Gara-gara lidah, seseorang itu boleh terhumban ke neraka. Menjadi hamba yang rugi, kerana pahalanya akan dihadiahkan kepada orang yang dizalimi. Gara-gara lidah yang jahat juga akan menjadikan seorang hamba itu muflis di akhirat.
Suatu hari seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah! Sungguh si fulanah itu terkenal dengan solatnya yang banyak, puasa, dan sedekahnya. Akan tetapi juga terkenal dengan lidahnya yang jahat terhadap jiran tetangganya." Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya," Sungguh ia termasuk ahli neraka."
Kemudia lelaki itu berkata lagi," Kalau si fulanah yang satu lagi terkenal dengan sedikit solatnya, puasa dan sedekahnya. Akan tetapi ia tidak pernah menyakiti hati jiran tetangganya." Maka Rasulullah SAW berkata," Sungguh ia termasuk ahli syurga." (Riwayat Muslim).
Kisah di dalam hadis di atas memberikan pengajaran tentang bahayanya lidah. Sekiranya ia tidak dapat dikawal dengan iman, lidah boleh membawa kita ke neraka. Meskipun seseorang itu merupakan ahli masjid, aahli ibadah, rajin solat, dan rajin berpuasa, akan tetapi dia tidak mampu untuk menjaga lidahnya dari memfitnah, berbohong dan berhasad dengki, maka amalannya itu sia-sia.
Lidah itu boleh digunakan untuk menjadi media taat kepada Allah SWT, dan juga boleh berubah seperti alat penyalaan api. Memfitnah, bersaksi palsu, ghibah, dan memecah belahkan umat. Jika seperti ini, seberapa banyakpun ibadah kita ia akan gugur gara-gara lidah yang lancang dan tidak dikawal.
Rasulullah SAW mengingatkan bahawa bahaya lidah adalah salah satu perkara yang paling Baginda khuatiri. Sebabnya, semua amal akan berguguran jika lidah kita jahat.
Suatu hari, seorang sahabat Sufyan Al-Tsaqafi bertanya kepada Rasulullah SAW : "Wahai Rasulullah, katakan kepadaku dengan satu perkara yang aku akan berpegang dengannya!" Baginda menjawab : "Katakanlah, Rabbku adalah Allah, lalu istiqomahlah." Aku berkata : Wahai Rasulullah, apakah yang paling anda bimbangkan atasku?". Baginda memegang lidah Baginda sendiri, lalu bersabda : "Ini". (Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Disediakan oleh : Rosedina Binti Kadir
DQ 0431
0 comments:
Post a Comment