Sunday, 25 September 2011

PENEMUAN AIR TAWAR DI DASAR LAUTAN


           Lautan adalah alam kedua terbesar selepas langit dan bumi, indahnya lautan tidak dapat diterokai manusia melainkan 1/3 daripadanya yang dapat diketahui manusia. Air yang terdapat di lautan adalah air yang masin dan tidak boleh diminum kerana ianya akan menambah kehausan dan ianya mempunyai kandungan garam yang tinggi. Mungkinkah terdapat air tawar yang berada di dasar lautan? Semuanya di bawah kekuasaan Allah s.w.t.
            Mereka yang gemar menonton rancangan “Discovery” pasti akan mengenali Mr.Jacques Yves Costeau, iaitu seorang oceanographer (ahli kelautan) dan ahli selam yang terkemuka dari perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya telah menyelam banyak dasar lautan di seluruh dunia. Beliau turut membuat filem dokemuntari tentang kehidupan alam bawah laut untuk tontonan jutaan khalayak di seluruh dunia.

          
          Pada suatu hari, ketika sedang melakukan penerokaan di dasr laut dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur dengan air laut yang masin di sekelilingnya. Seolah-olah ada dinding atau membrane yang membatasi keduanya.
            Fenomena ganjil itu membuatkan Mr. Costeau rasa kagum, dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dan air masin di tengah-tengah lautan berkenaan. Dia pada mulanya berfikir adakah itu, sekadar khayalan atau halusinasi. Beliau berusaha mengkaji mendaptkan jawapan bagi penemuan berkenaan.
            Beliau bertemu dengan seorang profesor muslim bagi membongkar kekeliruannya, berikutan penerangan profesor tersebut. Dalam surah Ar-Rahman ayat 19-20 yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez, ayat itu berbunyi “ Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surah Al-Furqan ayat 53 “ Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar dan segar dan yang lain sangat asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang tidak tembus”
              Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang pertemuan dua lautan yang tidak bercampur itu diertikan sebagai keadaan muara sungai, apabila terjadinya pertemuan antara air tawar (sungai) dan air masin dari laut. Mr. Costeau terpesona mendengar ayat-ayat al-Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di dasar lautan. Al-Qur’an, mustahil disusun olrh Muhammad yang hidup di abad ketujuh. Suatu zaman yang belum ada peralatan yang canggih untuk mencapai lokasi yang begitu jauh di dasar lautan.
             Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr.Costeau berkata, sesungguhnya al-Qur’an adalah kitab suci yang berisi firman Allah, yang mengandungi kebenaran mutlak. Ekoran peristiwa itu, beliau mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk Islam.
            Sesungguhnya banyak manusia tidak menyedari akan keagungan Allah di sebalik setiap sesuatu yang dicipta Allah, hatta yang terlalu kecil hinggalah kepada yang terlalu besar. Masih ramai lagi manusia yang tetap menyombingkan diri sedangkan mereka tidak mampu mencipta sesuatu yang sangat kecil tanpa bantuan dari Allah. Kenalilah Allah untuk kita lebih dekat denganNya, kenaliNya dengan memerhatikan dan memikirkan alam yang dicipta untuk kita. Terdapat banyak hikmah di sebalik kejadian. “ Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal”.

Nukilan dari: Nadhirah Binti Mohd Rubani   (DQ 0442)
                        namoru_92@yahoo.com

0 comments:

Post a Comment