Wednesday, 7 March 2012

Apa itu MUTIRA dan HIKMAH?

Apa itu ‘mutiara’ ?
Jika ditawarkan kepada orang akan ia, nescaya menjadi rebutan jutaan mannusia untuk memilikinya. Nilainya pada manusia sangat tinggi dan berharga. Menjadikan barang perhiasan sebaik-baik perhiasan. Ia dijaga dengan amat rapi. Diletak di dalam kaca seorang diri. Cukuplah aku jika hanya menyatakan ini sedang sidang pembaca amat mengetahui akan mutiara ini. Sifat mutiara itu seharusnya ada pada diri manusia terutama buat dai'e yang menyeru kepada Allah. Bukan pada perkara buruk yang ada padanya tetapi akan nilai baik dan murninya yang boleh dijadikan pedoman. Mutiara itu lambang kelembutan, keindahan akhlak yang membuatkan jatuh hatinya orang terhadapnya, ketelusan sejahteranya akidah yang dipegang dan digenggam serta putih bersih hatinya dari segala syirik, khurafat, munafik dan khianat. Mutiara kata pula adalah suatu keindahan bahasa yang dapat memberi  pedoman kepada mereka yang menghayati. Kata-kata turut memberi motivasi bagi mereka yang mendalami dan menjiwainya.
Alangkah hebatnya alam ciptaan Allah swt yang bukan setakat dipandang malah dirasai akan nilai setiap yang Allah cipta yang bukannya sia-sia, malah untuk manusia itu sendiri. Kata Ust Pahrol Mohd Juoi: "Ia bukan soal apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya." Seorang dai'e itu bukan hanya membawa dan menyampaikan apa yang tampak di mata, tapi juga hati yang menjadi tempat bermula kebaikan dan kejahatan anggota badan yang lain..






Apa itu  ‘hikmah’ ?
Ibnu Faros mengatakan, secara bahasa hikmah berasal dari 3 huruf, iaitu (الحاء), (الكاف), dan (الميم). Sedangkan maksud asalnya adalah al man’u (mencegah/ melarang), menjadi al hukmu yang ertinya mencegah kezaliman. Kemudian al hikmah dapat dikiaskan dengan al man’u kerana mencegah kebodohan. Ibnu Mandzur menjelaskan juga hikmah bererti seseorang yang mengetahui keutamaan sesuatu dengan keutamaan ilmunya. Secara istilah pula, Al Fairuz Abadiy rahimahullah menyebutkan bahawa dalam Al Quran terdapat 6 makna dari Al Hikmah :
1. Penjelasan dari Al Quran :
Dalilnya adalah firman Allah S.W.T.  dalam Surat Al Baqarah,
وَمَا أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِنَ الْكِتَابِ وَالْحِكْمَةِ يَعِظُكُمْ بِهِ
Dan apa yang telah diturunkan Allah kepadamu yaitu Al Kitab dan Al Hikmah (As Sunnah). Allah memberi pengajaran kepadamu dengan apa yang diturunkan-Nya itu. (Al Baqarah 231)
2. Nubuwah dan Risalah Kenabian :
Dalilnya sebagaimana difirmankan Allah saat mengisahkan Nabiyullah DaudAlaihissalam,
وَآتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ وَالْحِكْمَةَ
Kemudian Allah memberikan kepadanya (Daud) kekuasaan dan al hikmah (risalah kenabian) (Al Baqarah 251)
3. Kefaqihan dalam Agama :
Dalilnya adalah firman Allah Ta’ala,
وَآتَيْنَاهُ الْحُكْمَ صَبِيًّا
Dan kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak (Maryam 12)
4. Nasihat yang baik :
Dalilnya adalah firman Allah Ta’ala,
أُولَئِكَ الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ
Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan kitab, hikmat dan kenabian(Al An‘am 89)
5. Ayat Al Quran yang mengandungi perintah-perintah dan larangan-larangan :
Dalilnya adalah firman Allah Ta’ala,
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ
Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasehat yang baik (An Nahl 125)
6. Hujah Aqliy yang boleh diterima oleh Hukum Syar’ie :
Dalilnya adalah firman Allah Ta’ala,
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ
Allah memberikan hikmah kepada siapa saja yang Dia kehendaki (Al Baqarah 269)
Sesungguhnya, kefahaman tentang itu terdapat banyak cabang dan maksud dari pelbagai pendapat. Hanya akal yang waras boleh mempertimbangkan yang mana satu kefahaman terbaik yang boleh diterima dalam khidupan mereka sendiri dan semua itu terpulang kepada setiap individu. 
NAJIHAH BT MAZLAN (TH 0016)

0 comments:

Post a Comment