TIDAK MENGHINA SESAMA MUSLIM
Tidak akan wujud perpaduan apabila ada ketakburan. Penyakit takbur akan menyebabkan ada pihak yang memandang rendah orang lain. Dia merasakankan dirinya yang paling baik,pandai dan mulia. Dia akan menjadi manusia yang tertutup pada pandangan,teguran dan bantuan orang lain. Orang takbur tidak mengenal erti dan nilai kerjasama kerana merasakan dirinya serba boleh dan serba mampu. Individu yang takbur tidak akan mampu melakukan amalan-amalan yang boleh menyuburkan rasa persaudaraan seperti memberi salam,bertanya khabar,menzirahi rumah saudara-mara dan handai taulan,memberi pujian,meminta nasihat mahupun menerima teguran.Amalan-amalan inilah yang akan membina perpaduan tetapi orang takbur tidak akan melakukannya dan kerana itu runtuhlah perpaduan. Menyedari bahaya takbur yang merosakkan perpaduan inilah,Imam al-Ghazali menyarankan agar setiap kali melihat orang melakukan dosa,hendaklah dibenci dosanya,bukan orang yang melakukannya dan jangan sekali-kali berasa lebih baik daripada orang yang berdosa itu.
oleh : ROSITA BINTI RULING @ ABD WAHID
skip to main |
skip to sidebar
2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.
3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib
lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.
4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai
kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.
Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)
Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.
Thursday, 29 September 2011
Wednesday, 28 September 2011
Pilih Kemerdekaan Atau Demokrasi??
Oleh:NURUL AIN BT MAIDIN (QT0022)
SUDAH lebih setengah abad Malaysia secara rasmi mengisytiharkan dirinya merdeka. Pada usia setengah abad itu Malaysia telah menempuh pelbagai peristiwa yang mematangkan warganegaranya.
Sepanjang tempoh itu selain daripada membangun fizikal dan ekonomi, warganegara juga membangun budaya dan cara berfikir. Budaya dan cara berfikir itu, setakat usia setengah abad, masih lagi kelihatan adanya sambung-menyambung antara pemikiran budaya dan pemikiran tradisi tempatan dengan pemikiran budaya dan pemikiran global.
Kemasukan pemikiran global ke dalam masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu, bukan perkara baharu. Masyarakat Melayu yang terkenal dengan sifatnya yang sangat fleksibel boleh menerima apa sahaja budaya dan pemikiran dari luar setelah melalui tapisan semula jadi oleh budaya dan adat tempatan. Ini meliputi kemasukan pengaruh seni dari luar seperti dalam bidang perfileman, muzik, lukisan dan kesusasteraan. Tidak ketinggalan pengaruh luar dalam hal keagamaan seperti kemasukan pelbagai mazhab di bawah Sunnah Wal Jamaah, Qadariah, Jabariah, Syiah, Muktazilah kaum muda dan pelbagai lagi.
Demikian juga dengan kemasukan ideologi seperti kapitalis, sosialis, komunis, demokrasi dan apa saja yang ada di dunia dan diikuti pula oleh kemasukan pelbagai cara pergerakan politik dan sosial. Semua itu masuk melalui tapisan semula jadi budaya dan adat untuk disesuaikan dengan kehidupan tempatan. Setakat masa lalu, kemasukan itu seperti ditapis oleh suatu autoriti yang tidak begitu ketara tetapi terasa kewujudannya dan diterima pula kemudiannya oleh semua pihak.
Namun, sekarang dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi yang sangat pantas, kemasukan itu seperti tidak dapat lagi ditapis oleh apa-apa autoriti. Kemasukan itu sampai ke bilik tidur peribadi setiap individu warganegara tanpa tapisan. Hal ini menjadikan perkara baru yang masuk itu diberi tafsiran oleh setiap individu tanpa mengira kapasiti atau keupayaan intelektual dan pengalaman individu itu yang berbeza-beza tahapnya. Hasilnya, walaupun tidak diisytiharkan secara rasmi, setiap individu itu melakukan ijtihad persendirian tanpa mengira sama ada dia memiliki ciri atau syarat yang membolehkannya bertindak demikian.
Jika dalam masyarakat Islam Melayu tradisi, dipersetujui bahawa tidak semua orang boleh berijtihad tentang sesuatu perkara yang memerlukan keputusan dan dengan yang demikian itu mereka yang tidak memenuhi ciri atau syarat bersetuju untuk menyerahkan tafsiran kepada pihak yang diterima dan dianggap sebagai memilikinya.
Autoriti yang menerima kuasa itu berupa sama ada pemimpin agama tidak formal sesuatu lokaliti atau pejabat pentadbiran yang ditubuhkan oleh sesuatu autoriti rasmi agama pada peringkat negeri atau persekutuan. Pemimpin agama tidak formal itu pula biasanya akan akur dan tunduk apabila dalam sesuatu keadaan keputusannya dibatalkan oleh autoriti rasmi.
Hari ini keadaan menjadi sebaliknya. Autoriti rasmi seperti kehilangan kuasa dan sebaliknya autoriti tidak formal telah mengambil alih tempat itu. Keputusan autoriti formal yang sering kali bermain pada peringkat atas dan permukaan akan dengan mudah dibatalkan oleh autoriti tidak formal. Autoriti tidak formal itu pula tidak semestinya bersifat batang tubuh manusia secara hadir, sebaliknya muncul menjawab persoalan dan membuat keputusan melalui media maya.
Kebijaksanaan lama yang mengatakan 'untuk mendapat ilmu yang muktabar seseorang itu harus berguru dengan seseorang ahli ilmu, jika tidak seseorang itu berguru dengan syaitan' sekarang hanya dijadikan bahan gelak ketawa. Dengan keadaan sedemikian, orang Melayu Islam di Malaysia sekarang akan mudah menerima dan percaya pelbagai perkara yang sumbernya memadai daripada maklumat yang dilekatkan di dinding facebook seperti Dajjal turun di Iran, kiamat akan terjadi pada tahun sekian-sekian, makanan yang dulu halal menjadi haram, orang yang dulunya dianggap pengganas sekarang dianggap 'hero', sejarah ditulis dengan tidak betul dan banyak lagi. Keputusan dibuat oleh penerima hampir serta-merta sambil berbaring di atas katil sebelum tidur dengan berbantukan alat komunikasi mudah alih yang sangat kecil.
Begitulah nampaknya pada hari ini di Malaysia dan di mana-mana jua cara kemerdekaan itu ditafsir. Kemerdekaan sudah menjadi pelbagai erti, sehingga oleh kerana terlalu banjir dengan definisi, kemerdekaan menjadi kehilangan erti.
Perkataan kemerdekaan dikupas, dibincang dan perkembangkan mengikut selera individu dan tidak sedikit yang disalahgunakan dan diolah secara yang tidak jujur. Tiba-tiba kemerdekaan membawa erti positif dan negatif bergantung kepada siapa individu yang menggunakannya.
Oleh sebab tafsiran luar lebih deras arus dan gelombangnya disertai dengan teknologi hama berkuasa halilintar, maka tafsiran luar menjadi lebih benar berbanding tafsiran tempatan. Slogan yang dijulang sekarang bukan lagi kemerdekaan tetapi kebebasan. Riuh-rendah orang Malaysia memperjuangkan demokrasi yang disamakan dengan kebebasan sehingga mereka lupa bahawa demokrasi dan kebebasan itu tidak sama. Oleh sebab kebebasan itu bagus, maka kepada mereka demokrasi itu juga mesti bagus.
Mereka lupa bahawa demokrasi tafsiran luar itu hanyalah hukum majoritisme. Sebagai contoh, pilihan raya demokrasi tajaan Amerika Syarikat di Iraq telah mengubahnya daripada negara Sunnah kepada negara teokrasi Syiah sebagai pelebaran apa yang sudah kuat di Iran melalui hukum majoritisme itu. Pelebaran ini nampaknya terus menjalar sama seperti kejayaan Israel melebarkan sempadannya di bumi Arab melalui bantuan kuasa yang sama.
