Monday, 30 January 2012

ADAB-ADAB BERI SALAM
  1. Ucapkanlah salam sebanyak tiga kali jika berada di khalayak supaya semua dapat mendengarinya. Anas r.a, menyebut, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila mengucapkan satu kalimat,beginda mengulanginya tiga kali. Dan apabila baginda datang kepada suatu kaum,baginda memberi salam kepada mereka tiga kali."
  2. Sunah bagi orang menaiki kenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki. Manakala orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk. Sementara, orang yang sedikit kepada yang banyak,dan orang yang lebih meda kepada orang yang lebih tua. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hendaklah yang muda terlebih dahulu memberi salam kepada yang tua, yang berjalan kepada yang duduk dan yang sedikit kepada yang lebih banyak.." dan dalam satu irwaya menyebut,dan yang berkenderaan kepada yang berjalan." (Bukhari 6231,6234, dan Muslim 2160)
  3. Disunatkan memberi salam dalam nada tegas dan jelas dan begitu juga bagi menjawabnya,kecuali jika di sekitarnya ada orang -orang yang sedang tidur. Ini bermakna tiada istilah 'menjawab salam di dalam hati' kerana kita hendaklah menjawab salam yang diberikan supaya orang yang memberi salam dapat mendengar jawapan salam tersebut.
  4. Disunatkan memberi salam ketika masuk dan meninggalkan majlis. Hadis Rasulullah s.a.w. menyebut, "Apabila salah seorang kamu sampai di suatu majlis hendaklah memberikan salam,dan tidaklah yang pertama lebih berhak daripada yang kedua." (HR. Abu Daud dan disahihkan oleh Al-Albani).
  5. Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah sekalipun rumah tersebut kosong. Hal ini ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya di surah An-Nur ayat 61,..Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah hendaklah kamu memberi salam kepada(sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup berkat lagi baik..'Sementara itu, Ibnu Umar r.a. menjelaskan, "Apabila seseorang akan masuk ke suatu rumah yang tidak berpenghuni,maka hendaklah dia mengucapkan, Assalamu'alaina wa 'ala 'ibadillahis solihin."
                                                                                      By,Rosita Ruling @ Abdl Wahid

0 comments:

Post a Comment