Pada suatu hari seekor keladai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi. Haiwan itu menangis dengan keadaan yang memilukan selama berjam-jam, sementera si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya..
Akhirnya, petani itu memutuskan bahawa haiwan itu sudah tua dan perigi juga perlu ditimbus kerana berbahaya. jadi tidaklah berguna untuk menolong sang keladai tua itu. Dia pun mengajak jiran tetangganya untuk datang membantunya. Mereka membawa peralatan dan mulai menimbus tanah ke dalam perigi..
Sang keladai menyedari ada yang sedang terjadi. Ia pun menangis penuh kengerian. Tetapi kemudian, semua orang takjub, kerana sang keladai menjadi diam. Setelah beberapa serkup tanah lagi dituangkan ke dalam perigi, si petani melihat ke dalam dan dia pun tercengang melihat apa yang berlaku. Walaupun punggung keladai itu terus ditimpa oleh tanah-tanah dan kotoran, sang keladai melakukan sesuatu yang mengkjubkan. Sang keladai menggoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun ke bawah, lalu ia pun naik ke atas tanah itu.
Sementera jiran tetangga si petani terus menuangkan tanah dan kotoran ke atas belakang haiwan itu, sang keladai terus juga menggoncangkan badannya dan melangkah naik. Tidak lama kemudian, semua orang terpesona ketika sang keladai meloncat keluar dari perigi dan melarikan diri.
Kisah di atas adalah mengumpamakan bahawa kehidupan terus saja menuangkan tanah dan kotoran kepada kita, segala macam tanah dan kotoran. Cara untuk keluar perigi "kesedihan, masalah dan sebagainya ". Adalah dengan menggoncangkan segala tanah dan kotoran dari diri kita "fikiran dan hati kita ". Dan melangkah naik dari perigi dengan menggunakan hal-hal tersebut sebagai pijakan. Setiap masalah kita merupakan satu batu pijakan untuk melangkah dan kita dapat keluar dari perigi yang terdalam dengan terus berjuang dan berjuang dan terus berjuang tanpa ada rasa menyerah dan putus asa.
Disediakan Oleh: Kurima Mursyidah Bt.Abdullah ( DQ 0433 )
0 comments:
Post a Comment