginda, Rasulullah terus menyabut kalimah "Bismillah" sebelum memakannya. Iddas yang kehairanan dengan  perkataan itu telah berkata : "Bacaan tadi tidak pernah disebut oleh penduduk kampung ini." Kemudian Rasulullah berkata: "Saudara dari negeri mana dan apa pula agama pegangan saudara?" Iddas menjawab: "saya beragama Nasrani,dari kampung Ninwa." Rasulullah terus menebarkan jaring dakwahnya: "Dari kampung lelaki soleh iaitu Yunus bin Matta? Baginda adalah saudara saya. Baginda adalah seorang nabi dan saya juga Nabi." Lalu,Iddas memeluk kepala Rasulullah serta mencium kedua-dua tangan dan kedua-dua kakinya.

Ajaibnya kerja dakwah. Ada manusia yang boleh tersentuh dan beriman kepada Allah dalam tempoh yang singkat. Ada manusia yang memerlukan masa yang lebih panjang. Allah yang memiliki semua hati makhluk-Nya dan memilih sesiapa yang dikehendaki untuk beriman. Tanggungjawab kita hanyalah bekerja dan terus menyebarkan agama Allah serta memanfaatkan segala kesempatan yang ada. Berkemungkinan,berdasarkan usaha dakwah kita itu,mad'u akan menimbangkannya dan memberikan kesan di hatinya,biarpun bukan sekarang. Kerja dakwah tidak boleh mengharapkan kesan serta - merta. Apa yang penting,kita perlu membuatkan komuniti non-Muslim ini memahami isi ajaran Islam secara tepat dan jelas.


Rahsia memudahkan rezeki

  1. Istighfar paling kurang 100 kali dan jika banyak masalah bacalah 1000 kali sehari atau lebih pun tidak mengapa, insya Allah akan terbuka jalan penyelesaian kepada masalah itu. Istighfar pembuka segala simpulan. Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita, kunci masalah adalah di dalam hidup kita. Kitalah puncanya, Allah tidak menzalimi kita tetapi kitalah yang menzalimi diri kita sendiri. Istighfar adalah konsep zero minda iaitu kosongkan jiwa dan hanya Allah sahaja yang ada. Bila ada Dia di dalam hidup ini maka semua masalah akan tidak ada apa-apa. Hanya Allah yang mengaturkan semua masalah. Serahkan kepada Allah semuanya dan buatlah secara istiqamah.
  2. Jika ada masalah atau mahu mendapat rezeki agar diberi jalan untuk dipermudahkan. Buat selawat selama 10 hari sebanyak 1000 kali sehari dengan niat yang khusus tapi jangan lupa solat fardhu.                    
  3. Jaga dan sayangi ibu bapa macam mereka adalah raja di dalam hidup kita walaupun ibu bapa kita tidak menyukai kita. Buatlah apa saja yang boleh untuk menyayangi ibu bapa kita. Orang yang berjaya adalah orang yang menyayangi ibu bapa meraka.
  4. Buat solat taubat bermula daripada titik untuk berubah buat setiap malam. Kemudian buat solat tahajud kerana di situ banyak keistimewaan yang dijanjikan.
  5. Buat solat Dhuha jangan putus. Solat Dhuha memang hebat sangat peranannya, rezeki melimpah ruah. Keberkatan datang tapi jangan buat untuk mendapatkan duit tetapi untuk mendapatkan keberkatan dan kasih sayang Allah. Kunci dunia ini adalah kasih sayang, jika ada kasih sayang yang baik dari Allah maka Allah akan memberi apa sahaja yang dia mahu.
     
     
     
    (Disediakan oleh : Rosedina Binti Kadir)
                                DQ 0431
     

Kenapa Basuh Kaki?