Jika dahulu hanya Israel yang mengimbangi kuasa Islam di Asia Barat sekarang pengimbang kuasa adalah antara Sunnah dan Syiah. Menarik dilihat, adakah orang Arab di wilayah mereka sekarang sedang berjuang untuk demokrasi atau berjuang untuk kebebasan tetapi hilang kemerdekaan? Jika konsep ini difahami, dari awal lagi disedari bahawa kebebasan yang diperjuangkan dan demokrasi yang dilaungkan tidak selalu sekufu.
Apakah kemerdekaan yang diperjuangkan di Malaysia? Kemerdekaan daripada siapa dan untuk apa? Segolongan mengatakan Malaysia telah merdeka mulai 1957 dan sebahagian lagi ada yang mengatakan Malaysia sememangnya tidak pernah tidak merdeka. Tafsiran kedua sangat menarik dan memberi baja untuk idea baru muncul iaitu yang diperjuangkan sekarang bukan kemerdekaan tetapi demokrasi. Kata mereka ini, Malaysia memang sentiasa merdeka tetapi demokrasinya yang tiada.
Peduli apa dengan kemerdekaan asalkan dapat mencapai kebebasan yang disamakan dengan demokrasi. Baikkah untuk Malaysia atau akan burukkah? Itu juga tidak penting, yang penting ialah idea baru ini mesti dicuba. Ini adalah autoriti baru mentafsir kebebasan. Mungkin inilah roh kemerdekaan yang cuba ditiup oleh segolongan warganegara Malaysia pada bulan Ogos hingga September 2011.
Demikianlah apabila kebebasan dilihat hanya dari jelingan politik. Seperti tidak ada ruang bahawa kemerdekaan itu adalah untuk memberi kebebasan seimbang kepada setiap warganegara memilih dan menerima bahawa di negara merdeka akan ada sedih, akan ada rasa marah dan akan ada rasa gembira dengan tanggungjawab sendiri.
Individu bebas hendak makan apa dan hendak makan di mana. Bebas untuk memilih masa hendak bercakap dan memilih masa untuk mendengar. Bebas memilih sama ada hendak menjadi pembeli atau penjual. Bebas memiliki harta kepada yang berkehendak kepadanya. Bebas hendak belajar sehingga setinggi mana pun. Bebas hendak bekerja apa mengikut keupayaan sendiri. Bebas memilih hendak hidup bermajikan atau hidup sebagai tuan.
Bebas juga untuk menentukan sama ada hendak berkeluarga sendiri dan selepasnya bebas pula memilih berapa bilangan ahli keluarga yang hanya tertakluk kepada hukum alam bukan oleh sekatan kuasa negara seperti yang dikuatkuasakan oleh negara yang jauh dan dekat dengan Malaysia. Bebas untuk memilih Tuhan yang hendak disembah.
Paling penting kepada saya ialah memilih ingin bangun awal setiap pagi melihat fajar menyingsing melalui langsir tingkap rumah kecil saya dengan tidak perlu terintai-intai kalau-kalau akan ada muncung senapang meledakkan pelurunya melalui tingkap itu. Saya juga ingin terus dapat bebas berdoa agar mudah-mudahan Tuhan melindungi dan mengampunkan kedua-dua arwah ibu bapa saya atas apa jua derhaka mereka kepada-Nya.
Saya mohon Tuhan juga terus mengizinkan saya dan anak cucu saya membuat kebaikan sebanyak-banyaknya kepada manusia lain agar ganjaran kebaikan itu semua jika ada akan kami hadiahkan kepada arwah-arwah yang telah pergi. Akan masih adakah lagi semua ini?
Menguruskan Alam Sekitar Melalui Pembacaan
Oleh:NURUL AIN BT MAIDIN (QT0022)
TENTUNYA jijik apabila melihat sampah sarap bertaburan di atas jalan. Meloyakan apabila melihat pelbagai jenis sampah yang berupa pelbagai jenis mula membusuk dan berair. Siapa yang tidak rimas dan tidak selesa dengan keadaan-keadaan begini.
Menyakitkan mata apabila melihat ia bertaburan di merata tempat, terutamanya di tempat-tempat awam yang sentiasa dikunjungi. Namun, tentunya sampah-sampah itu terhasil daripada beberapa punca.
Dan tentunya punca utamanya ialah manusia itu sendiri.
Manusia, seperti yang disebutkan di dalam al-Quran, adalah sebaik-baik makhluk yang dicipta-Nya untuk mentadbir dan menjadi khalifah di muka dunia ini. Walaupun ada makhluk-makhluk lain yang lebih besar dan gagah yang telah ditawarkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, manusia menerimanya.
Maka, apa keistimewaan kita sebagai makhluk yang terpilih untuk memerintah dan mengurus alam? Yang padahal, juga disebut di dalam al-Quran, manusialah juga yang akan memusnahkan alam ini.
Untuk mengurus, seseorang pengurus perlulah berilmu. Namun ilmu tanpa amal tidak akan ke mana. Ilmu perlu diiringi dengan amal. Amal tanpa menulis pula tidak akan mampu mewujudkan satu gelombang ilmu baru. Maka lingkaran ilmu ini perlu untuk memastikan pengurusan sesuatu perkara itu cekap.
Sumber
Ilmu boleh didapati daripada pelbagai sumber. Dan antara sumber tentunya dari buku dan bahan bacaan. Tentunya terdapat banyak buku atau bahan bacaan yang berkaitan dengan pengurusan alam sekitar. Apabila isu ini hebat diperkatakan sejak Persidangan Bumi (Earth Summit) yang berlangsung di Rio de Janiero pada tahun 1992, telah memberi kesedaran kepada hampir 100 buah negara untuk bersama-sama menilai semula kaedah mereka menjaga alam sekitar dan seterusnya melaksanakan pembangunan mapan (sustainable development) di negara masing-masing.
Persidangan ini amat penting pada ketika bumi sedang menghadapi banyak masalah berkaitan dengan persekitaran. Kepada para pencinta alam, persidangan ini banyak membantu kebanyakan negara untuk menghadapi masalah-masalah kini dan masa hadapan.
Apabila sesuatu isu itu hebat dibincang dan diperdebatkan, hasil-hasilnya akan ditulis dan dibukukan, sama ada dalam bentuk buku, majalah, risalah malah menerusi teknologi Internet. Masyarakat yang membaca tentunya akan lebih peka terhadap alam sekitar.
Antara majalah-majalah elektronik yang terdapat di seluruh dunia yang boleh diakses dan dimuat turun secara percuma adalah SEPA View terbitan Scottish Environmental Protection Agency.
Begitu juga dengan buku Era Hijau terbitan Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Impak terbitan Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Our Planet terbitan United Nations Environment Programme (UNEP), Friends of the Earth News Magazine terbitan Friends of the Earth, Environmental Health in Germany: Everyday Examples terbitan Federal Office for Radiation Protection Germany dan puluhan lagi.
SEPA View misalnya merupakan antara majalah elektronik percuma yang bermaklumat dan mempunyai reka letak yang cantik. Ia mudah dilayari dan mesra pengguna.
Malah laman web SEPA sentiasa dikemas kini. Semua statistik dan laporan terkini mudah dimuat turun, malah secara percuma, memudahkan para penyelidik melayarinya. Bagi penulis sendiri yang pernah menyelidiki pengurusan sampah di Edinburgh, Scotland, tidak perlu ke pejabat SEPA sebaliknya hanya perlu memuat turun ke komputer riba penulis. SEPA View pula melengkapkan maklumat-maklumat itu.
Impak, terbitan Jabatan Alam Sekitar Malaysia juga antara majalah elektronik tempatan yang berinformasi. Ia boleh dilayari dan dimuat turun secara percuma daripada laman web Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
Selain daripada Impak, Jabatan Alam Sekitar Malaysia juga menerbitkan Era Hijau, yang difokuskan kepada para pelajar sekolah. Ia tentunya dapat mendekatkan lagi generasi muda dengan pengurusan alam sekitar.
Tentunya untuk mewujudkan satu gelombang kesedaran pengurusan alam sekitar yang cekap, masyarakat perlu dididik sama ada secara formal seperti di universiti-universiti dan juga secara tidak formal seperti menerusi media dan buku.
