Tuesday, 27 September 2011

' I'm not perfect or I'm too lazy to try ?? '

WAN NURSAKINAH BINTI WAN ADNAN   BA 0091


Assalamualaikum ..

Rasanya dah lama tak menulis entry dalam blog . Blog semdiri pun malas nak kemaskini.. Dalam entry ini, ingin saya kongsikan sedikit sebanyak pandangan peribadi tentang frasa 'I'm not perfect'.

Let's check it out ~ ZOOOOOOMMMM ..... ~

I'm not perfect atau dalam bahasa melayu ia bermaksud ' Aku tidak sempurna ' , memberi banyak makna serta tafsiran berlainan mengikut pandangan individu. Ramai yang menyalahgunakan frasa ini. Betulkah ?? Saya datangkan bukti tentang diri saya sendiri. Saya mengambil jurusan Syariah & Undang-undang (Syariah & Laws) di USIM sebelum berpindah ke KIAS. Kenapa saya berpindah ?? Sebabnya I'm not perfect ! Bukan kerana hilang minat atau mempunyai tekanan tetapi terlalu ikutkan perasaan yang mengatakan saya tidak sempurna dari segi emosi dimana saya tidak mampu berjauhan dengan ibu bapa. Jika difikirkan secara mendalam, patutkah itu dijadikan alasan untuk berhenti mengejar cita-cita ??? Sedangkan saya belum cuba sedaya upaya untuk berdikari. That's it , guys !! I wasn't suppose to use that phrase in my case. As a result, I live my life with a regret. Itulah yang dimaksudkan penyalahgunaan  I'm not perfect. Ok, saya beri bukti lain. Global isu dalam kalangan pelajar IPT di Malaysia iaitu bertutur dalam Bahasa Inggeris. Rakan saya sendiri yang mendapat tajaan untuk melanjutkan pengajian di bidang perubatan di sebuah universiti terkemuka agak lemah dalam pertuturan menggunakan Bahasa Inggeris. Bila ditanya kenapa, beliau menjawab  " Alaa,, aku ni kalau writing memang boleh. Kalau nak speaking malu la.. Well, I'm not perfect. Bukan semua benda aku boleh buat.. ". Rasulullah S.A.W hebat dalam memimpin, mentadbir, berdialog dengan pihak musuh dan sebagainya.

Persoalan : Kenapa tidak kita ???

Terdapat pelbagai penyalahgunaan frasa ini dalam kalangan masyarakat terutama masyarakat Melayu Muslim. Tetapi yang anehnya, kenapa masyarakat atau bangsa lain jarang menggunakan frasa ini ? Tepuk dada, tanya iman kita. Inikah umat yang kononnya hebat ? Inikah umat yang dikatakan bisa menjulang agama Allah ? Jika dalam setiap perkara, setiap urusan, kita lebih suka mengungkapkan I'm not perfect daripada mencuba sedaya upaya, jelaslah kita tidak layak menjadi khalifah di bumi Allah. Memang tidak dinafikan kita tidak sempurna tetapi kita boleh melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin untuk mencapai kesempurnaan. Jangan jadikan I'm not perfect sebagai alasan ! I'm not perfect or I'm too lazy to try ?


Perfection is not attainable.  But if we chase perfection, we can catch excellence.  ~Vince Lombardi



0 comments:

Post a Comment