Wednesday, 7 March 2012

Sifat seorang da'ie.

Sifat seorang da’ie
Sememangnya, lumrah bagi seorang da’ie yang menghadapi rintangan dalam perjuangan mereka. Nabi Muhammad s.a.w. juga turut mengalami situasi yang sama seperti para da’ie, bahkan lebih perit lagi ujian yang di datangkan buat baginda. Baginda masih mampu tersenyum dan menanganinya secara baik walaupun dalam situasi yang payah. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Muzammil yang bermaksud : “Dan bersabarlah (wahai Muhammad) terhadap apa yang mereka katakan dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.” (Surah al-Muzammil : 11) Berikut adalah sifat yang perlu ada sebagai seorang da’ie :
1.    Ikhlas melakukan dakwah tanpa sebarang kepentingan peribadi.
2.    Sabar. Sabar atas perintah dan ketaatan sehingga dapat mengamalkannya. Sabar atas tegahan dan larangan sehingga dapat meninggalkannya. Sabar atas qada’ dan qadar sehingga redha dengan-Nya atas apa jua yang berlaku.
3.    Tawaduk kepada sesame manusia.
4.    Zuhud terhadap dunia dan menunjukkan contoh terbaik berhadapan dengan urusan dunia.
5.    Jujur dan amanah dalam urusan dakwah yang dilaksanakan.
6.    Mempunyai daya kefahaman yang tinggi dan cara penyampaian yang mudah diterima oleh masyarakat.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan kembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar ; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannnya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.” (Al-Mukminun 23 : 115-117)

NAJIHAH BT MAZLAN (TH 0016)

0 comments:

Post a Comment