Menarik bukan? Petua orang tua-tua bukan petua semata-mata tetapi ia berkaitan dengan gelombang, titik pusat urat saraf atau titik refleksologi dan juga gelombang otak. Petua orang tua-tua itu sebenarnya ada penerangan yang logik dengan sains. Orang tua-tua bukan sesuka hati meletakkan pantang larang dan petua tanpa memikirkan dahulu kaitannya dengan kesejahteraan tubuh badan.
Perkara itu juga dijelaskan oleh Dr. Azhar Sarip iaitu Pengasas Spiritual NLP Training, basuh kaki adalah untuk menurunkan gelombang otak daripada beta kepada alpha, kemudian menjadi theta dan akhirnya delta. Seharusnya tidur adalah berada di dalam gelombang delta iaitu tidur yang paling berkualiti dan nyenyak tanpa mimpi.
Katanya, membasuh kaki adalah sama penerangannya mengapa kita mengambil wudhu'. Jawapannya kerana untuk menurunkan gelombang beta kita kepada gelombang theta supaya khusyuk solat. Begitu juga halnya dengan membasuh kaki sebelum tidur adalah untuk menurunkan gelombang supaya kita dapat tidur dengan nyenyak. Namun adalah lebih baik jika amalan membasuh kaki itu bukan sekadar basuh kaki, ia lebih sempurna jika ditukarkan dengan wudhu'.
Sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis mengenai pesan Nabi SAW sebelum tidur, " Jika engkau hendak ke tempat tidur, hendaklah engkau berwudhu' untuk menunaikan solat, kemudian berbaring ke kanan dan membaca, " Ya Allah, ya Tuhanku, aku serahkan diriku kepadaMU dan aku hadapkan wajahku kepadaMU, aku serahkan perkaraku kepadaMU, lindungkan belakangku kepadaMU kerana suka dan takutku kepadaMU. Tidak ada lindungan atau benteng melainkan kepadaMU, aku percaya dengan kitabMU yang Engkau turunkan kepada NabiMU yang Engkau utuskan, dan jadikan semua itu penghabisan apa yang Engkau katakan". (HR Bukhari dan Muslim)
Apabila hendak hendak tidur kita perlukan suasana yang benar-benar relaks supaya boleh mendapat tidur yang menyihatkan. Cara tidur yang paling baik adalah tidur di dalam gelombang delta, tenang mendalam dan tidur nyenyak tanpa gangguan  mimpi. Caranya amat mudah mndapatkan tidur yang nyenyak, iaitu dengan membasuh kaki.
"Kenapa apabila kita tidak membasuh kaki kita akan mimpi macam-macam?" Kerana, kita tidur di dalam gelombang theta iaitu tidur-tidur ayam. Di dalam gelombang itu ada mimpi yang berbagai-bagai termasuklah mimpi yang buruk.
"Di sinilah logiknya petua orang tua-tua, basuh kaki sebelum tidur supaya gelombang otak boleh diturunkan menjadi gelombang yang rendah. Apabila titik pusat urat saraf itu dibasuh dan digosok atau lebih baik direndam seketika dengan diiringi zikir, maka gelombang akan lebih cepat turun. Dan persediaan untuk tidur telahpun dibuat dan badan serta organ dalaman  dan otak sudah di dalam keadaan relaks, barulah boleh dapat tidur yang memuaskan," jelasnya.
Namun begitu, Dr. Azhar menegaskan, untuk kesan yang lebih baik dianjurkan untuk mengambil wudhu'. Samalah halnya dengan mengambil wudhu' untuk solat kerana ia berguna untuk mendapatka rehat melalui tidur yang berkualiti. Dan tidur yang nyenyak itu amat penting untuk kesihatan tubuh dan proses penyembuhan diri. Pada kaki iaitu dari buku lali terdapat lebih 100 titik pusat urat saraf yang jika dirangsang boleh memberikan kesan kepada organ dalam tubuh termasuk otak. Di situlah letaknya kebijaksanaan orang tua-tua dahulu meletakkan petua beserta dengan pengetahuan yang tinggi rahsia di sebaliknya.
Wallahua'lam...


Disediakan oleh : Rosedina Binti Kadir
                           DQ 0431



ROSITA RULING @ ABDL WAHID (DQ0432)

ISLAM MENGAJAR APABILA MENGHADAPI TEKANAN

KEIMANAN : Kembali kepada Allah melalui ibadah - ibadah fardu dan sunat yang lain. Pasakkan dalam diri akan keyakinan bahawa Allah memberi jalan keluar pada hamba-Nya yang meminta dan mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.

