Tuesday, 27 September 2011

..:: kenapa Ibu mengandung ? ::..

Bismillah ,
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah , lepas dh baca macam2 buku , tiba2 , sy rasa tertarik sgt dengan buku Ust Hasrizal Abdul Jamil dalam bukunya , Murabbi Cinta .  tajuk 'kenapa Ummi mengandung?' menjadi perhatian sy. agak2, pernah ke kita terfikir semua tuh ?

FITRAH SEORANG WANITA 
ya , fitrah. ! seorang wanita akan melalui zaman remaja nya, kemudian ke alam dewasa dan berkahwin. setelah itu dia akan melahirkan anak. tetapi, kenapa wanita yang di jadikan pilihan ? bukankah lelaki lebih kuat untuk semua itu ? mengandung 9 bulan dan melalui proses melahirkan , lelaki lebih kuat untuk menghadapi semua itu kerana kekuatan mereka. namun, secara emosi nya, kekuatan EQ seorang wanita itu lebih kuat dari lelaki. mereka mampu untuk bersabar menghadapi kesakitan, kepenatan dan segala yang sulit semasa proses mengandung dan melahirkan. setelah itu, mereka akan menghadapi proses pantang, yang dimana mereka akan berehat setelah penat 'berkerja' dengan emosi dan fizikal selama 9 bulan. kekuatan EQ itu bukan berhenti sampai disitu shja, mereka akan terus berkerja dengan EQ untuk membesarkan anak, membelai, menjaga makan minum serta pakaian anak2, memberi pendidikan yang secukupnya. ya ! mungkin diluar sana ada lelaki yang mengambil alih tugas ini, tapi hanya segelintir sahaja. sedangkan fitrah wanita itu mengasihi anaknya daripada di alam rahim lg, iaitu 'Alam Kasih Syg'. Kasih Syg yg sulit untuk ditmui dalam jiwa lelaki, biarpun mereka mempunyai fizikal yang sasa dan mental yang berkuasa !

MENGHARGAI WANITA
kerana fitrah yang istimewa itu, kita harus menghargai wanita. kerana mereka telah menahan jerih payah mengandung dan melahirkan kita. sebagai ibu bapa juga, jangan wujudkan sikap 'membanding - bandingkan' terhadap anak2 supaya mereka tahu tulusnya kita mengasihi mereka. bukan kerana perbezaan yang ada, tetapi kerana siapa diri mereka!


"Sesungguhnya engkau tidak akan lahir ke dunia ini , melainkan engakau pernah dipeluk kasih dan sayang seorang 'ibu yang rahim' di ALAM RAHIM"~Murabbi Cinta, Hasrizal Abdul Jamil

NAJIHAH BT MAZLAN
TH 0016

0 comments:

Post a Comment