Malaysia seharusnya memperbanyakkan lagi kandungan Internetnya jika ingin melihat masyarakat terdidik dengan lebih meluas.
Membaca Membentuk Sahsiah Remaja
Oleh:NURUL AIN BT MAIDIN(QT0022)
ZAMAN remaja merupakan masa untuk mencari identiti dan jati diri. Pada masa inilah berlakunya anjakan dari zaman kanak-kanak yang penuh dengan imaginasi dan menghiburkan, kepada zaman penuh kekeliruan dan pembinaan ego diri seorang manusia.
Menurut Ismael Mudar dari Universitas Negeri Padang dalam jurnal bertajuk Pembentukan Identitas Remaja dan Gaya Pengasuhan Orang Tua, pembentukan identiti seseorang remaja itu dipengaruhi oleh persekitaran tumbesarannya. Menerusi aktiviti penerokaan dan perasaan tanggungjawab, remaja secara tidak langsung membentuk identiti dirinya sendiri.
Kajian tersebut disokong oleh pakar psikologi kanak-kanak dan remaja Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Khaidzir Ismail melalui "Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah."
Remaja merupakan golongan berusia 13 hingga 19 tahun. Ada pihak yang mendefinisikan remaja sebagai satu golongan manusia yang berada di zon peralihan, iaitu antara usia sebaik sahaja akil baligh dengan usia mencapai kematangan.
Usia remaja selalu dikaitkan dengan zaman persekolahan, kerana lazimnya di negara maju atau membangun, usia remaja adalah usia seseorang individu itu dalam proses mendapat pendidikan primer yang formal.
Remaja di Malaysia tidak terkecuali daripada terdedah kepada gelombang kemodenan era teknologi maklumat yang membolehkan mereka menikmati pelbagai aktiviti santai dengan mudah.
Selain dari itu, remaja kita juga sebenarnya gemar membaca. Kajian yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia, berasaskan Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) yang telah 10 tahun berjalan.
MeningkatData yang dikumpul pada setiap tahun mendapati pembabitan pelajar dalam aktiviti membaca semakin meningkat. Statistik akhir tahun lalu menunjukkan 84.68 peratus pelajar terbabit dalam program ini.
Pusat Perkembangan Kurikulum mendapati pelajar lebih suka membaca buku berkisar mengenai suatu yang hampir dengan mereka, sesuai dengan usia dan persekitaran mereka. Selain daripada buku bukan fiksyen yang berbentuk ilmiah, pelajar lebih terarah untuk membaca buku berkaitan remaja, hubungan dalam konteks usia remaja, serta grafik menarik dengan teks mudah difahami.
Lambakan bahan bacaan yang disasarkan kepada golongan remaja juga menjadi tarikan minat membaca di kalangan remaja. Namun soalnya bagaimana kualiti bahan bacaan tersebut? Adakah mesej yang ingin disampaikan benar-benar sesuai untuk santapan minda dan imaginasi remaja?
Hasil pemerhatian mendapati ramai remaja terutama remaja golongan pertengahan dan rendah, terdorong untuk membaca majalah-majalah hiburan.
Seawal usia 12 tahun juga remaja sudah mula pandai membaca novel-novel cinta yang berkait rapat dengan kehidupan remaja yang serba warnawarni. Tidak dapat dinafikan, ada mesej yang ingin disampaikan oleh novel-novel ini, namun selalunya cerita cintanya juga terlalu mempengaruhi dan mengghairahkan emosi remaja. Mereka akan lebih mudah berkhayal serta kurang menumpukan perhatian kepada pelajaran. Kegilaan membaca novel-novel dan majalah hiburan ini mungkin boleh menimbulkan situasi yang tidak sihat untuk minda dan emosi remaja.
Pembacaan adalah santapan minda. Bahan santapan yang baik akan menghasilkan minda yang berkualiti. Sahsiah remaja yang baik boleh dibentuk melalui bahan pembacaan yang betul. Oleh itu, menjadi tanggungjawab remaja untuk bijak memilih bahan bacaan yang berkualiti dan dapat membantu meningkatkan stimulasi kecekapan berfikir masing-masing.
Bahaya Hati Berlemak
Oleh:NURUL AIN BT MAIDIN (QT0022)
TAHUKAH anda selain masalah jantung mengandungi lemak yang boleh menyebabkan tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit, ada organ lain yang tidak terkecuali berdepan masalah yang sama? Organ terbesar dalam tubuh yang mempunyai pelbagai fungsi penting yang dimaksudkan ialah hati.
Hati berlemak atau steatosis adalah satu keadaan yang mana ada lemak berlebihan pada hati. Di Amerika Syarikat, dianggarkan 25 peratus penduduknya menghadapi masalah ini dan ia lebih kerap ditemui di kalangan wanita.
Pakar Perunding Gastroenterologi, Jabatan Gastroenterologi, Hospital Kuala Terengganu (HKT), Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh berkata, meskipun hati berlemak bukanlah sejenis penyakit, ia adalah petanda bahawa seseorang menghadapi masalah kesihatan.
Beliau berkata, keadaan ini sekiranya dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan penghidap menghadapi komplikasi.
“Hati berlemak yang tidak dirawat boleh mendedahkan individu terbabit menghadapi masalah hati atau penyakit lain yang lebih serius,” katanya.
Hati adalah organ yang berfungsi untuk menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang digunakan oleh tubuh. Trigliserid pula antara bentuk lemak yang disimpan dalam tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel baru.
Bagaimanapun, pemecahan lemak ini boleh terganggu oleh minuman keras, kekurangan zat makanan, kehamilan atau keracunan. Dalam kes hati berlemak, jumlah lemak yang kebanyakannya terdiri daripada trigliserid ada dalam sel hati.
Dr Shukri berkata, hati berlemak tidak menyebabkan penghidapnya berasa sakit dan keadaan yang tidak disedari ini berlarutan dalam jangka masa panjang.
Hati berlemak boleh menyebabkan radang pada sel hati yang dikenali sebagai steatohepatitis. Ia kerap dikaitkan dengan pengambilan minuman keras. Pengambilan minuman keras sebanyak 10 auns seminggu sudah memadai untuk mendedahkan seseorang itu mengalami masalah hati berlemak.
Namun keadaan yang sama boleh boleh berlaku tanpa mengaitkannya dengan minuman keras. Keadaan ini dikenali sebagai non-alcoholic steatohepatitis (NASH). Dianggarkan 15 hingga 50 peratus pesakit NASH boleh menghidap fibrosis atau sirosis hati dalam jangka masa yang lama.
Di Amerika Syarikat, sebahagian besar masalah hati berlemak berpunca daripada tabiat meminum minuman keras. Lemak masuk ke dalam hati melalui usus dan tisu. Dalam keadaan normal, lemak daripada makanan diproses oleh hati dan tisu lain.
Jika lemak yang diproses ini berlebihan daripada apa yang diperlukan dalam tubuh, ia akan disimpan. Di kalangan individu yang obes, lemak akan lebih banyak terbentuk dalam sel hati.
Beliau berkata, dalam kes yang serius saiz hati meningkat tiga kali ganda daripada saiz normal.
“Hati berlemak adalah satu keadaan yang mana berlakunya kadar penyerapan lemak yang begitu tinggi dalam hati. Ini disebabkan oleh tabiat pengambilan minuman keras secara berlebihan, penyakit kencing manis atau pertambahan berat badan,” katanya.
Selain itu, penyakit seperti batuk kering, diet yang tidak seimbang, pembedahan pintasan usus kecil untuk obesiti dan sesetengah ubat seperti kortikosteroid menjadi punca berlakunya hati berlemak.
Beliau berkata, sukar untuk dijelaskan bagaimana penyerapan lemak pada hati berlaku. “Pesakit yang mempunyai hati berlemak biasanya menunjukkan pertambahan lemak yang mengakibatkan berat hati meningkat sebanyak lima peratus. Pemindahan lemak daripada bahagian tubuh lain atau peningkatan ekstrak lemak dalam hati akan melalui usus.