TADABBUR : Benar,kita tidak daya melihat Allah,tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah. Lihatlah alam yang terbentang luas. Memikirkan betapa penyayangnya Allah apabila makhluk di dalam batu juga boleh hidup, inikan manusia sebagai khalifah yang menadah tangan memohon bantuan-Nya.

ZIKIR : Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "(iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah hati akan menjadi tenang."(surah al-Ra'd 13:28)

BERIMAGINASI :  Bayangkan keadaan syurga yang cukup indah. Ada sungai arak dan susu yang mengalir,dilayan dengan bidadari yang cantik,tidak sedih dan buruk sangka. Semuanya menggambarkan ketenangan. Fikirkan layakkah kita menjejaki ke sana? Bagaimana harus kita ke sana? Syurga boleh menjadi motivasi supaya lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.

DOA : Beza antara orang mukmin dan yang lain adalah senjata mereka yang dikenali sebagai doa. Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhan kamu berfirman : 'Berdoalah kamu kepada-ku nescaya akan aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-ku,akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina." (Surah Al-Mu'min 40: 60)

Saturday 28 January 2012

Disediakan Oleh : Nur Amani binti Jusoh 
No.Matrik : SY 1066 

~ KeLaNTaN KiTa~

Jika anda merancang untuk bercuti di Kelantan maka banyak tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi untuk lawatan sambil belajar, bersantai bersama keluarga atau melakukan sesuatu ekspidisi bersama kawan-kawan. Berikut adalah beberapa kategori untuk lawatan yang dapat kita kongsi bersama :

1. Kebudayaan dan Kesenian 

Jika anda meminati kebudayaan dan kesenian, anda boleh melawat tempat-tempat berikut antaranya ialah :

Bank Kerapu (Memorial Perang Dunia Ke II) yang terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu, bersebelahan Padang Merdeka. Ia merupakan bank pertama yang dibina di Kelantan. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini merupakan ibu pejabat bagi tentera Jepun "Kampetai". Masyarakat Kelantan menggelarkan bangunan ini sebagai Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata. Bangunan Bank Kerapu terletak di sebelah Hilir Padang Merdeka. Bangunan tersebut siap dan mula digunakan pada tahun 1912, sebagai Bank pertama Kota Bharu, iaitu "The Mercatile Bank of India Ltd"

Galeri Info Tengku Anis dibina pada tahun 2002 dan mula dirasmikan pada tahun 2004. Geleri ini terletak di dalam kawasan Pengkalan Kubor iaitu berhampiran dengan muara sungai Golok. Di dalamnya menempatkan galeri nelayan serta pusat maklumat muka bumi kawasan Muara. Ia juga sesuai kepada para pelajar sekolah yang ingin membuat kajian serta untuk mendapat maklumat mengenai perkara yang berkaitan dengan nelayan dan untuk mengetahui bentuk muka bumi kawasan sekitarnya. Kawasan galeri ini juga sesuai dijadikn kawasan rekreasi kerana mempunyai prasarana seperti kawasan permainan kanak-kanak, tempat memancing dan juga sesuai sebagai tempat berkelah. Kawasan rekreasi ini juga menyediakan kedai makan untuk para pengunjung. 

Bulatan Merdeka ini adalah satu tempat berlakunya banyak sejarah kemerdekaan dimana di tempat inilah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia dilakukan pada 31 Ogos 1957.  Padang Merdeka digunakan dengan sepenuhnya setelah Istana Besar siap dengan sepenuhnya. Kini ia juga dikenali sebagai Padang Bank.

Gelanggan Seni merupakan pusat pameran khazanah budaya dan kesenian yang diwarisi oleh orang-orang Kelantan sejak turun-temurun. Pertunjukan kebudayaan dan kesenian sering diadakan di gelanggang ini termasuklah pertunjukkan Wayang Kulit, Seni Silat, Permainan Gasing, Wau disamping Persembahan Muzik Tradisional Kelantan yang unggul dan cukup unik.

