skip to main |
skip to sidebar
"Kenapa kamu tidak rogol saya?"
MOHD ISA B. ABDULLAH
DQ: 0447
Posted on July 20, 2010 by aneroid09
Mungkin anda pernah tahu, atau dengar atau terbaca kisah ini…
Kisah ini berlaku di US.
Kisah tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam muslimah ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Tiada apa yang boleh dilakukannya pada waktu itu melainkan berdoa kepada ALLAH memohon keselamatan atas dirinya. Dia membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar ALLAH membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan muslimah itu selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dilaluinya semalam hanya beberapa minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol tersebut.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Namun muslimah itu sedikit hairan kenapa lelaki itu tak jadikan dia mangsa rogol ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan pada ketika itu, tetapi lelaki tadi merogol perempuan yang lalu selepasnya. Muslimah itu ingin tahu sebabnya. Dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tersebut sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun bertanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak apa-apakan saya malam itu walaupun awak tahu saya seorang sahaja ketika itu?)
Perogol itu menjawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be mine”
(Tidak, awak bukan berseorangan. Malam itu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan seorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak berseorangan pada malam itu, sudah pasti awak jadi kepunyaan (mangsa) saya..)
Muslimah tersebut rasa amat terkejut apabila mendengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat ALLAH kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
1) Tutuplah aurat dengan sempurna, ALLAH akan melindungi kamu.
2) Sentiasalah memohon perlindungan ALLAH walau di mana sahaja kita berada.
Sekian
0 comments:
Post a Comment