Tuesday, 27 September 2011

KaMbINg PuTiH

    Nama pelik tapi benar. Pertama kali menyertai kelas penulisan n kewartawanan. Dapat merasai apa itu  blogger. Pendedahan mengenai penulisan daripada Cikgu Tuan Shamsudin agak berlainan bagi saya. Kelas permulaan telah saya fahami tentang penulisan, berita, kandungan sesebuah artikel. intro @ pendulu dan sebagainya. Kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. Subjek baru ini yang terdapat di KIAS Nilam Puri, juga dapat menambah pengetahuan walaupun tidak melangkah jauh di luar sana. Cara n gaya cikgu dapat menarik minat pelajar walaupun ada di kalangan pelajar terpaksa memilih subjek tersebut.Contoh:  assigment pertama melibatkam pelajar terpaksa menunjuk muka dalam ketakutan, malu, hairan, suka, di bumi K B Mall. Ha ha..Pelajar dikehendaki temuramah pengunjung yang datang ke Pasaraya tersebut. Laporan. latihan @ kerja kursus perlu serah pada setiap selasa, pesanan begini dapat memperingatkan pelajar supaya mendisplinkan diri.Perkataan yang dipelajari baru-baru ini agak menguji logik akal. Iaitu " Watchdog". Cikgu suruh beri pengertiannya. Dari pancaindera, saya menghuraikan perkataan tersebut sebagai penjaga yang mengintai gerak-geri orang lain. Tapi padahal maksud sebenar jauh sangat dari apa yang saya fahami.Rupanya ia berkaitan dengan watak n tanggungjawab sesorang wartawan, iaitu melindungi insan yang terpinggir, tertindas dari undang-undang. Jadi, nampak sangat saya perlu betul-betul mendalami subjek ini dengan minda yang positif.


                                                                                                         Nurmaisarah Abdullah DQ0445

0 comments:

Post a Comment