Istana Batu direka bentuk dan dibina pada tahun 1939 bersempena dengan pemerintahan Sultan Ismail. Ia digunakan sebagai tempat untuk menyambut perayaan seperti perayaan perkahwinan diraja dan sebagai tempat penginapan tetamu kehormat. Namun kini, ia telah diubah dan dijadikan sebagai Muzium Diraja, di mana segala pakaian diraja dan barangan istana kepunyaan Sultan yang sebelumnya dipamerkan di sini. Ini termasuklah barangan perak, barangan di dalam bilik beradu raja dan perkakasan istana diraja. Terdapat juga pertunjukkan gambar grafik sepanjang hayat Sultan Kelantan. 

Istana Balai Besar dibina sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud II pada 1940. Istana Balai Besar merupakan Istana Bersemayam Sultan-sultan Kelantan yang terdahulu. Kini istana ini digunakan untuk mengadakan majlis-majlis rasmi negeri. Di perkarangan istana ini terdapat sebuah Balai Mengadap yang luas, Balai Takhta Singgahsana dan ruangan pameran yang memaparkan berbagai koleksi barangan dan alat-alat kebesaran Diraja.

Istana Jahar dikenali juga dengan nama Istana Lama dibina pada tahun 1887, oleh Sultan Muhamad II, khas untuk cucunya iaitu Long Kundur. Namun kini ia telah dijadikan sebagai Muzium oleh Kerajaan Negeri. Pelbagai gambar dan artifak yang dipamerkan di sini sentiasa menarik minat pelawat.

Kampung Kraftangan dan Muzium Kraftangan ini kerana Kelantan kaya dengan pelbagai jenis barangan kraftangan seperti barangan perak, songket, batik dan ukiran kayu. Barangan ini dipamerkan dan dijualkan kepada orang ramai. Barangan ini boleh diperolehi dengan mudah di Kampung Kraftangan dan Muzium Kraftangan. Tempat makan yang tersohor juga ada disediakan di sekitar ini iaitu dikenali sebagai kedai makan ‘ Nasi Ulam ’ yang turut menyediakan pelbagai jenis ulam dan lauk-pauk yang boleh dirasai oleh para pelancong dan para pengunjung.

2.  Alam Semulajadi 

Jika anda seorang pencinta alam semulajadi, sukakan ekspidisi yang mencabar, tempat-tempat berikut boleh dikunjungi :

TASIK PERGAU

Jika anda pencinta alam semulajadi, bercuti ke Taman Santuari Tasik Pergau di Batu 18, menjanjikan satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan dengan keindahan alam semulajadi hasil pembinaan empangan hidroelektrik di Pergau. Tasik Pergau mungkin tidak sepopular Tasik Banding, tetapi ia berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung ke kawasan ini dan suasana damai dan keindahan semulajadinya menjadikan Tasik Pergau satu destinasi yang amat sesuai untuk mencari ketenangan jiwa.
 
Kedamaian itu menanti anda hanya kira-kira dua jam memandu dari bandar Kota Bharu. Berada pada paras ketinggian 720 meter (2,400 kaki) dari aras laut, suhu sehingga 18 darjah Celsius sudah cukup menjanjikan suasana damai selain melihat kabus menyelimuti tasik berkenaan. Taman Santuari Tasik Pergau seluas 460 hektar, yang terletak 100 kilometer dari bandar Jeli, menjanjikan pengalaman percutian yang tidak akan mungkin dilupakan. Bagi kaki pancing, di situlah 'syurga' untuk menangkap spesies lampam, tilapia, toman dan pelbagai lagi.

Pengunjung hanya perlu menyewa bot untuk jelajah pulau-pulau di tasik berkenaan. Sepanjang perjalanan ke pulau, pengunjung disajikan panorama alam semulajadi yang kaya dengan aneka flora dan fauna serta jajaran pokok kelapa dengan pelepah yang melambai-lambai ditiup angin serta rumpunan pokok buah-buahan melengkapkan keunikan tasik itu.

DABONG

Pekan kecil Dabong ibarat alam kayangan bagi mereka yang menghargai kehijauan belantara, kesegaran udara dan berminat dengan khazanah rimba serta gemar kepada cabaran alam semulajadi. Terletak kira-kira 160 km ke barat Kota Bharu, Dabong yang dikelilingi hutan tropika yang menghijau merupakan sebuah lokasi yang amat sesuai untuk aktiviti rekreasi yang mencabar seperti mendaki gunung, menjelajah gua dan berakit menerjah arus deras dan jeram.

