Sunday, 8 January 2012

SEKSAAN DAN ANCAMAN BAGI LELAKI DAN WANITA YANG TIDAK MENGIKUT PERINTAH ALLAH STW DAN RASULULLAH SAW

SEKSAAN DAN ANCAMAN BAGI LELAKI YANG TIDAK MENGIKUTI PERINTAH ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW.
Oleh: Nur Aliah@Supinie Sanoai bt Abdullah

Tersebut di dalam Iryadul Ibad Ila Sabilirrasyad susunan Al-"Allamah Syiekh Zainuddin al-Malabari, bahawa Saidina Ali bin Abi Talib radhiallahu "alaihi pernah menceritakan bahawa suatu hari ia dan Fatimah menemui Nabi s.a.w. di kala itu mereka mendapati beliau sedang menangis terisak-isak. Saidina Ali pun bertanya beliau: " wahai Rasulullah, apakah yang menyebabkan tuan menangis?"

Baginda S.A.W menjawab: " Wahai Ali, pada malam aku dimikrajkan ke langit, aku melihat wanita umat aku di seksakan dengan pelbagai bentuk seksaan, yang aku sendiri tidak tahan melihatnya, lalu aku menangis kerana kasihan melihat mereka. Diantara seksaan-seksaan yang aku lihat ialah:

1. Aku melihat seorang perempuan digantungkan dengan rambutnya dalam keadaan menggelegak otaknya.

2. Aku melihat pula seorang perempuan yang digantungkan degan lidahnya dan dicurahkan pula air panas ke dalam dalam halkumnya.

3. Aku melihat seorang perempuan yang digantungkan dengan kedua buah dadanya.

4. Aku melihat seorang perempuan yang diikat kedua kakinya kepada kedua buah dadanya, manakala kedua tangannya diikat buah dadanya

5. Aku melihat seorang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti badan keldai dia diazab dengan beribu-ribu azab; dan

6. Seterusnya aku melihat lagi seorang perempuan dalam rupa seekor anjing, yang mana (kelihatan) api memasuki mulutnya dan dia keluar menerusi dudurnya; manakala para Malaikat memukul kepalanya dengan cemeti-cemeti (cambuk) daripada api.

Mendengarkan kisah itu lalu Siti Fatimah berdiri dan bertanya: 'Wahai buah hatiku dan mata hatiku. Apakah perbuatan-perbuatan yang menyebabkan mereka diseksa begitu rupa?".

Jawab Baginda Rasullah S.A.W: 'Wahai anakku, di antara dosa dan kesalahan mereka itu ialah;

1. Adapun perempuan yang digantung dengan rambutnya, sesungguhnya dia adalah kerana yang selalu tidak menutup rambutnya daripada pandangan lelaki yang ajnabi dengannya.

2. Adapun perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, maka sungguhnya dia seorang isteri yang suka menyakiti hati suaminya (dengan lidahnya dengan kata-kata kesat).

3. Adapun perempuan yang diikat kedua kakinya kepada kedua buah dadanya dan kedua tangannya diikiat kepada ubunnya ialah, sungguhnya ia sentiasa tidak bersuci dirinya dari hadas besar ( selepas haid @ selepas berjimak) dan ia bersembahyang secara main-main (tidak benar-benar khusuyuk) dan dilakukan pula secara gopoh-gapah ( kerana mengejar waktu dan memikirkan urusan dunia).

4. Adapun perempuan yang digantungkan kedua buah dadanya pula ialah, sungguh dia merosakkan hamparan suaminya        (tidak mahu melayani suami, sebaliknya melayan lelaki lain).

5. Adapun perempuan yang berkepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai, sesunggguhnya dia adalah perempuan yang suka mengacum ( menceritakan hal orang lain kepada orang lain dengan tujuan untuk mngadu dumba) dan ia juga gemar berdusta (berbohong).

6. Seterusnya mengenai perempuan yang rupanya berbentuk anjing, manakala perempuan yang api memasuki tubuhnya menerusi mulutnya dan keluar dari dudurnya, sesungguhnya dia adalah perumpamaaan seorang yang suka membangkit-bangkitkan pemberian (budi) lagi gemar berhasad dengki. Wahai anakku, kecelakaanlah ( dibalas nerakalah) bagi perempuan yang suka menderhakai suaminya.

Berhubung dengan isteri yang menyakiti suaminya, Mu'az bin Jabal pernah memberitakan bahawa Rasulullah s.a.w; "Tidak seorang isteri yang menyakiti suaminya di dunia ini, melainkan isterinya di kalangan bidadari ( yang berada di dalam syurga) berkata kepada isterinya yang di dunia itu sebagai amaran dan peringatan; 'Jangan kamu menyakiti kekasih yang bakal menjadi suami aku, nanti kamu akan dibinasakan (diseksakan) oleh Allah (di akhirat )'..."(Riwayat al- Tarmizi ,Ahmad

0 comments:

Post a Comment