1 Ramadhan:
- (114) Islam tewas dalam perang 'Balathi Syuhada' di bawah pimpinan Abdul Rahman Al Ghafin
2 Ramadhan:
- (82) Kemenangan Islam ke atas pendita wanita barbar.
Pembukaan Maghribi Tengah
- (2) Permulaan kepada Perang Badar.
*info: Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Ali 'Imran ayat 123 hingga 125: Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.
3 Ramadhan:
- (9) Rasulullah menerima utusan dari Bani Thaqif.
Abu Sufian dan Mughirah diberi tugas menghancurkan berhala kaum musyrikin.
4 Ramadhan:
- (1) Permulaan panji putih yang dijulang oleh Penghulu Syuhada Saidina Hamzah R.A
5 Ramadhan:
- (5) Persiapan tentera Islam menghadapi peperangan Ahzab
7 Ramadhan:
- (89) Kemenangan Islam di negara Sindi,rajanya bernama Dahir dibawah pimpinan Muhammad bin Al Qosim Al Thaqafi
8 Ramadhan:
- (2) Rasulullah keluar untuk menghadapi kaum quraisy dalam perang Badar Al Kubra
9 Ramadhan:
- (10) Kabilah Hamzani dari Yaman memeluk islam dalam satu hari. mereka solat dibelakang Saidina Ali yang diberi tanggungjawab oleh Rasulullah S.A.W
*info: Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.
- (16) Kemenangan Islam dalam peperangan Al Qodisiyyah yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqos.
tentera islam seramai 10000 orang, tentera parsi 120000 orang
- (39) Kemenangan Islam dan pembukaan kepulauan Rodos,berdekatan Itali
- (91) Kemenangan Islam di bawah pimpinan Thoriq bin Zaid ke atas raja Rudrik di Sepanyol
- (361) Sempurnanya pembinaan jamiah Al Azhar.
- (549) Islam mendapat semula sebahagian daripada Sofad(satu kawasan di palestin) dari tentera Salibiyyah di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi.
- (559) Tentera Islam di bawah pimpinan Nuruddin Az Zanki mendapat kembali negara Harim,barat Halab di Syria daripada tentera Salibiyyah
10 Ramadhan:
- (8) Pembukaan kota Mekah.
- (1393) Kemenangan Islam ke atas Zionis dalam perang 6 Oktober yang melibatkan negara Mesir.
*info: Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.
Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.
Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.
Dalam perang Mesir- Israel itu, Sheikh Azhar waktu itu bernama Shelkh Abdul Halim Mahmud mendapat mimpi bahawa Kubu Israel yang didakwa KEBAL itu akan dapat dijatuhkan jika menggunakan pacutan air. Maka askar Mesir telah membawa paip-paip besar ke medan perang, lalu memancutkan air ke arah kubu itu. Akhirnya, kubu itu berjaya ditawan.
11 Ramadhan:
- (14) Kemenangan Islam ke atas Parsi dalam perang buih di Iraq,Parsi diketuai oleh Panglima Mahran.
12 Ramadhan:
- (32) Saidina Al Abbas bin Abdul Mutalib meninggal dunia.
13 Ramadhan:
- (9) Kedatangan utusan dari Himyar,Thaif dan Yaman.
Rasulullah telah memuliakan mereka,akhirnya mereka telah memeluk Islam.
14 Ramadhan:
- (666) Kemenangan Islam di bawah panglima Zahir Bibras dan berjaya membuka kota Antokiyyah di Sham.
15 Ramadhan:
- (3) Kelahiran Saidina Hassan bin Ali.
- Peperangan Yakhliz
*info: Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.
17 Ramadhan:
- (2) Kemenangan Islam dalam Gazwah(Perang) Badar Kubra. Teguhnya negara Islam Madinah.
- (40) Pengkhianatan dan pencerobohan Khawarij terhadap Amirul Mukminin Saidina Ali bin Abi Talib di Mihraj Masjid Kuffah.
- (58) Ummul Mukminin Saidatina Aisyah bin Abu Bakar As Siddiq wafat.
18 Ramadhan:
- (52) Mangkatnya Saifullah Al Maslul Khalid Al Walid di Hims.
19 Ramadhan:
- (223) Al Muktasim menyahut pertolongan muslimat yang telah dibuka auratnya oleh golongan kuffar di Ammurah,Turki.
21 Ramadhan:
- (584) Pembebasan Sham/Syria daripada Salibiyyah.
22 Ramadhan:
- (6) Sempurnanya pengutusan pasukan sarayya (pengintip) Zaid bin Harith ke Ummu Qurnah.
- (648) Kemenangan Islam di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi dengan merampas kembali Baitul Maqdis dan mengusir tentera Salibiyyah.
23 Ramadhan:
- (62) Kemenangan kerajaan Islam Hamdaniyyah ke atas tentera tentera Baizantiniyyah di Halab.
24 Ramadhan:
- (658) Kemenangan Islam di bawah pimpinan Al Muzaffar Saifuddin Qutus dalam peperangan dengan Monggol di bawah pimpinan Hulagu.Peperangan ini berlaku di Ain Jalut,Palestin.
* info: Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.
Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.
25 Ramadhan:
- (8/9) Hari kehancuran berhala-berhala di Mekah. Khalid Al Walid menghancurkan berhala Al Uzza,Amru Al As menghancurkan berhala Suwa', Saad bin zaid Al Asyhali memusnahkan berhala Manat.
*info: Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung Al Uzza di Nakhla.Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, Al Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung Al Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.
- (179) Kemenangan Islam di Yaumul Zulaqoh di Andalus atau Sepanyol.
26 Ramadhan:
- (927) Kemenangan Islam di bawah pimpinan Panglima Othmani Murad dan pembukaan Bandar Balgred di Serbia.
27 Ramadhan:
- (13) Penurunan wahyu pertama kepada baginda Rasulullah di Gua Hira'.
*info: Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.
28 Ramadhan:
- (92) Perluasan negara Islam di Andalus.
* info: Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.
29 Ramadhan:
- (2) Kewajipan zakat ke atas umat Islam.
30 Ramadhan:
- (94) Kemenangan tentera Islam di bawah Panglima Musa bin Nusair dan pembukaan kota Mardah serta kepungan ke atas Salibiyyah.
(..) = tarikh Hijrah
oleh:NURUL AIN AIESYAH FATIHAH BINTI SAHARI(2)
DQ1443
0 comments:
Post a Comment