Bagi mereka yang minat mendaki, Gunung Stong yang dikatakan mempunyai air terjun tertinggi di Asia Tenggara, dengan terjunannya sejauh 297 meter (990 kaki), terletak di Hutan Simpan Dabong, mampu memberi cabaran hebat yang memerlukan stamina yang tinggi. Gunung ini memang sesuai bagi mereka yang cintakan alam semulajadi dan kedamaian. Para peserta akan terpesona dengan air terjunnya, flora dan fauna yang senantiasa menanti kedatangan pengunjung.

Aktiviti 'hiking' di bukit-bukit batu kapur di sekitar kawasan ini boleh mendedahkan pengunjung kepada beberapa jenis flora dan fauna yang unik dan sukar didapati di tempat lain. Jika langkah kanan, pengunjung juga berkemungkinan bersua dengan gajah Asia dan burung-burung bukit batu kapur termasuk layang-layang gua.

EKSPLORASI MENJELAJAH GUA

Kunjungan ke Dabong tidak lengkap jika tidak menerokai Gua Ikan dan gua lain yang terdapat di sekitarnya seperti Gua Gelap atau juga dikenali sebagai Gua Batu Susun, Gua Keris dan Gua Pagar. Nama Gua Ikan diperoleh ekoran daripada terdapatnya batu yang kelihatan seperti ikan. Ianya mempunyai mitos tersendiri bahawa terdapat sejumlah besar ikan menghuni di gua tersebut dan ia juga dijadikan lokasi bagi masyarakat Melayu kuno untuk melangsungkan acara perkahwinan.

Untuk sampai ke Gua Keris dan Gua Pagar pula, pengunjung perlu melalui Gua Gelap yang agak sukar kerana hanya boleh dimasuki dengan berjalan mengiring dan kemudian merebahkan badan secara melentang sejauh kira-kira 20 meter untuk melepasi pintu gua yang rendah dan sempit.

Seperti namanya, Gua Gelap amatlah gelap. Cuma sesekali, galur-galur cahaya yang menyuluh masuk dari celahan dinding yang terbuka seakan menyerlahkan isi gua itu untuk ditatap. Gua Gelap atau dikenali sebagai Gua Batu Susun juga memperoleh nama daripada pelbagai bentuk batu yang tersusun rapi di sepanjang laluannya. Stalaktit dan stalagmit yang terbentuk hasil daripada titisan dan hakisan air ribuan tahun dahulu, bersinar apabila disuluh.

 3. Pantai & Air Terjun



Pantai

1. Pantai Seri Tujuh

Lokasi : Tumpat

2. Pantai Cahaya Bulan

Lokasi : Kota Bharu

3. Pantai Sabak

Lokasi : Kota Bharu

4. Pantai Melawi

Lokasi : Bachok

5. Pantai Irama

Lokasi : Bachok

6. Pantai Bisikan Bayu

Lokasi : Pasir Puteh


 Air Terjun

1. Jeram Linang

Lokasi : Pasir Puteh

2. Jeram Pasu

Lokasi : Pasir Puteh

3. Bukit Bakar

Lokasi : Machang

4. Gunung Stong

Lokasi : Jeli


4. Pusat Membeli-Belah  


Pasar Besar Siti Khadijah dulu dikenali sebagai Pasar Besar Buluh Kubu. Satu pemandangan yang unik di pasar ini  ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga. Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam, daging dan sebagainya. Tingkat  seterusnya pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding dan keropok iaitu makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga turut dijual lauk-pauk seperti  ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri  Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Di tingkat lain juga ada dijual pelbagai jenis pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak. Barang-barang kraftangan juga turut dijual di pasar ini bagi memudahkan para pengunjung untuk membeli semua benda hanya di satu tempat yang sama. 

