Thursday, 29 September 2011

TIDAK MENGHINA SESAMA MUSLIM

   Tidak akan wujud perpaduan apabila ada ketakburan. Penyakit takbur akan menyebabkan ada pihak yang memandang rendah orang lain. Dia merasakankan dirinya yang paling baik,pandai dan mulia. Dia akan menjadi manusia yang tertutup pada pandangan,teguran dan bantuan orang lain. Orang takbur tidak mengenal erti dan nilai kerjasama kerana merasakan dirinya serba boleh dan serba mampu. Individu yang takbur tidak akan mampu melakukan amalan-amalan yang boleh menyuburkan rasa persaudaraan seperti memberi salam,bertanya khabar,menzirahi rumah saudara-mara dan  handai taulan,memberi pujian,meminta nasihat mahupun menerima teguran.Amalan-amalan  inilah yang akan membina perpaduan tetapi orang takbur tidak akan melakukannya dan kerana itu runtuhlah perpaduan. Menyedari bahaya takbur yang merosakkan perpaduan inilah,Imam al-Ghazali menyarankan agar setiap kali melihat orang melakukan dosa,hendaklah dibenci dosanya,bukan orang yang melakukannya dan jangan sekali-kali berasa lebih baik daripada orang yang berdosa itu.

oleh : ROSITA BINTI RULING @ ABD WAHID

0 comments:

Post a Comment