MOHD ISA B. ABDULLAH
DQ: 0447
Yahudi kaum pendusta
Abdullah bin Salam adalah seorang sahabat nabi yang berbangsa Yahudi. Beliau memeluk Islam sewaktu nabi berhijrah ke Madinah. Abdullah bin Salam mengungkapkan bahawa bangsa Yahudi adalah pendusta dan tidak boleh dipercayai.
Berkata Abdullah bin Salam, “Wahai RasulaLLAH, Yahudi adalah kaum yang pendusta. Sekiranya mereka tahu tentang keislamanku niscaya mereka mendustakan aku mengenai dirimu. Oleh itu cubalah Engkau kirim utusan kepada mereka untuk bertanya tentang aku, bagaimanakah keadaan peribadi Abdullah bin Salam itu? “
Kemudian RasuluLLAH pun mengirim utusan kepada mereka. Utusan itu bertanya tentang Abdullah bin Salam.
Mereka menjawab; “Abdullah adalah orang yang paling baik, anak yang paling baik dan guru kami dan anak guru kami. Beliau juga orang yang paling alim tentang agama kami dan anak dari orang yang paling alim tentang agama kami.”
Utusan itu bertanya lagi, “Bagaimana pendapat kalian jika beliau masuk Islam, apakah kalian masuk juga?”
Mereka menjawab; “Semoga Allah jauhkan kami darinya.”
Tak lama kemudian Abdullah bin Salam keluar menuju ke hadapan mereka sambil mengucap dua kalimah syahadah.
Setelah mendengar ucapan kalimah syahadah Abdullah bin Salam itu, mereka menjawab; “Beliau adalah orang yang buruk dan anak yang paling buruk dari kami. Begitu juga orang yang bodoh dan anak orang bodoh dari kami.”
Setelah itu Abdullah berkata; “Perkara inilah yang saya takutkan dari mereka. Wahai RasulaLLAH, bukankah saya sudah beritahu bahawa mereka itu pendusta?” kata Abdullah bin Salam.
Rujukan:
1) Hitler itu mungkin ada benarnya – Dr Maza – UtusanOnline
2) Abdullah bin Salam «¦»awie«¦»
3) Kaum Pendusta – Resmi Padi
0 comments:
Post a Comment