“Kadar kemampuan hati untuk memecah dan mengumuh lemak ialah punca kemungkinan berlakunya pengumpulan lemak dalam hati,” katanya.
Berbeza dengan jantung, mengambil makanan yang berlemak tidak mempunyai kesan secara langsung terhadap pengumpulan lemak pada hati.
Malah, ada pesakit yang mempunyai paras lemak yang normal dalam darah.
Malah, ada pesakit yang mempunyai paras lemak yang normal dalam darah.
Beberapa kajian mendapati hati berlemak adalah antara sebab yang menurunkan enzim hati yang dikenal pasti pada ujian darah secara rutin.
Enzi mini dikeluarkan oleh sel hati apabila berlaku radang pada sel berkenaan.
Gejala Pembuangan Bayi
Oleh:NURUL AIN BT MAIDIN (QT0022)
Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.
Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.
Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.
Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.
Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah.
Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.
Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang.
Bekerja Untuk Masa Depan
0leh:NURUL AIN BT MAIDIN (QT0022)
“HIDUP mesti diteruskan, betapa berat pun rintangan dan kesusahan, kami percaya kami boleh bangkit semula dan kami akan membangunkan semula negeri ini, kerana Tuhan tidak suka mereka yang berputus asa.” Kata-kata ini dipetik dari sebuah rancangan majalah di kaca televisyen yang memaparkan kehidupan selepas bencana gempa bumi yang melanda Sumatera suatu ketika dulu.
Tidak lama sebelum itu mereka ditimpa bencana tsunami dahsyat pada 26 Disember 2004 yang menelan korban seramai 126 ribu orang. Dan berbagai-bagai lagi siri gempa bumi yang menghimpit rakyat Indonesia seperti gempa bumi di Yogjakarta pada Julai 2005 dan Bengkulu pada September 2007.
Apa yang menarik untuk direnungkan daripada bencana dan kemusnahan yang melanda Indonesia ialah tentang ketabahan rakyatnya untuk menghadapi bencana tanpa mengalah kepada nasib semata-mata.
Begitu juga dengan situasi yang sedang kita hadapi sekarang. Kenaikan harga minyak telah melarat menjadi inflasi yang telah memamah pendapatan kita.
Kuasa beli kita menjadi kecil apabila harga barang semakin meningkat secara mendadak sedangkan pendapatan kita tidak bertambah. Dan penulis kira ia juga boleh dikategorikan sebagai bencana kerana kita merasai kesusahan, keperitan dan kesan yang besar dalam kehidupan seharian.
Pada masa ini kerajaan sedang bertungkus-lumus berusaha untuk mengurangkan beban rakyat dan ada juga kumpulan yang mendakwa boleh menurunkan harga minyak sekiranya berkuasa. Penulis tidak berminat untuk mengulas dari sudut politik. Biarkan pihak yang berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka.
Tetapi apa pula peranan kita secara individu untuk berhadapan dengan bencana ini? Apakah kita harus menjerit dan menangis menghadapi kegawatan ini? Adakah kita masih mengharapkan harga minyak ini turun dengan mendadak pada masa akan datang? Dan jika turun pun, adakah harga barangan yang naik ini akan turun juga?
Kita harus menerima hakikat bahawa apa yang berlaku sekarang adalah realiti yang harus kita hadapi. Harga barangan kini semakin mahal dan kuasa beli kita semakin berkurangan.
Katakan dahulu kita boleh menabung sedikit daripada pendapatan bulanan kita, kini mungkin semua pendapatan habis digunakan. Dan kalau dahulu pada mereka yang langsung tidak dapat menabung, kini sudah pasti mereka terpaksa pula mengurangkan barang-barang yang boleh dibeli.
Kita pernah melalui zaman-zaman susah sekitar krisis ekonomi 1997/98. Pada masa itu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merosot daripada sekitar 7 peratus pada tahun 1997 kepada sekitar negatif 7 peratus pada tahun 1998.
Dan pasaran saham Malaysia kehilangan lebih tiga suku dari nilai modalnya, atau lebih RM567.34 bilion wang rakyat negara ini hilang begitu sahaja akibat daripada kejatuhan harga saham dari Julai hingga September 1998.
Bagaimana caranya kita perlu mempersiapkan mental kita untuk berhadapan dengan krisis ini? Kita biasa mendengar seseorang yang menghidap penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser boleh memanjangkan hayat sekiranya mereka berusaha melawan penyakit dan tidak hanya melayan kesakitan. Melawan penyakit ini adalah peranan mental atau otak dan perasaan. Dan ia mempunyai kesan psikologi yang besar.
Di sinilah peranan psikologi dalam menghadapi bencana ekonomi ini. Merungut, meratap dan menangis tidak akan merubah apa-apa.
Yang penting kita mesti sama-sama berfikiran positif mengharunginya dan terus bekerja keras memperbaiki taraf hidup.
Kalau kita terus melayan kebimbangan dan kesedihan ini, kita mungkin tidak boleh bekerja dan termenung yang akhirnya memburukkan lagi keadaan. Atau mungkin ada yang bunuh diri atau menjadi gila.
Setiap kita harus berusaha untuk menambah pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat kerana inflasi.
Kerajaan sendiri telah pun memberikan keizinan kepada kakitangan kerajaan daripada kumpulan sokongan untuk menjalankan perniagaan sampingan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan.
Penulis berpendapat kebenaran ini harus juga dipanjangkan kepada golongan pengurusan dan profesional seperti kumpulan guru untuk menjadi guru tuisyen kerana golongan ini juga turut menerima kesan dengan masalah ekonomi terutama mereka yang mempunyai keluarga yang besar.
Satu perkara yang kita jangan lupa ialah untuk sentiasa berdoa kepada Tuhan agar bencana yang kita sedang hadapi ini akan berakhir juga satu masa nanti.
Dalam dunia ini tidak ada yang berkekalan. Percayalah bahawa kesengsaraan adalah sementara dan kebahagiaan juga sementara. Satu hari nanti semuanya akan pulih seperti sedia kala sekiranya kita berusaha dan tabah mengharunginya.
Kita telah membuktikan bahawa kita telah berjaya keluar daripada krisis ekonomi lepas dengan cara kita sendiri dan kemudian kita kembali makmur.
Anggaplah kemewahan kita yang lepas sebagai sesuatu yang telah berlalu dan tiada lagi. Tapi kita masih ada ruang untuk memperbaiki masa depan. Hidup mesti diteruskan.
Kita harus mengharapkan yang terbaik tetapi bersedia untuk yang terburuk. Kita perlu terus bekerja keras membina sesuatu untuk generasi akan datang dan mengharungi krisis ini dengan tabah dan berani.
Seperti yang dinyatakan dalam sebuah iklan Petronas; “Adakah apa yang kita ada sekarang mampu membawa kita ke masa depan?” Suatu perkara yang harus kita renungkan
Tuesday, 27 September 2011
..:: kenapa Ibu mengandung ? ::..
Bismillah ,
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah , lepas dh baca macam2 buku , tiba2 , sy rasa tertarik sgt dengan buku Ust Hasrizal Abdul Jamil dalam bukunya , Murabbi Cinta . tajuk 'kenapa Ummi mengandung?' menjadi perhatian sy. agak2, pernah ke kita terfikir semua tuh ?
FITRAH SEORANG WANITA
ya , fitrah. ! seorang wanita akan melalui zaman remaja nya, kemudian ke alam dewasa dan berkahwin. setelah itu dia akan melahirkan anak. tetapi, kenapa wanita yang di jadikan pilihan ? bukankah lelaki lebih kuat untuk semua itu ? mengandung 9 bulan dan melalui proses melahirkan , lelaki lebih kuat untuk menghadapi semua itu kerana kekuatan mereka. namun, secara emosi nya, kekuatan EQ seorang wanita itu lebih kuat dari lelaki. mereka mampu untuk bersabar menghadapi kesakitan, kepenatan dan segala yang sulit semasa proses mengandung dan melahirkan. setelah itu, mereka akan menghadapi proses pantang, yang dimana mereka akan berehat setelah penat 'berkerja' dengan emosi dan fizikal selama 9 bulan. kekuatan EQ itu bukan berhenti sampai disitu shja, mereka akan terus berkerja dengan EQ untuk membesarkan anak, membelai, menjaga makan minum serta pakaian anak2, memberi pendidikan yang secukupnya. ya ! mungkin diluar sana ada lelaki yang mengambil alih tugas ini, tapi hanya segelintir sahaja. sedangkan fitrah wanita itu mengasihi anaknya daripada di alam rahim lg, iaitu 'Alam Kasih Syg'. Kasih Syg yg sulit untuk ditmui dalam jiwa lelaki, biarpun mereka mempunyai fizikal yang sasa dan mental yang berkuasa !
