Friday, 2 March 2012

MOHD ISA B. ABDULLAH

MOHD ISA B. ABDULLAH

DQ: 0447

Dimana kedudukan Akhlak kita sebagai seorang Muslim?

Matlamat utama dalam ajaran dan pengamalan Islam ialah Akhlaq.Sesuai dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud:


“ Sesungguhnya aku di utuskan untuk menyempurnakan kemulian Akhlak”.


Orang yang berakhlak mulia adalah petanda keimanan kerana akhlak mulia adalah buah dari keminanannya. Orang yang tidak beriman adalah orang yang tak berakhlak saperti yang di sabdakan baginda Rasulullah saw yang bermaksud:


“ Bukanlah iman itu hanya dengan cita cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam didalam hati dan dibuktikan dengan amalan”.


Rasulullah saw pernah di tanya tentang apa itu agama.Baginda menjawab: Agama itu adalah Husnul Khalq iaitu kemuliaan akhlak.Bila ditanya tentang apa itu kejahatan baginda menjawab, kejahatan itu ialah Su’ul Khalaq iaitu “Ahklak yang jelik”.


Orang yang memiliki akhlak mulia akan di muliakan di akhirat. “Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik’.(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


Akhlak itu lahir pada diri seseorang hasil dari ibadah yang dilakukan.Sesiapa yang beribadah tanpa menghasilkan akhlak mulia bererti ibadahnya tidak mempunyai nilai dan faedah.Berhubung dengan ini Allah ada berfirman yang bermaksud:


“ Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari berbuat perkara jahat dan mungkar”. (Surah Al- Ankabut ayat 45).


Rasulullah pula menegaskan dalam hadis riwayat Tabrani yang bermaksud:


“Sesiapa yang sembahyang (tetapi) tidak dapat mencegah (dirinya) dari berbuat keji dan mungkar, ia akan bertambah jauh dari Allah”.


Di antara ciri ciri akhlak Islamiah yang harus dimiliki oleh setiap muslim ialah saperti berikut:


Menjauhkan diri dari perkara perkara syubhahat

Memelihara pandangan

Memelihara lidah

Bersifat pemalu

Bersifat lemah lembut

Bersifat sabar

Bersifat benar

Bersifat tawadhuk

Menjauhi sangka buruk

Menjauhi mengumpat

Menjauhi mengaibkan orang lain samada kawan atau lawan

Bermurah hati

Seorang muslim haruslah menjadi contoh ikutan yang baik kepada orang lain kerana akhlak dan segala tingkah lakunya adalah gambaran kepada prinsip prinsip Islam serta adab adabnya.Wallahu’alam

0 comments:

Post a Comment