Tuesday, 27 September 2011

    Penciptaan Hati.

 Antara semua makhluk ciptaan Allah s.w.t ,manusia adalah ciptaanNya yang paling sempurna.Di lengkapiNya kejadian manusia itu dengan tujuh pancaindera iaitu mata,telinga,hidung,mulut,kemaluan,tangan dan kaki. Bahkan,Allah s.w.t juga mengurniakan akal dan fikiran agar manusia itu dapat membuat pertimbangan dalam setiap keputusannya.

Bagaimana keputusan itu berlaku? Dalam diri setiap manusia itu dikendalikan oleh seketul daging iaitu Hati,yang mana hati ibarat raja di dalam sesebuah negeri. Hati akan memerintahkan seluruh anggota badan supaya bertindak mengikut arahannya,sama ada tindakan itu ke arah kebaikan atau ke arah kejahatan.
Hati terletak di dalam dada,ia dilindungi dan dikelilingi oleh seluruh anggota tubuh manusia sesuai dengan kedudukannyasebagai Raja.Hati tidak dapat kita lihat melalui mata kasar,namun perwatakkan dan rupa hati dapat dilihat melalui perlakuan mahu pun sifat setiap manusia itu.

Sekiranya hati itu sering membuat keputusan berpandukan ajaran al-Quran,maka kebahagian dan ketenangan dapat dimiliki oleh pemiliknya,Tetapi,sekiranya hati itu sering membuat keputusan yang di arah oleh hasutan syaitan,maka kehancuran dan kebinasaan akan menimpa pemiliknya.Dalam sabda Rasulullah s.a.w .bersabda: "Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging.Apabila ia baik jadi baiklah seluruh badanya,dan sekiranya buruk,buruklah semuanya,Ketahuilah ia adalah Hati.

Hati terbahagi kepada tiga;
1.Hati yang sihat - Hati yang mudah menerima kebenaranNya,mencintaiNya,dan mengutamakanNya.Hati ini
                             sentisa tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t

2.Hati yang beku- Hati yang sukar menerima kebenaran dan hilang rasa takut kepada Allah s.w.t

3.Hati yang sakit-Hati yang sentisa berubah-ubah,Ada ketikanya,ia menjadi hati yang beku,Ada ketikanya
                           ia menjadi hati yang sihat.

Kurima Mursyidah Binti Abdullah
DQ 0433 




0 comments:

Post a Comment