MENGHARGAI WANITA
kerana fitrah yang istimewa itu, kita harus menghargai wanita. kerana mereka telah menahan jerih payah mengandung dan melahirkan kita. sebagai ibu bapa juga, jangan wujudkan sikap 'membanding - bandingkan' terhadap anak2 supaya mereka tahu tulusnya kita mengasihi mereka. bukan kerana perbezaan yang ada, tetapi kerana siapa diri mereka!
"Sesungguhnya engkau tidak akan lahir ke dunia ini , melainkan engakau pernah dipeluk kasih dan sayang seorang 'ibu yang rahim' di ALAM RAHIM"~Murabbi Cinta, Hasrizal Abdul Jamil
NAJIHAH BT MAZLAN
TH 0016
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah , lepas dh baca macam2 buku , tiba2 , sy rasa tertarik sgt dengan buku Ust Hasrizal Abdul Jamil dalam bukunya , Murabbi Cinta . tajuk 'kenapa Ummi mengandung?' menjadi perhatian sy. agak2, pernah ke kita terfikir semua tuh ?
FITRAH SEORANG WANITA
ya , fitrah. ! seorang wanita akan melalui zaman remaja nya, kemudian ke alam dewasa dan berkahwin. setelah itu dia akan melahirkan anak. tetapi, kenapa wanita yang di jadikan pilihan ? bukankah lelaki lebih kuat untuk semua itu ? mengandung 9 bulan dan melalui proses melahirkan , lelaki lebih kuat untuk menghadapi semua itu kerana kekuatan mereka. namun, secara emosi nya, kekuatan EQ seorang wanita itu lebih kuat dari lelaki. mereka mampu untuk bersabar menghadapi kesakitan, kepenatan dan segala yang sulit semasa proses mengandung dan melahirkan. setelah itu, mereka akan menghadapi proses pantang, yang dimana mereka akan berehat setelah penat 'berkerja' dengan emosi dan fizikal selama 9 bulan. kekuatan EQ itu bukan berhenti sampai disitu shja, mereka akan terus berkerja dengan EQ untuk membesarkan anak, membelai, menjaga makan minum serta pakaian anak2, memberi pendidikan yang secukupnya. ya ! mungkin diluar sana ada lelaki yang mengambil alih tugas ini, tapi hanya segelintir sahaja. sedangkan fitrah wanita itu mengasihi anaknya daripada di alam rahim lg, iaitu 'Alam Kasih Syg'. Kasih Syg yg sulit untuk ditmui dalam jiwa lelaki, biarpun mereka mempunyai fizikal yang sasa dan mental yang berkuasa !
MENGHARGAI WANITA
kerana fitrah yang istimewa itu, kita harus menghargai wanita. kerana mereka telah menahan jerih payah mengandung dan melahirkan kita. sebagai ibu bapa juga, jangan wujudkan sikap 'membanding - bandingkan' terhadap anak2 supaya mereka tahu tulusnya kita mengasihi mereka. bukan kerana perbezaan yang ada, tetapi kerana siapa diri mereka!
"Sesungguhnya engkau tidak akan lahir ke dunia ini , melainkan engakau pernah dipeluk kasih dan sayang seorang 'ibu yang rahim' di ALAM RAHIM"~Murabbi Cinta, Hasrizal Abdul Jamil
NAJIHAH BT MAZLAN
TH 0016
KaMbINg PuTiH
Nama pelik tapi benar. Pertama kali menyertai kelas penulisan n kewartawanan. Dapat merasai apa itu blogger. Pendedahan mengenai penulisan daripada Cikgu Tuan Shamsudin agak berlainan bagi saya. Kelas permulaan telah saya fahami tentang penulisan, berita, kandungan sesebuah artikel. intro @ pendulu dan sebagainya. Kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. Subjek baru ini yang terdapat di KIAS Nilam Puri, juga dapat menambah pengetahuan walaupun tidak melangkah jauh di luar sana. Cara n gaya cikgu dapat menarik minat pelajar walaupun ada di kalangan pelajar terpaksa memilih subjek tersebut.Contoh: assigment pertama melibatkam pelajar terpaksa menunjuk muka dalam ketakutan, malu, hairan, suka, di bumi K B Mall. Ha ha..Pelajar dikehendaki temuramah pengunjung yang datang ke Pasaraya tersebut. Laporan. latihan @ kerja kursus perlu serah pada setiap selasa, pesanan begini dapat memperingatkan pelajar supaya mendisplinkan diri.Perkataan yang dipelajari baru-baru ini agak menguji logik akal. Iaitu " Watchdog". Cikgu suruh beri pengertiannya. Dari pancaindera, saya menghuraikan perkataan tersebut sebagai penjaga yang mengintai gerak-geri orang lain. Tapi padahal maksud sebenar jauh sangat dari apa yang saya fahami.Rupanya ia berkaitan dengan watak n tanggungjawab sesorang wartawan, iaitu melindungi insan yang terpinggir, tertindas dari undang-undang. Jadi, nampak sangat saya perlu betul-betul mendalami subjek ini dengan minda yang positif.
Nurmaisarah Abdullah DQ0445
Nurmaisarah Abdullah DQ0445
Kemanisan Iman
Orang Mukmin itu memiliki keajaiban dalam kehidupan. Apabila mendapat nikmat, dia akan bersyukur. Apabila ditimpa musibah, dia mendapat hikmah. Semuanya dirasakan indah belaka kerana dia sudah mendapat "halawatul iman" (kemanisan iman). Kemanisan iman itulah yang akan mencukupkan segala macam bentuk keperluan manusia sama ada keperluan dalam bentuk kebendaan, pemikiran, perasaan dan kejiwaan.
Apa itu kemanisan iman? Ia adalah satu rasa tenang, bahagia dan aman dalam jiwa seseorang hasil keyakinannya yang tinggi kepada Allah, al-Kitab, Rasul dan lain-lain rukun iman. Ia adalah kemanisan yang bersifat maknawi yakni tidak dapat dirasai dengan pancaindera tetapi hanya dapat dirasai oleh hati. Orang yang telah merasai kemanisan iman akan merasai keindahan dalam melakukan ketaatan dan bahagia ketika meninggalkan kejahatan. Apabila musibah melanda, mampu sabar dan redha. Bahkan dia sanggup mati demi menemui kecintaan-Nya (Allah).
Tidak ada rasa sukar, penat, bosan, rugi dan lain-lain dalam diri orang yang telah merasai kemanisan iman. Ia sesungguhnya mengatasi segala kemanisan duniawi. Mereka yakin bahawa apa-apa jua yang ditakdirkan oleh Allah adalah baik belaka. Dan hasil keyakinan itu mereka mampu menukar segala yang buruk menjadi kebaikan, segala kekurangan menjadi kelebihan, segala yang pahit menjadi penawar dan segala yang kotor menjadi bersih dan jernih. Dalam jiwa mereka seolah-olah ada penapis yang mampu menapis segala yang negatif menjadi positif.
Jika iman (kalimah syahadah) itu diumpamakan oleh Allah sebagai pohon yang baik, maka kemanisan iman adalah rasa pada buah yang telah masak ranum, terhasil oleh kesubursn pohon yang telah berbatan, berdahan, berdaun dan berbuah itu. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik". (Surah Ibrahim 14: 24).
