Sunday, 29 January 2012

ROSITA RULING @ ABDL WAHID (DQ0432)

BERDAKWAH DENGANBISMILLAH

Ketika Rasullah s.a.w. diusir dari Taif dengan balingan batu dan kata-kata penghinaan, Baginda telah berselindung di sebalik tembok milik Shaibah dan 'Utbah, anak Rabi'ah. Simpati dengan keadaan Rasulullah, mereka berdua mengutus hamba mereka bernama Iddas untuk memberikan segugus anggur kepada Baginda. Apabila Iddas meletakkan anggur di tangan Baginda, Rasulullah terus menyabut kalimah "Bismillah" sebelum memakannya. Iddas yang kehairanan dengan  perkataan itu telah berkata : "Bacaan tadi tidak pernah disebut oleh penduduk kampung ini." Kemudian Rasulullah berkata: "Saudara dari negeri mana dan apa pula agama pegangan saudara?" Iddas menjawab: "saya beragama Nasrani,dari kampung Ninwa." Rasulullah terus menebarkan jaring dakwahnya: "Dari kampung lelaki soleh iaitu Yunus bin Matta? Baginda adalah saudara saya. Baginda adalah seorang nabi dan saya juga Nabi." Lalu,Iddas memeluk kepala Rasulullah serta mencium kedua-dua tangan dan kedua-dua kakinya.

Ajaibnya kerja dakwah. Ada manusia yang boleh tersentuh dan beriman kepada Allah dalam tempoh yang singkat. Ada manusia yang memerlukan masa yang lebih panjang. Allah yang memiliki semua hati makhluk-Nya dan memilih sesiapa yang dikehendaki untuk beriman. Tanggungjawab kita hanyalah bekerja dan terus menyebarkan agama Allah serta memanfaatkan segala kesempatan yang ada. Berkemungkinan,berdasarkan usaha dakwah kita itu,mad'u akan menimbangkannya dan memberikan kesan di hatinya,biarpun bukan sekarang. Kerja dakwah tidak boleh mengharapkan kesan serta - merta. Apa yang penting,kita perlu membuatkan komuniti non-Muslim ini memahami isi ajaran Islam secara tepat dan jelas.


0 comments:

Post a Comment