Nur Amani binti Jusoh
- SY 1066 -
Kalau kita keluar bersiar-bersiar di ibu kota, pastinya kita tidak akan terlepas pandang dari melihat ragam anak-anak belasan tahun dan remaja masa kini. Banyak penyakit unik yang berbahaya pada anak-anak remaja yang semakin menjadi-jadi di zaman sekarang.
Antaranya adalah ( penyakit cintan-cintun ) iaitu memang sudah lumrah, apabila kita meningkat remaja perasaan cinta itu hadir dalam diri masing-masing. Tapi cinta itu satu perkara suci, cantiknya cinta itu kalau kita peliharanya sebaik mungkin. Ini tidak , kita bercinta dengan pasangan kita macam comfirm je nak kahwin. Lepas itu siap ada anniversary lagi. Kan indah kalau kita simpan semua itu untuk cinta kita yang sebenar. Lagi best, kalau cinta kita itu sempurnakan dulu dengan Allah.
Selain itu, (penyakit attention seeker) ini penyakit yang parah. Ibu bapa mestilah pantau anak-anak sekiranya mereka ada penyakit ini. Remaja yang mengalami attention seeker ini selalu mahukan perhatian dari orang sekeliling. Ingatlah, Allah itu sentiasa ada bersama kamu. Allah itu sentiasa sayang kita, sentiasa bagi attention pada kita. Seterusnya (penyakit berlagak seperti ada di bumi New York) remaja seperti ini suka bersosial sehingga melampau-lampau batasnya. Auratnya pula Masya’Allah tidak terkata. Kemudian mereka menyambut perayaan seperti orang-orang New York dan mula copy-paste artis-artis Hollywood kegemaran mereka. Mereka juga sambut Valentine’s Day sedangkan kita sudah tahu HARAM menyambutnya. Ya Allah, dekatkanlah hati-hati mereka ini ke jalanMu. Insaflah kamu sebelum terlambat!
Ada jugak yang jenis (penyakit gangster) dan remaja seperti ini paling senang nak kenal. Suka mencarut , tidak hormat orang, suka bergaduh, suka tunjuk samseng, suka merempit dan sebagainya. Seperti yang ditunjukkan dalam drama-drama melayu sekarang seperti KL Gangster, Bohsia, KL Drift dan sebagainya. Sebenarnya remaja ini jenis remaja yang berguna sekiranya kita bawa mereka ke jalan yang benar. Mereka kan kuat, semangat kental. Manala tahu, kalau ada iman teguh dalam diri dan dicampur pula dengan kekuatan mereka, bolehlah kot kita hantar mereka ke Palestin, ataupun biar mereka berjihad untuk islam sehinggakan tak lama lagi wujud sebuah filem Melayu bertajuk “ KL MUJAHID ”
Ada juga (penyakit nak tunjuk up-to-date dan mahu glamour) remaja seperti ini kadang-kadang mereka ini tahu tentang agama tapi mereka buat-buat tak tahu atau malas nak ambil tahu. Remaja seperti mereka ini jenis tak suka duduk di rumah. Mereka ini akan melebih-lebih dalam join aktiviti-aktiviti yang terbaru seperti tarian dan sebagainya. Mereka ini juga jenis yang suka melepak di pusat membeli-belah seperti Pavilion, Sungei Wang, KLCC dan sebagainya. Kemudian mereka bangga sekiranya orang lain tahu mengenai diri mereka dan aktiviti-aktiviti sosial mereka. Alahai, ingatlah seglamour mana pun orang tu, nanti mati pakai juga kain kapan yang sama, semua orang akan pakai nanti. Kita ni sebenarnya sama je, tetap Hamba Allah. Baiklah kita jadi hamba Allah yang up-to-date. Lagi terror!
Seterusnya, (penyakit terkena kejutan budaya) dan remaja seperti ini paling mudah untuk dikenali. Remaja seperti ini sebenarnya adalah seorang yang baik dan sopan kemudian tiba-tiba bertukar menjadi 'nakal' disebabkan faktor keadaan sekeliling, kawan dan lain-lain. Cuba fikir balik, kalaulah setiap minggu kita bertukar menjadi muslim yang baik, kemudian muslim yang super baik dan seterusnya. Mesti Allah akan sayang kita sangat-sangat kan. Ada juga (penyakit i-forgot-la-pasal-islam.) remaja seperti ini pula adalah golongan yang paling dikasihani sekali. Mereka ini suka berparti, bersosial , pergi ke kelab-kelab malam, minum minuman alkohol, bergelumang dengan maksiat, tidak solat, lupa cara mandi wajib, pergaulan sangat bebas dan sebagainya. Ya Allah, cuba bayangkan kalau mak, ayah, atuk, nenek ,bakal anak cucu cicit kita tengok kita. Malu tak?? Inikan pula Allah, sudahlah Allah yang mencipta kita, beri kita macam-macam, kita pula boleh pula lupa pasal islam dan Allah dengan mudah. Astaghfirullahalazim..!!
Cukup la ini sahaja senarai penyakit unik anak-anak muda yang dapat dikongsikan. Allah itu sentiasa ada untuk kita. Nak berdoa, nak mengadu masalah, nak memohon sesuatu. Mudah je, tadah tangan memohon doa padaNya. Allah itu Maha mendengar dan Maha Pengampun. Jadi untuk para remaja, zaman muda kita ni bukanlah zaman kita nak hidup Jahiliyah. Tapi inilah masanya untuk kita start jadi hamba Allah yang paling awesome, super power, incredible, fantastic dan sebagainya.
Semoga kita dapat menjadi Islam yang sejati..!!
0 comments:
Post a Comment