Kemanisan iman berkadar terus dengan kesempurnaan iman dalam hati sanubari seseorang. Semakin sempurna, teguh dan kukuh iman seseorang, maka semakin manislah iman itu dirasai olehnya. Oleh sebab itu, bukan semua orang yang mengakui beriman dapat merasai kemanisannya. Ini kerana iman itu bukan dengan kata-kata ataupun angan-angan tetapi ia diperkukuhkan dengan perbuatan dan pengorbanan.
Justeru, sudah menjadi kewajipan setiap orang Islam memburu kemanisan iman. Ia perlu dijadikan agenda utama dalam hidup mengatasi segala-galanya. Bahkan jika disedari, pemburuan untuk merasai kemanisan iman ini adalah agenda seumur hidup. Kita hidup dengan iman, kita mati dengan iman dan kita pinta masuk ke dalam syurga dengan iman. Namun, mana mungkin kita boleh melakukan segala-galanya itu jika iman terasa pahit, pedih dan perit. Hanya orang yang rasa manis dengan iman sahaja yang mampu hidup dan mati bersamanya!.
Apabila seseorang mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya.Dan apabila seseorang dicintai Allah, maka hidup dan matinya akan menyebelahinya. Dalam hadis qudsi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Allah akan berfirman: "Wahai Jibrail, Aku mencintai seorang hamba, maka cintailah dia. 'Kemudian Jibrail memanggil penduduk langit dan berkata: 'Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia.' (Riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah).
by,NOOR AINI BINTI ABDULLAH
DQ 0446
Orang Mukmin itu memiliki keajaiban dalam kehidupan. Apabila mendapat nikmat, dia akan bersyukur. Apabila ditimpa musibah, dia mendapat hikmah. Semuanya dirasakan indah belaka kerana dia sudah mendapat "halawatul iman" (kemanisan iman). Kemanisan iman itulah yang akan mencukupkan segala macam bentuk keperluan manusia sama ada keperluan dalam bentuk kebendaan, pemikiran, perasaan dan kejiwaan.
Apa itu kemanisan iman? Ia adalah satu rasa tenang, bahagia dan aman dalam jiwa seseorang hasil keyakinannya yang tinggi kepada Allah, al-Kitab, Rasul dan lain-lain rukun iman. Ia adalah kemanisan yang bersifat maknawi yakni tidak dapat dirasai dengan pancaindera tetapi hanya dapat dirasai oleh hati. Orang yang telah merasai kemanisan iman akan merasai keindahan dalam melakukan ketaatan dan bahagia ketika meninggalkan kejahatan. Apabila musibah melanda, mampu sabar dan redha. Bahkan dia sanggup mati demi menemui kecintaan-Nya (Allah).
Tidak ada rasa sukar, penat, bosan, rugi dan lain-lain dalam diri orang yang telah merasai kemanisan iman. Ia sesungguhnya mengatasi segala kemanisan duniawi. Mereka yakin bahawa apa-apa jua yang ditakdirkan oleh Allah adalah baik belaka. Dan hasil keyakinan itu mereka mampu menukar segala yang buruk menjadi kebaikan, segala kekurangan menjadi kelebihan, segala yang pahit menjadi penawar dan segala yang kotor menjadi bersih dan jernih. Dalam jiwa mereka seolah-olah ada penapis yang mampu menapis segala yang negatif menjadi positif.
Jika iman (kalimah syahadah) itu diumpamakan oleh Allah sebagai pohon yang baik, maka kemanisan iman adalah rasa pada buah yang telah masak ranum, terhasil oleh kesubursn pohon yang telah berbatan, berdahan, berdaun dan berbuah itu. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik". (Surah Ibrahim 14: 24).
Kemanisan iman berkadar terus dengan kesempurnaan iman dalam hati sanubari seseorang. Semakin sempurna, teguh dan kukuh iman seseorang, maka semakin manislah iman itu dirasai olehnya. Oleh sebab itu, bukan semua orang yang mengakui beriman dapat merasai kemanisannya. Ini kerana iman itu bukan dengan kata-kata ataupun angan-angan tetapi ia diperkukuhkan dengan perbuatan dan pengorbanan.
Justeru, sudah menjadi kewajipan setiap orang Islam memburu kemanisan iman. Ia perlu dijadikan agenda utama dalam hidup mengatasi segala-galanya. Bahkan jika disedari, pemburuan untuk merasai kemanisan iman ini adalah agenda seumur hidup. Kita hidup dengan iman, kita mati dengan iman dan kita pinta masuk ke dalam syurga dengan iman. Namun, mana mungkin kita boleh melakukan segala-galanya itu jika iman terasa pahit, pedih dan perit. Hanya orang yang rasa manis dengan iman sahaja yang mampu hidup dan mati bersamanya!.
Apabila seseorang mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya.Dan apabila seseorang dicintai Allah, maka hidup dan matinya akan menyebelahinya. Dalam hadis qudsi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Allah akan berfirman: "Wahai Jibrail, Aku mencintai seorang hamba, maka cintailah dia. 'Kemudian Jibrail memanggil penduduk langit dan berkata: 'Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia.' (Riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah).
by,NOOR AINI BINTI ABDULLAH
DQ 0446
Kesan Sujud Kepada Jiwa ( Siti Muslimah Abdullah DQ 0438 )
ketahuilah bahawa sujud adalah antara gerakan dalam banyak-banyak gerakan solat kita.Realiti yang kita lihat,wajah manusia yang dikatakan tempat yang mulia dan di hormati...
sujud kepada Allah adalah yang sebaik-baik perlakuan yang amat di sukai Allah terhadap hambanya yang tawadduk dengan keesaan penciptaannya.Sujud memberi ketenangan jiwa,sujud penghapus sunyi dan sujud kerana syukur,Sujud seseorang kepada Allah taala menghakis sifat somboong,takabbur dan bongkak.
Hikmah Sujud
sujud ketika solat ialah waktu yang paling hampir antara seorang hamba dengan Allah S.W.T Allah berfirman dalam surah al-hajj ayat 77 yang bermaksud ; "Hai orang yang beriman,rukuk dan sujudlah..."sujud tidak dinafikan mempunyai beberapa manfaat dari segi perubatan,antaranya :
1. melegakan pernafasan ( relieved congestion for breathing )
2. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asal
Bernafas ketika sujud akan :
1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan bahagian peranakan yang jatuh ( prolasped uterus/fallen bond womb )
3. melegakan sakit hernia
4. mengurangkan sakit senggugut bagi wanita ketika haid
5. melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan
sebenarnya terdapat banyak lagi manfaat sujud yang dapat di kaji oleh para saintis,yang selebihnya Allah lebih mengetahui dan hanya Allah..
terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan kita orang semua semoga dengan sedikit ilmu ini kita dapat manfaat bersama..okeylah dah..dah..dah..jumpa lagi episod akan datang!
sujud kepada Allah adalah yang sebaik-baik perlakuan yang amat di sukai Allah terhadap hambanya yang tawadduk dengan keesaan penciptaannya.Sujud memberi ketenangan jiwa,sujud penghapus sunyi dan sujud kerana syukur,Sujud seseorang kepada Allah taala menghakis sifat somboong,takabbur dan bongkak.
Hikmah Sujud
sujud ketika solat ialah waktu yang paling hampir antara seorang hamba dengan Allah S.W.T Allah berfirman dalam surah al-hajj ayat 77 yang bermaksud ; "Hai orang yang beriman,rukuk dan sujudlah..."sujud tidak dinafikan mempunyai beberapa manfaat dari segi perubatan,antaranya :
1. melegakan pernafasan ( relieved congestion for breathing )
2. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asal
Bernafas ketika sujud akan :
1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan bahagian peranakan yang jatuh ( prolasped uterus/fallen bond womb )
3. melegakan sakit hernia
4. mengurangkan sakit senggugut bagi wanita ketika haid
5. melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan
sebenarnya terdapat banyak lagi manfaat sujud yang dapat di kaji oleh para saintis,yang selebihnya Allah lebih mengetahui dan hanya Allah..
terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan kita orang semua semoga dengan sedikit ilmu ini kita dapat manfaat bersama..okeylah dah..dah..dah..jumpa lagi episod akan datang!
