Mior Muhammad Faris Bin Mior Abdul Rahman (SY0971)
Baginda Rasulullah s.a.w memang terkenal dengan sifat kepimpinannya yang begitu menakjubkan.Baginda bukan sahaja menjadi pemimpin di dalam keluarga.Malah, turut menjadi pimpinan di kalangan masyarakat sekitarnya. Maka, tidak hairanlah ramai dikalangan pembesar – pembesar dikalangan kaum arab sentiasa memerlukan khidmat baginda didalam menyelesaikan satu – satu urusan.
Antara tugasan yang dikira penting buat baginda adalah menyelesaikan urusan penempatan kaum Muhajirin yang baru tiba di Madinah. Dalam kesibukan baginda menyelesaikan urusan tersebut. Tiba–tiba belum pun sempat baginda menyelesaikan urusan tersebut mulai berlakulah peperangan di antara umat Islam yang dipimpin oleh baginda sendiri dengan kaum Quraisy dan penyokong – penyokongnya daripada berbagai suku kaum Arab.
Para sejarawan Islam telah menamakan setiap peperangan yang terjadi di antara kaum muslimin dengan kaum musyrikin yang disertai sendiri oleh Rasulullah s.a.w sebagai “Ghazwah” . Manakala peperangan yang tidak di sertai sendiri oleh baginda dinamakan sebagai “Sariyyah” . Selama hidup baginda Rasulullah s.a.w telah berlaku 26 kali Ghazwah dan 38 kali Sariyyah.
Mengikut apa yang boleh difahamkan dari hadith-hadith dan kesan-kesan peninggalan, sebenarnya peperangan diperintahkan buat pertama kalinya ialah selepas hijrah. Langkah selanjutnya, ke arah pelaksanaan perintah itu ialah pada bulan Safar tanggal dua belas hari bulan, (dikira dari hari hijrah Baginda ke Madinah) Di masa itu Rasulullah SAWtelah keluar dengan niat untuk berperang, yang kemudian peperangan itu dikenali dengan nama “Peperangan Waddan”. Sasarannya ialah Quraisy dan Bani Hamzah tetapi baginda tidak meneruskan peperangan itu, malah hanya sekadar dari pihak Bani Hamzah dan setelah itu baginda pun pulang tanpa sebarang peperangan.
Menjadi fenomena kepada masyarakat bahawa apabila disebut wakil rakyat ataupun pemimpin, maka aspek kekayaan juga dikaitkan. Malah menjadi satu bentuk pemikiran bahawa setiap orang yang menjadi pemimpin, semestinya seorang yang kaya-raya. Tetapi ia jauh sama sekali dengan personaliti yang ditujukan oleh Nabi Muhammad SAW. Sehinggakan sampai di satu tahap isteri baginda, Aisyah Binti Abu Bakar, terpaksa meminta gandum daripada jiran mereka. Kisah ini bukan mengajar kita agar perlu meminta kepada jiran, tetapi terjadinya kisah ini adalah kerana kesungguhan nabi di dalam menjaga kebajikan rakyatnya, sehingga dirinya dikemudiankan.
0 comments:
Post a Comment