Pasar Besar Rantau Panjang (Pusat Bebas Cukai) merupakan tempat jualan pelbagai barangan murah seperti pakaian,buah-buahan,aksesori wanita dan pelbagai makanan ringan (serunding,dodol,keropok,kacang) menjadi pilihan pengunjung tatkala ke sini. Apa yang menarik, terdapat lebih kurang 100 buah kedai dan bazar dengan bermacam jualan yang mendapat sambutan menggalakkan terutama sekali kepada pengunjung yang datang bersama pasangan,teman-teman ataupun keluarga.

Pasar Borong Wakaf Che Yeh adalah pasar malam terbuka yang dibuka setiap malam. Terletak kira-kira 4km dari luar bandar Kota Bharu. Ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan, sayur-sayuran serta makanan laut dengan harga yang berpatutan. Keadaan di sekitar pasar borong ini memang membingitkan telinga dan penuh sesak dengan orang ramai. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual makanan, minuman dan tidak ketinggalan ada warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan wanita dengan harga yang berpatutan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang ke KELANTAN..bagi mereka yang masih mencari destinasi pelancongan yang menawarkan segala-galanya, negeri Kelantan sememangya memenuhi ciri-ciri dan kriteria yang diidamkan itu. Tidak keterlaluan dikatakan, kunjungan itu nanti mampu membantu anda menghilangkan seketika masalah yang dialami dan dapat menenangkan fikiran yang tengah berserabut. Oleh itu, pilihlah KELANTAN sebagai satu destinasi percutian anda..!!

Anak-anak & Pengaruh Media..Apakah Tindakan Anda?


Nur Amani Binti Jusoh ~ SY 1066 ~





      Terdapat beberapa panduan ringkas yang boleh dijadikan rujukan ibu bapa dalam menghadapi media yang semakin menjadi-jadi. Pertamanya, perlu diingat bahawa gelombang media perosak yang makin mengganas ini menuntut keprihatinan maksimum ibu bapa. Insafilah, anak-anak kita pada fitrahnya inginkan kesucian jiwa dan hembusan taqwa. Mesej-mesej daripada bahan media perosak hakikatnya amat jauh dari fitrah anak-anak. Maka usah kita sogokkan mereka dengan bahan-bahan pemusnah ini. Jika kita ingin membeli majalah, pilihlah majalah yang membina sakshiah diri. Jangan ada majalah pendorong pergaulan bebas, majalah hiburan, majalah berunsur misteri dan tahyul, apatah lagi majalah berunsur lucah dalam rumah kita. Sejak dari tadika, mereka perlu didedahkan dengan majalah Islami.

      Begitu juga dengan media elektronik. Usah berikan kepada anak-anak bahan-bahan CD atau DVD,  mahupun rancangan TV yang berunsur ganas dan melalaikan. Usah biarkan mereka menonton adegan orang bercinta. Hari ini siri kartun kanak-kanak pun ada adegan French kiss, apa lagi dalam rancangan TV dan filem lain. Maka, peranan ibu bapa amat penting untuk mengawal dan sentiasa mengingatkan anak-anak dengan adegan yang boleh merosakkan iman ini.

      Tapisan, pemantauan dan panduan ibu bapa amat penting dalam mengendalikan media untuk anak-anak. Bagi media yang sukar disekat, ibu bapa perlu bertindak sebagai penapis bahan-bahan yang tersiar. Tentukan kepada anak-anak bahan yang boleh ditonton dan yang mana tidak boleh ditonton. Begitu juga dengan internet, perlu ada tapisan bagi membuka laman web. Gunakan teknologi semasa untuk menapisnya. Walaupun tapisan seratus peratus unsur perosak adalah hampir mustahil, namun sekurang-kurangnya biarlah ia terkawal.

      Pemantauan perlu dibuat secara berkala bagi memerhatikan kecenderungan dan tingkah laku anak-anak kita. Perlu diingat dengan kelebihan sebahagian anak-anak dalam soal perkembangan teknologi mungkin mereka bijak menyembunyikan perangai tidak senonoh mereka menggunakan bahan yang merosakkan. Maka, ibu bapa bukan sahaja perlu prihatin, bahkan perlu mengikuti perkembangan teknologi bagi memintas salahlaku yang mungkin dilakukan oleh anak-anak mereka.