Komputer dalam masyarakat hari ini
Oleh : Norhamizah bt Hamzah (sy 1065)
Penggunaan komputer hari Ini sememangnya memberikan kesan yang
besar kepada masyarakat. komputer digunakan dengan meluas sehingga manusia seolah
olah satu keperluan. Namun,seorang muslim mesti yakin terhadap perkara utama
dan sangat diperlukan dalam hidup ini ialah keredhaan Allah SWT. Walau
secanggih mana sekalipun komputer itu,tanpa keizinan dan keberkatan dariNya
kehebatan alat ini akan hilang juga. Begitu sebaliknya,walaupun tiada komputer
yang canggih, kehidupan seseorang itu akan bahagia apabila Allah
mengizinkannya.
Apabila menggunakan perkhidmatan bank dan pejabat pos, kita pasti kagum
dengan perkembangan teknologi yang diaplikasikan itu. Suatu ketika dahulu,
untuk mengeluarkan wang dari bank kita perlu beratur dan mengecop ibu
jari,tetapi hari ini hanya perlu ke mesin ATM untuk tujuan berkenaan. Tekan
nombor pin, pilih menu dan tak sampai 3 minit, duit pun keluar. Hari ini bukan
hanya keluar masuk duit sahaja boleh menggunakan mesin, bahkan urusan cek pun
lebih mudah dan cepat dengan ATM.
Penggunaan pelbagai kad dewasa ini pula adalah selari dengan
perkembangan Teknologi komunikasi maklumat (ICT). Ramai kita lihat meleretkan
kad kredit di stesen stesen petrol. Kebaikannya, dompet pun tak tebal duit pun
tak takut kena rompak. Pelbagai jenis kad seumpama ini dihasilkan antaranya kad
yang berasaskan ciri ciri ‘magnatic
stripe’ dan dilengkapi dengan teknologi ‘smart chip’. Semuanya lebih
mudah dan lebih selamat sebagai pengguna.
Namun begitu,jangan kita lupa pada kuasa yang memberikan keupayaan untuk
manusia mampu merekacipta komputer. Kita mesti sentiasa sedar bahawa komputer adalah
alat untuk membolehkan membantu dan memudahkan urusan, marilah berusaha untuk
mempastikan diri kita supaya menggunakan atau mengaplikasikan komputer setiap hari dengan matlamat mencari keredhaan
Ilahi. Sehingga berjumpa lagi, selamat mengurus dan menggunakan komputer….!
7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari akhirat
Disediakan oleh Abdul Rahman Bin Lalete
SY 0995
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim
1. Pemimpin (imam) yang
adil.
Setiap yang dipertanggungjawabkan akan
dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang
dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin
isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.
3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib
Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)
Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.
5. Lelaki apabila
mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.
Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.
6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh
seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak!
Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.
7. Lelaki yang bersedekah
dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.
Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di
akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas
dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan
orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.
Nama: Abdul
Hadi Ong B. Abdullah
No. matrik:DQ
0424
Tradisi
kekeluargaan orang Cina.
Pengenalan
Tamadun Cina merupakan tamadun awal
dalam sejarah manusia yang kini bersejarah lebih kurang 3777 tahun[1].Kedatangan
agama Islam dengan kerasulan Nabi Muhammad saw. dan pengasasan tamadun Islam menyatukan
masyarakat manusia yang berbilang bangsa dan budaya supaya saling
berkenalan.Atas dasar mengekalkan status identiti orang Cina maka artikel ini
ditulis berdasarkan rujukan buku-buku ilmiah dan agama,selain itu artikel ini
merupakan batu asas kepada kertas kerja dan buku “ Tradisi kekeluargaan Cina
Muslim”.
Asas
Kepercayaan Orang Cina
Sebelum penyebaran agama Islam dan
penerimaan agama Kristian,masyarakat Orang Cina sudah ada kepercayaan agama
yang tersendiri.Kepercayaan Orang Cina merupakan gabungan unsur monoteisme dan
animisme.
Unsur monoteisme kepercayaan Orang
Cina ialah keyakinan tentang kewujudan Tuhan Yang Maha Esa yang dikenali
sebagai “Shang Ti” yang menciptakan alam semesta dan mentadbirkannya menurut
kekuasaan-Nya dan keadilan-Nya,Dia memiliki sifat-sifat kesempurnaan dan tiada
siapa yang dapat melihat-Nya ketika masih hidup di dunia ini.
Walaupun mempercayai Tuhan Yang
Esa,Orang Cina menyekutukan-Nya dengan menerapkan unsur animisme.Mereka
mempercayai di alam sekeliling ada penunggu-penunggu yang dikenali sebagai “
Shen” atau “ Tian Shen” dan biasanya merupakan Dewa Dewi yang disembah oleh
Orang Cina.
Selain kepercayaan unsur monoteisme
dan animisme,Orang Cina juga mempercayai kehidupan sesudah mati dan memuja Roh
nenekmoyang sebagai penghormatan mengenang budi mereka semasa mereka masih
hidup.
Terdapat dua cara penghormatan yang
diberikan kepada sembahan-sembahan,cara pertama melibatkan pembakaran colok dan
isyarat tangan simbolik penghormatan;manakala cara kedua melibatkan doa,rukuk
dan sujud.Semasa pemujaan pemuja berhala dikehendaki memakai pakaian yang
bersopan.[2]
Perayaan-perayaan
Orang Cina
Pada dasarnya Perayaan Orang Cina
terbahagi kepada dua bentuk perayaan,iaitu perayaan berunsurkan agama
Budhisme,Confuciusme,dan Taoisme;kemudian perayaan berunsurkan budaya Cina.
Biasanya perayaan berunsur agama
merupakan hari untuk memperingati kelahiran dan kehidupan dewa dewi dan
Budha.Setiap dewa dewi dan Budha mempunyai riwayat hidup yang tersendiri.Dan
perayaan memperingati hari kebesaran agama Cina melibatkan upacara agama
seperti pemujaan berhala,upacara penurunan,dan kenduri untuk berhala.[3]
Bagi perayaan berunsurkan budaya
Cina,pada pendapat penulis boleh dirayakan oleh orang Islam hanya untuk tujuan
muhibbah kebudayaan sahaja tanpa melibatkan pemujaan berhala dan kubur,upacara
agama Cina dan perbelanjaan yang berlebihan yang tiada kebaikan untuk
kemaslahatan dakwah kepada Orang Cina.[4]
Antara perayaan yang dianggap boleh
dirayakan atas kemaslahatan muhibbah kebudayaan seperti:Tahun Baru Cina[5],kenduri
Tuanwu[6],kenduri
Kuih Bulan[7]
dan Perayaan Tung Chih[8].Industri
pembuatan kuih-muih tradisional Cina dan masakan cina yang menepati piawaian
halal Islam merupakan suatu bidang yang patut diceburi oleh orang Islam.
Aspek-aspek
kebudayaan Cina
Tamadun Cina meninggakan warisan
kebudayaannya kepada masyarakat Cina sekarang.Baju Chongsam merupakan
peninggalan zaman Dinasti dahulu dan sebenarnya baju Cina mengalami beberapa
perubahan sebelum ini.Chongsam diiktiraf sebagai pakaian rasmi oleh kerajaan
Republik Cina setelah kerajaan feudal digulingkan oleh Dr Sun Yat Sen,Orang
Cina Malaysia menjadikannya sebagai warisan nenek moyang.[9]
Pendidikan tradisi Cina menekankan
penguasaan enam kemahiran utama iaitu:adat istiadat,muzik tradisi
Cina,kemahiran memanah,menunggang kuda ,seni kaligrafi Cina,dan kemahiran
mengira.Ini menjadi asas falsafah pendidikan pada zaman dahulu kala.[10]
Panduan dan sumber bahasa dan
sastera Cina iaitu kitab himpunan Sishu Wujing merujuk kepada Sembilan buah
buku falsafah Confucius.Cina Muslim Malaysia walaupun kebanyakan masa dihabiskan
untuk mendalami pengajian Islam,maka sedikit masa hendaklah dilapangkan untuk
belajar bahasa Cina supaya warisan tamadun Cina tidak hilang begitu sahaja.[11]
Menyesuaikan
diri setelah memeluk Islam.
