Ya, betapanya risau dan bimbang adakah aku benar-benar seorang muslimah yang bertakwa kepadaMu ? Adakah niat aku betul apabila melakukan segala amalan kehidupanku? Ya ALLAH! Sentiasalah memberi Hidayah dan TaufikMu kepada ku! Inginku memperbetulkan niat aku sekiranya terkeluar dari landasanMu. Tapi aku dahagakan PetunjukMu Ya ALLAH !Tiada siapa tahu tanpa kehendakMu apa akan terjadi pada diri yang kerdil lagi hina ini. Bila hati mula paut pada Al QuranMu, sunnah Nabi Muhammad s.a.w dengan hati yang ikhlas dan secara mendalamnya, hati kecil ini mula geletar dan mengigil apabila mengingati KekuasaanMu serta KehendakMu, Ya ALLAH s.w.t !!!
Aku bukan Umat yang sejati seperti mana jika berbanding dengan sahabatku yang lain. Sejak kecil lagi aku tidak pernah mengenaliMu sehinggalah dengan KehendakMu, iaitu apabila diriku yang hina in digelar sebagai seorang muslimat setelah mengucapkan 2 kalimah syahadahMu yang beditu indah lagi sempurna.
Ya ALLAH! Aku merayu, meminta dan memohon kepadaMu agar diriku yang hina ini sentiasa serta selalu mendapat PetunjukMu. Jadikanlah aku ini sentiasa menjaga adab terhadap Al QuranMu, jauhkanlah diriku daripada maksiatzahir dan batin. Kukuhkanlah hubunganku denganMu serta sahabatku.Jadikanlah hatiku sentiasa bersyukur ke atas segala kurniaanMu. Amin! Ya Rabbal alamin.
~ nukilan : Nurmaisarah Abdullah DQ 0445 Nilam Puri ~
0 comments:
Post a Comment