       Perlu diingat juga bahawa ibu bapa perlulah seimbang dalam memantau penggunaan media oleh anak-anak. Apa yang penting ialah kefahaman dan keyakinan anak-anak tentang bahaya bahan-bahan media yang merosakkan. Sebaik-baiknya biarlah anak-anak itu diserap dengan iman yang mendalam sehingga mampu mempunyai benteng diri bagi mengelakkan pengaruh media perosak ini. Selain itu, ibu bapa juga perlu menyediakan bahan-bahan alternatif bagi memenuhi tuntutan jiwa kanak-kanak dan remaja masa kini, agar jiwa muda dan segar mereka tidak terkulai layu akibat sekatan yang melampau dan tidak munasabah.

      Mudah-mudahan anda semua menjadi ibu bapa yang sentiasa peka dengan cabaran yang berlaku kini. Cabaran kita hari ini jauh lebih rencam dan kompleks berbanding cabaran ibu bapa kita yang mendidik kita masa dahulu kala. Moga Allah sentiasa menunjukkan hidayah buat kita semua. Semoga diri kita sentiasa dalam keberkatan dan keredhaan-Nya.




~ Orang Yang SABAR Sentiasa Dapat Pertolongan Daripada Allah S.W.T ~


NuR aMaNi BiNTi JuSoH ~ SY 1066 ~ 


      Perkataan ISLAM berasal daripada bahasa Arab iaitu rangkuman salam dan aslama. Makna salam ialah selamat, sejahtera dan aman damai. Manakala aslama ialah tunduk dan patuh kepada perintah Allah S.W.T . Maka seseorang Muslim sifatnya adalah sentiasa berserah diri kepada Allah dalam mengharungi kehidupan di dunia yang tidak akan kekal ini.

       Kebiasaan juga Islam dihuraikan sebagai addin atau cara hidup berlandaskan peraturan dan panduan yang digariskan oleh al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Konsep inilah yang selalunya diberi penekanan pada zaman ini. Seseorang dianggap Muslim apabila dia menunaikan lima rukun Islam, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat wajib iaitu solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan ibadat haji bagi yang berkemampuan. Ertinya keislaman seseorang boleh dinilai atau diukur secara lahiriah berdasarkan ketaatannya menyempurnakan rukun yang lima ini.

       Amat jarang kita menilai keislaman seseorang berdasarkan kriteria penyerahan dirinya kepada Allah. Sebabnya, adalah lebih sukar untuk menilai secara lahiriah penyerahan diri seseorang kepada Allah kerana ia bersifat rohaniah yang tidak boleh dilihat oleh orang lain. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui isi hati manusia. Bagaimanapun, sepandai mana seseorang manusia menyembunyikan isi hatinya, ada kala menjelma juga dalam bentuk tutur kata atau perbuatan buruk yang boleh dilihat orang lain, jika Allah mahu mendedahkannya. Ini disebabkan dia sebenarnya tidak ‘berserah diri kepada Allah.’ Tanpa berserah diri kepada Allah, seseorang akan mudah hilang kesabaran dan melakukan perkara yang tidak Allah rehdai. Sebab itulah Allah berulang kali mengingatkan manusia supaya bersikap sabar. 

       Namun tidak ramai manusia, termasuk sebilangan besar yang mengaku Muslim, mentaati perintah Allah dalam bab kesabaran ini. Di kalangan mereka termasuklah juga orang-orang yang sering membaca al-Quran. Walau bagaimanapun, disebabkan iman mereka tidak kukuh, sering juga mereka hilang kesabaran apabila berhadapan dengan situasi yang menguji keimanan mereka. Terlalu banyak ayat al-Quran yang menyentuh soal kesabaran.

Antara firman Allah yang mengingatkan manusia supaya bersabar ialah:

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. - (Ali Imran : ayat 200)
       
      Berdasarkan ayat ini, jelas bahawa kesabaran itu adalah salah satu sifat utama yang mesti dimiliki oleh seseorang Muslim yang beriman. Tanpa kesabaran ertinya kita tidak beriman, hanya sekadar mengaku Islam tetapi bukan Muslim yang sejati.

