Oleh : Norhamizah bt Hamzah (sy1065)
Penggunaan komputer hari Ini sememangnya memberikan kesan yang
besar kepada masyarakat. komputer digunakan dengan meluas sehingga manusia seolah
olah satu keperluan. Namun,seorang muslim mesti yakin terhadap perkara utama
dan sangat diperlukan dalam hidup ini ialah keredhaan Allah SWT. Walau
secanggih mana sekalipun komputer itu,tanpa keizinan dan keberkatan dariNya
kehebatan alat ini akan hilang juga. Begitu sebaliknya,walaupun tiada komputer
yang canggih, kehidupan seseorang itu akan bahagia apabila Allah
mengizinkannya.
Apabila menggunakan perkhidmatan bank dan pejabat pos, kita pasti kagum
dengan perkembangan teknologi yang diaplikasikan itu. Suatu ketika dahulu,
untuk mengeluarkan wang dari bank kita perlu beratur dan mengecop ibu
jari,tetapi hari ini hanya perlu ke mesin ATM untuk tujuan berkenaan. Tekan
nombor pin, pilih menu dan tak sampai 3 minit, duit pun keluar. Hari ini bukan
hanya keluar masuk duit sahaja boleh menggunakan mesin, bahkan urusan cek pun
lebih mudah dan cepat dengan ATM.
Penggunaan pelbagai kad dewasa ini pula adalah selari dengan
perkembangan Teknologi komunikasi maklumat (ICT). Ramai kita lihat meleretkan
kad kredit di stesen stesen petrol. Kebaikannya, dompet pun tak tebal duit pun
tak takut kena rompak. Pelbagai jenis kad seumpama ini dihasilkan antaranya kad
yang berasaskan ciri ciri ‘magnatic
stripe’ dan dilengkapi dengan teknologi ‘smart chip’. Semuanya lebih
mudah dan lebih selamat sebagai pengguna.
Namun begitu,jangan kita lupa pada kuasa yang memberikan keupayaan untuk
manusia mampu merekacipta komputer. Kita mesti sentiasa sedar bahawa komputer adalah
alat untuk membolehkan membantu dan memudahkan urusan, marilah berusaha untuk
mempastikan diri kita supaya menggunakan atau mengaplikasikan komputer setiap hari dengan matlamat mencari keredhaan
Ilahi. Sehingga berjumpa lagi, selamat mengurus dan menggunakan komputer….!
0 comments:
Post a Comment