Friday, 2 March 2012

MOHONLA BERKAT GURU YANG MENGAJAR ANDA...

MASTURA BINTI ABDULLAH (UD 0661)




    MOHON BERKAT GURU


IMAM AL- GHAZALI MENGGAMBARKAN  BAHAWA  MEMPELAJARI ILMU MEMPUNYAI  ADAB YANG TERSENDIRI . JIKA MELALAIKANNYA  MAKA  TIADALAH  KEBERKATAN PADA ILMU  TERSEBUT . JADI,UNTUK MEMILIKI ILMU  YANG PENUH  BERKAT  DAN MUDAH  MENGAMALKAN ILMU TERSEBUT,HENDAKLAH SENTIASA MENGHORMATI GURU.


      ambil berkat guru melalui

- Memberikan sepenuh perhatian kepada guru.
- Mendiamkan diri sewaktu guru sedang menyampaikan pelajaran.
- Menunjukkan minat terhadap  apa yang disampaikan.
- Tidak meninggikan suara terhadap  guru'sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang boleh didengari.
- Sekiranya perlu bertanya,pastikan guru bersedia memberikan jawapan.
- Menghormati guru di hadapan dan dibelakangnya.
- Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.
- Mendoakan kebaikan baginya .


     * marilah kita sama-sama berkongsi untuk mengambil berkat dari guru.. diatas segala pengorbanan serta tunjuk ajr yang telah diberikan untuk kita selama ini... dan janganla kita menderhakainya... kerana GURU adalah penyuluh hidup kita... tanpa GURU juga kita tidak akan berjaya.. dan tidak boleh menjadi insan seperti sekarang...*



- *TERIMA KASIH GURU...*-

0 comments:

Post a Comment