"ishh
taknaklah kawan sangat dengan dia, baik sangat! asik kena tegur je, ini tak
betul, itu tak betul, rimaslah! "
Kata-kata
di atas suatu realiti bukan?ok. Bayangkan, ketika anda berjalan-jalan
bersama kawan anda dan anda terpijak najis, berdekah-dekah kawan anda
mentertawakan anda dan mereka hanya membiarkan anda memijak najis itu. anda
pasti rasa itulah kawan yang paling teruk anda pernah anda. namun, pasti lain
situasinya ketika anda berjalan bersama-sama dengan rakan anda, anda hampir
terpijak najis, namun cepat-cepat kawan anda menegur anda ada najis disitu,
anda pun cepat-cepat mengelaknya dan bersyukur tidak terpijak najis itu dan
bersyukur juga ada kawan yang begitu prihatin kepada kita.
Begitulah
dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita amat bertuah jika masih ada yang mahu
menegur kita, membimbing kita, dan membawa kita ke jalan yang lurus iaitu jalan
yang Allah redhai. dalam situasi di atas, sahabat yang menegur kita dan yang
membimbing kita itulah yang dapat menolong kita daripada tergelumang dengan
najis-najis dosa serta terus hanyut dalam kelalaian kepada dunia. Beruntungnya
kita mempunyai sahabat yang sentiasa memandui kita menjalani liku-liku dunia
yang mana begitu banyak benda yang indah di mata nafsu tetapi begitu jelik di
mata iman.
Cuba bayangkan, kita dikerumuni kawan-kawan yang langsung tidak pernah membawa kita mengingati Allah, yang hanya tahu berhibur, bergelak ketawa dan mengajak kita kepada perkara-perkara yang membawa kemungkaran Allah. Iman kita pasti lambat laun akan goyah dan punah. Akhirnya, di akhirat nanti menyesal sudah tiada guna lagi lantaran keegoan kita yang tidak mahu tunduk pada kebaikan yang sering diserukan kepada kita. lebih malang lagi, apabila ajakan - ajakan ke arah kebaikan dan ke arah keredhaan Allah kita selalu entengkan malah lebih teruk jika kita mengata pula yang mengajak kita ke arah kebaikan itu. dikata ini, dikata itu. Umpamanya, kita mengata orang yang cuba memberitahu kita supaya mengelak daripada terpijak najis. tidakkah kita seorang yang sangat teruk jika berpelakuan seperti itu?
Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata.. "nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah dia bersungguh-sungguh.". Iya, nikmat sahabat yang soleh memang tidak ternilai, melihat gerak gerinya, mendengar tutur katanya, semuanya mengingatkan kita kepada Allah. SubhanAllah.

Dalam
bersahabat juga, kita perlu ambil masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
kerana dia juga seorang manusia biasa. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya
itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba
jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.. Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. kawan yang
sentiasa membimbingnya dan menyedarkannya bahawa segala kekuatan itu datangnya
dari Allah yang Maha Kuat dan segala apa yang kita ada juga datangnya dari
Allah.
Semoga kita dapat mendidik diri agar tidak bosan menghulurkan tangan. Bukalah ruang rahmat dihati kita, sambutlah tangan mereka dengan penuh kasih sayang. Tiada kesempurnaan dalam diri manusia, bersabarlah menghadapi sahabat yang pelbagai. Semoga kita tergolong dalam golongan sahabat-sahabat yang soleh dan solehah. bersahabat hingga Syurga ! insyaAllah.

“Bersahabat dengan
penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala
bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
oleh: Nor Shuhada Bt Ibrahim (SY1079)
2 comments:
salam, terharu apabila membaca artikel anti, di sekeliling kita, berapakah orang yang bertuah akan dapat sahabat yang ikhlas lagi sejati. Pernahku berniat mendapatkan sahabat yang sebegini, tapi ia hanya bertahan selama 180hari.Ana masih berusaha supaya hubungan dapat berkekal abadi.Tanpa buruk sangka,menanti penuh kesabaran,menerima kekurangan, mempelajari kelebihannya.Agar 1 hari nanti ia akan jadi kenyataan.drPd DQ0445
Post a Comment