      Punca manusia mudah hilang sabar adalah kerana iman mereka sangat goyah. Mereka tidak berserah diri kepada Allah kerana sifat keakuan terlalu tebal pada dirinya. Akulah yang kuat, akulah ulama, akulah yang pandai, akulah yang layak jadi pemimpin, akulah yang berkuasa dan kaya, akulah yang benar dan betul dan pelbagai lagi sifat keakuan. Apabila sifat keakuan terlalu tebal, seseorang akan lupa siapa sebenar dirinya dan akhirnya akan melupai Allah Yang Maha Berkuasa ke atas sekelian makhluk-Nya. Apabila manusia lupakan Tuhan, maka semakin hebatlah sifat keakuan pada dirinya. Lalu Allah menguji mereka dengan kesusahan, kelaparan, hilang kuasa, susut harta kekayaan dan sebagainya. Disebabkan iman yang rapuh atau langsung sifar, maka mereka tidak sabar lalu melakukan perbuatan dan tindakan yang bertentangan dengan syariat Islam.


      Di dalam al-Quran, Allah menceritakan beberapa kisah nabi yang diuji kesabaran mereka. Paling terkenal ialah Nabi Ayub yang menghidap penyakit sukar diubati selama berbelas tahun. Akhirnya dia bukan sahaja dipulaukan oleh masyarakat sekelilingnya, malah isterinya sendiri meninggalkannya berkelana dalam kehidupan terasing daripada manusia lain. Nabi Ayub tidak menyalahkan sesiapa dan menerima segala apa yang menimpanya sebagai ujian daripada Allah. Berkat kesabarannya, Allah bukan sahaja menyembuhkan penyakitnya, malah si isteri kembali kepadanya dan beliau akhirnya dikurniakan dengan keluarga yang bahagia dan kekayaan yang melebihi daripada apa yang dimiliki sebelum dia jatuh sakit. Sudah tentu kehidupan yang jauh lebih baik menunggunya di akhirat.

      Diceritakan juga dalam al-Quran kisah Nabi Yunus yang hilang kesabaran kerana tidak seorang pun di kalangan kaumnya mahu menerima ajaran yang disampaikannya. Terlalu marah, beliau mengambil keputusan meninggalkan kaumnya dan merantau ke tempat lain. Dalam perjalanan dengan kapal, dia dicampak ke dalam laut lalu ditelan ikan besar. Di dalam perut ikan, Nabi Yunus teringat bahawa apa yang dialaminya adalah kerana dia tidak sabar menghadapi ujian Allah supaya berdakwah kepada kaumnya. Dalam sesal beliau berdoa dan meminta keampunan Allah dalam doa yang masyhur bermaksud : “ Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” Allah memperkenankan doa Nabi Yunus dan mengampuninya, lalu dia dimuntahkan dari perut ikan ke darat. Dia kembali kepada kaumnya dan meneruskan usaha dakwah dengan penuh kesabaran sehingga akhirnya seluruh kaumnya menerima seruannya supaya beriman kepada Allah.

AKAN TETAPI…

       Pada hari ini, lihatlah berapa ramai orang Islam yang sabar. Di jalan raya, adakah mereka bersabar? Kita sepatutnya menjadi contoh kepada pemandu-pemandu bukan Islam, tetapi malangnya yang paling cepat hilang kesabaran adalah orang Islam. Dan betapa ramai orang yang tidak sabar untuk cepat kaya. Mereka tidak berusaha dengan cara yang diredhai, tetapi melakukan kesalahan rasuah, menipu dan pecah amanah. Yang paling ramai adakah orang Islam atau bukan Islam? Selagi umat Islam tidak benar-benar berserah diri kepada Allah mengikut konsep yang dikehendaki-Nya sebagaimana yang digariskan dalam al-Quran, selagi itulah kita akan terus dibelenggu zaman kemurungan dan kelemahan. Kita hilang kekuatan kerana kesalahan kita sendiri dan kita tidak lagi mendapat pertolongan-Nya. Oleh itu, SABAR adalah jalan terbaik dalam mengharungi setiap langkah kehidupan di dunia ini dan ingatlah..!! “ Orang Yang Sabar Sentiasa Dapat Pertolongan Dari Allah "