Monday, 6 February 2012

Blogger Medan Dakwah Baru.

   Tidak kira kita siapa kewajipan menyampaikan dakwah Islam merupakan satu tuntutan secara syar'ie. Kewajipan ini tertanggung di atas bahu umat Islam tidak kita mengira tua atau muda, lelaki atau perempuan, kecil atau besar, samada pemerintah atau rakyat secara khususiah atau umum. Tuntutan ini mesti direalisasikan mengikut kadar upaya diri, berdasarkan kemampuan tenaga dan darjah kemantapan iman serta rasa sensitiviti terhadap realiti umat Islam di samping iklim persekitaran masyarakat yang dilingkunginya.

   Melihat pada kemajuan yang dicapai oleh manusia hari ini, blog adalah salah satu cara yang berkesan dalam ruang dakwah. Tidak kira apa jua bentuk pengisian dalam blog kita, sama ada berbentuk Islami, motivasi, peribadi, perkongsian hidup dan pengalaman, perniagaan atau apa sahaja yang kita tulis. Apa yang penting nawaitu kita disandarkan hanya kerana Allah s.w.t.

   Setiap diantara kita tidak memiliki kesempurnaan, kesempurnaan bukanlah syarat kelayakan dalam berdakwah dan mengajak orang lain menjadi manusia yang baik. Jika terus menunggu kesempurnaan, Islam itu tidak akan tersebar ke mana-mana. Kerana Islam telah pun sempuran dari segenap sudut. Jadi kitalah yang betanggungjawab menyebarkan kesempurnaan agama Islam kepada manusia yang lain.

   Oleh itu, antara mahu atau malu sahaja yang menyuruh atau menghalang kita melakukan misi mulia ini.

 



Disediakan oleh: Kurima Mirsyidah Bt.Abdullah ( DQ 0433 )

0 comments:

Post a Comment