Nuraisyah bt Ab.Manan(SY1075)
Jika difahami dan diamati perkataan ‘Tahajjud’ pasti ramai dianatara kita yang akan menitiskan air mata mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan. Pernahkah anda bangun pada akhir malam dan bermunajat kepada Allah. Ayuh…! Bangun bertemu Allah SWT di penghujung malam.
Mendirikan solat di waktu pagi yang hening dan menyesali dosa yang telah anda lakukan pastinya akan membuatkan diri anda merasa sangat kerdil di sisi Allah. Allah sahajalah Maha pengampun, mintalah pengampunan daripadanya. Butiran air mata jatuh yang penuh dengan muhasaba diri, munajat yang jauh dari pandangan manusia yang ada hanyalah pengawasan dari Allah S.W.T.
Fikirkan lah dimanakah anda disaat Allah SWT turun menghadap hamba-hambaNya yang beriman..? Adakah diri anda antara mereka yang mendapat kerahmatan dan penyucian diri daripada Allah SWT…? Adakah anda berfikir masa depan anda yang berada di ‘tangan’ Allah SWT..? Sesungguhnya yang pasti setiap daripada kita akan menjadi jasad tanpa roh.
Semoga penyesalan, taubat serta munajat yang dititip disaat kesunyian malam menjadikan saat yang painb indah dalam kehidupan kita dan akan menjadi kenangan yang paling indah semasa kita bertemu Allah SWT nanti. Setiap amalan dihitung, amalan-amalan ini akan menentukan hala tuju kita pada hari ‘esok’.
Pertemuan dan tangisan kita disaat Tahajjud dan Qiamulail aan mendapat redha Allah SWT untuk membasuh dosa-dosa kita, sesungguhnya pertemuan dipenghujung malam adalah pertemuan yang amat indah, untuk membasuh-dosa-dosa kita. Tiada yang mendengar rayuan kita kecuali Allah SWT. Cubalah bertahajjud dan bermunajat dengan Allah SWT, pasti anda akan menikmati kelazatan pertemuan dengan Allah disaat tersebut.
“Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu,
Namun tak pula aku sanggup kenerakamu,
Ampunkan dosaku terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar”
0 comments:
Post a Comment