Seringkali di dalam doa selepas solat kita membaca dan memohon doa kepada Allah agar dikurniakan hasanah (kebaikan) dunia dan akhirat.tanpa jemu, bosan dan alpa.Doa inilah yang akan menghiasi kehidupan kita agar Allah mengabulkan permintaan kita.
Sebagai manusia kita wajar menggerakkan segala usaha untuk memperolehi kedua-duanya.Untuk memperolehi kebaikan dunia,kita memerlukan panduan yang jelas yang dapat memandu kita menuju ke arah kebenaran.Begitu juga jika inginkan kebaikan akhirat,kita memerlukan suluhan cahaya pedoman yang akan menerangi kehidupan ini dengan jalan-jalan yang boleh mendekatkan kita kepada kebaikan tersebut.Untuk memperolehi kedua-dua kebaikan ini,ia perlukan hidayah dan petunjuk bersumberkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Fitrah manusia berhajat kepada kejayaan ,kebahagiaan ,kecemerlangan ,kedamaian dan ketenangan.Dan Allah menjelaskan bahawa kejayaan yang sebenar bagi seorang muslim ialah apabila ia Berjaya menjejakkan kakinya ke syurga yang indah lagi mempesonakan.Firman Allah yang bermaksud:
“Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian.Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh dia memperolehi kemenangan.kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
(Ali ‘Imran(3):185)
Kayu ukur kejayaan begi seseorang muslim adalah syurga dan neraka.Keredhaan Allah atau kemuraan Allah.Dunia adalah tempat untuk mengumpul segala bekalan kebaikan untuk dipersembahkan kepada Allah.Jika ia berusaha dengan penuh kesedaran ,kefahaman dan keyakinan, Insyaallah pintu menuju hasanah dunia dan hasanah akhirat terbentang luas dihadapannya.
oleh: NURUL AIN AIESYAH FATIHAH BINTI SAHARI(1)
DQ 0443
0 comments:
Post a Comment