Sebenarnya tiada kesalahan untuk
mengamalkan kebudayaan Cina dalam masyarakat Islam dan tiada tentangan yang
hebat untuk beriltizam dengan ajaran Islam dalam masyarakat Cina di
Malaysia.Ini kerana Malaysia merupakan sebuah Negara yang berbilang bangsa dan
agama kaya dengan kepelbagaian kebudayaannya.[12]
Soal makanan halal dan makanan yang
syubahat menjadi salah satu aspek kehidupan Muslim kerana ia merupakan syarat
diterima semua amal ibadat oleh Allah,oleh itu Cina Muslim hendaklah mewarisi
cara masakan dan makanan tradisi Cina yang halal,kerana ini salah suatu
industri yang menguntungkan ekonomi Orang Islam.[13]
Masalah kenajisan anjing dan
khinjir sudah jelas dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis,walaupun ulama
berselisih faham tentang masalah furuk.Oleh itu sebagai seorang muslim
hendaklah mempraktikkan cara-cara pembersihan najis tersebut dengan sentiasa
menyediakan tanah yang bersih untuk digunakan ketika kecemasan.[14]
Untuk mewujudkan perpaduan antara
kaum dan suasana harmoni di Malaysia,maka penyebaran agama Islam dipergiatkan
lagi dan perkahwinan campur menjadi pilihan terbaikan bagi penulis.Melalui
naungan agama Islam semua etnik di Malaysia dapat dimuafakatkan dan dapat
mengekalkan budaya ketimuran daripada dihakis oleh arus kemasukan budaya barat
yang negatif.[15]
Kesimpulan
Kehidupan berbudaya dengan pegangan
ajaran Islam merupakan fitrah semula jadi manusia.Kita mesti memahami
norma-norma masyarakat Malaysia dan sentiment keagamaan di Malaysia supaya
keharmonian hidup berbilang bangsa dapat dikekalkan.
Rujukan :
1.
Ann Wan Seng,1996,Perayaan Orang Cina,Shah Alam,Penerbit Fajar
Bakti.
2.
Ann Wan Seng,1994,Adat Dan Pantang Larang Orang Cina,Kuala
Lumpur,Penerbit Fajar Bakti.
3.
Mohammad Nidzam Abd. Kadir,2009,Fiqah Berinteraksi dengan
Non-Muslim,Kuala Lumpur,Telaga Biru Sdn. Bhd.
4.
Rammani Karupiah,2006,Sejarah Kertas 940/1 Tamadun Dunia,Subang
Jaya,Pustaka Sarjana Sdn. Bhd.
[1] Rammani Karupiah,Sejarah Kertas 940/1 Tamadun Dunia, ms 1-57
[2] Ann Wan Seng,Perayaan Orang Cina,ms 1-19
[3] Ann Wan Seng,Perayaan Orang Cina,ms 84-90.
[4] Mohammad Nidzam Abd. Kadir,Fiqah berinteraksi dengan Non-Muslim,ms
1-5.
[5] Ann Wan Seng,Perayaan Orang Cina,ms 19-23.
[6] Ann Wan Seng,Perayaan Orang Cina,ms 44-45.
[7] Ann Wan Seng,Perayaan Orang Cina,ms 57-61.
[8] Ann wan Seng,Perayaan Orang Cina,ms 75-77.
[9] Ann Wan Seng,Adat Dan Pantang Larang Orang Cina,ms 83-86.
[10] Rammani Karupiah,Sejarah Kertas 940/1 Tamadun Dunia,ms 159-184.
[11] Mohammad Nidzam Abd. Kadir,Fiqah berinteraksi dengan
Non-Muslim,ms16-19.
[12] Mohammad Nidzam Abd. Kadir,Fiqah berinteraksi dengan Non-Muslim,ms
157-174.
[13] Mohammad Nidzam Abd. Kadir,Fiqah berinteraksi dengan Non-Muslim,ms
37-56.
[14] Mohammad Nidzam Abd. Kadir,Fiqah berinteraksi dengan Non-Muslim,ms
57-94.
[15] Mohammad Nidzam Abd. Kadir,Fiqh berinteraksi dengan Non-Muslim,ms
135-140.
Pembaca Disayangi
Artikel
-
▼
2011
(94)
-
▼
September
(41)
- TIDAK MENGHINA SESAMA MUSLIM Tidak akan wujud ...
- Pilih Kemerdekaan Atau Demokrasi??
- Menguruskan Alam Sekitar Melalui Pembacaan
- Membaca Membentuk Sahsiah Remaja
- Bahaya Hati Berlemak
- Gejala Pembuangan Bayi
- Bekerja Untuk Masa Depan
- Add caption ...
- ..:: kenapa Ibu mengandung ? ::..
- KaMbINg PuTiH
- Kema...
- Kesan Sujud Kepada Jiwa ( Siti Muslimah Abdullah ...
- Komputer dalam masyarakat hari ini
- 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya p...
- Nama: Abdul Hadi Ong B. Abdullah No. matrik:DQ ...
- Disediakan oleh: Mohd Isa B. Abdullah No Matrik: D...
- ' I'm not perfect or I'm too lazy to try ?? '
- TIP PEPERIKSAAN
- Saranan Wang Zakat Bantu Rakyat Somalia Patut Dis...
- ALAM SEMULAJADI
- Penciptaan Hati. Antara semua makhluk ciptaa...
- Komputer dalam masyarakat hari ini
- cermin kawan
- Kaedah kesan bohong...
- SERONOKNYA BERGELAR HAJI DAN HAJJAH DI USIA MU...
- Gejala pembuangan bayi
- salam ukhwaH buaT SahaBat Semua\ JangaN TaKut ...
- Askara Cinta Ilahi
- PERJUANGAN WANITA DI ZAMAN RASULULLAH
- Muslimah yang Bebas Disediakan oleh : Rosedina ...
- Sahabat sejati.
- MENJADI PENULIS RABBANI
- PENEMUAN AIR TAWAR DI DASAR LAUTAN
- ..Isi Kemerdekaan Dengan Kesyukuran..
- Cabaran Mahasiswa Masa Kini ~
- "Antara Tanggungjawab dan Amanah Mahasiswa "
- Disebalik Cerita "Malas"
- Mencuri maklumat melalui Internet
- Prof. Zulkifli Muhammad: Intelektual alam Melayu y...
- Rencana : Hakikat dunia sosial dan dunia pasaran
- Salam Aidilfitri
-
▼
September
(41)
Reporters
Powered by Blogger.
Apa Yang Menarik ??
-
(23/8/2011 SELASA) Berita -Akhbar -Television -Radio -Media Baru PENULISAN BERITA AKHBAR:- ...
-
Menarik bukan? Petua orang tua-tua bukan petua semata-mata tetapi ia berkaitan dengan gelombang, titik pusat urat saraf atau titik refleksol...
-
MASTURA BINTI ABDULLAH ( UD 0661) SAAD BIN ABI WAQQAS Salah Seorang Daripada Sepuluh Sahabat Yang Dijanj...
-
Siti Norzanah Binti Ahmad (11060107) MARIMO mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat perlahan iaitu lebih kurang satu sentimeter setahun....
-
Nama: Abdul Hadi Ong B. Abdullah No. matrik:DQ 0424 Tradisi kekeluargaan orang Cina. Pengenalan Tamadun Cina merup...
-
Bismillahirrahmanirrahim, Ibnu Taimiyah mengatakan, " Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w melarang kita membunuh ular-ular yang berk...
-
oleh : siti norzanah bt ahmad (11060107) Alam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara ...
-
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamua'alaikum ... Faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan dalam kehidupan kita ialah 1) Panjang l...
-
Wanita Islam pada zaman Rasulullah SAW mempunyai peranan istimewa dalam melaksanakan amal kebajikan bagi melengkapkan peranan kaum lelaki....
-
Oleh : Nur Adibah Binti Kamarul Baharin ( SY 1070 ) Menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi ...