Monday, 6 February 2012

Buatmu Sahabat

   Mengertikah dikau? setiap kali kita bersua dan tersenyum. Apa yang terlukis diwajahmu dan wajahku. Sebuah senyuman yang saling mengukir erti berbahasa dengan sendirinya. Dalam melakarkan satu ilusi warna hati, melukis penorama alam yang semakin berbeza.

   Kita insan biasa yang berkelana bersama puisi alam. Alam maya yang sentiasa berlajur keheningan. Dan,kita melangkah mengukir kematangan dalam helaian keperibadian, dalam membentuk kesempurnaan iman dan akhlak yang terpuji. Kita melayari lautaan yang luas untuk memanusiakan diri dalam menjejaki pencariaan yang diredhai, dalam mendahagakan cinta Al-Quddus.

   Kita adalah insan dalam ruang pentas pencarian tali ukhwah. Setiap kita melangkah mencari sebuah harapan yang mungkin walaupun kadang kala ianya tidak pasti. Namun kerana yakin kepada-Nya. Kita tidak berputus harapan untuk mencari tautan kasih. Ada kalanya yang kita kejar semakin menjauh. Sedangkan jasad semakin hilang bayangnya sedikit demi sedikit ditelan usia dan ketetapan waktu Al-Latif.

   Sahabat..

   Jika bertaut dua hati, ia adalah hatiku dan hatimu...
          Jika berbunga dua rasa, ia adalah rasa hatiku dan hatimu...
                 Jika bukan didunia, maka diakhrat kita bersua...


  
   



Disediakan oleh: Kurima Mursyidah Bt.Abdullah ( DQ 0433 )

0 comments:

Post a Comment