Assalamualaikum w.b.t..
Sudah hampir sebulan kita menjejak ke tahun baru 2012. Tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Bagaimana dengan sambutan tahun baru? Sungguh meriah kan? Konsert sana-sini, ‘dum..! dam..! dum..! dam..!’ bunga api meletup sana sini. Tahun Baru?? Bukankah kita baru sambut tahun baru beberapa bulan lepas, kenapa ada tahun baru lagi?? Kenapa diagungkan tahun baru calendar bukan Islam berbanding tahun baru Hijrah? Sambutan Maal Hijrah tidak semeriah sambutan tahun baru 1 Januari.
Gaya Hidup
Kebanyakkan dari kita menyambut Hari Natal, Deepavali, Chinese New Year mengikut gaya hidup, tidak melibatkan agama. Oleh itu sudah menjadi kebiasaan untuk menyambut perayaan-perayaan ini, begitu juga dengan sambutan tahun baru. Hal ini termasuk la juga fesyen, akhlak dan sebagainya. Maka secara rasionalnya segenap masyarakat kita dari rakyat ke pemimpin tertinggi Negara tidak tahu apakah erti atau definisi agama yang sebenarnya. Agama adalah gaya hidup, kerana itu agama Islam terbit dengan sifat yang syumul malah di dalam tandas juga ada adab yang ditetapkan oleh Islam untuk menjaga kesucian agama, disini jelas membuktikan Islam sangat mementingkan apa jua aspek kehidupan. Justeru majoriti masyarakat muslim Malaysia sebenarnya berbudayakan kafir sedangkan mereka muslim. Rasulullah pernah bersabada, "Seseorang itu dibangkitkan di akhirat bersama dengan orang yang dicintainya". Adakah kita akan dibangkitkan dengan ibu kita?? Maksud sebenar hadis ini ialah kita akan dibangkitkan dengan orang yang kita agongkan. Jika Baginda Rasulullah yang kita agungkan dan menjadikan nya kiblat dalam menjalani kehidupan kita di dunia maka kita akan bersama baginda, tapi kalau kita jadikan Rooney, Jenifer Lopez, Messi, Obama sebagai role model?? Dengan siapakah kita akan dibangkitkan kelak? Adakah akan bersama mereka? Sudah tentu kita ingin dibangkitkan dengan Rasulullah, tetapi kenapa kita membelakangkan agama dan lebih mengagungkan budaya barat?

Gembira……?
Terlukis kegembiraan di wajah para penyambut tahun baru masihi ini, dengan konsert dan acara-acara bebas yang membabitkan pergaulan antara lelaki dan perempuan, tambahan lagi anak muda. Tapi adakah golongan ulama dan para solehin gembira? Jawapannya ‘Tidak’. kegusaran, kesedihan serta kerisaun melanda pada hati mereka. Kenapa mesti mereka risau? Kerana mereka nampak keruntuhan akhlak bererti bala tiba di tanah mereka berpijak. Sedikit demi sedikit memesongkan akidah muda mudi, bukan sahaja muda mudi malah golongan dewasa juga turut sama bergembira pada mala mini. Pada malam tahun baru merupakan hari menanam benih-benih haram termasuklah hari valentine yang akan datang nanti padan 14 Februari. Malam 1 Januari arak-arak didiskaun dengan murah supaya siapa minum? Ya, orang Islam kerana orang kafir sudah pasti akan minum arak tapi harganya dimurahkan agar orang-orang Islam meminumnya tanpa sebarang kompromi dalam pesta menghitung akhir tahun itu. Percayalah, 9 bulan akan datang akan penuh di media massa kisah bayi sampah, longkang, dan sebagainya.

Keprihatinan
Tapi Alhamdulilah terdapat beberapa stesyen tv tidak menyiarkan pesta countdown tahun baru kerana telah dikritik hebat oleh muslim-muslim yang prihatin. Tapi seribu kali malang masih terdapat pihak media yang masih menyambut sambutan tahun baru dengan bangga menayangkan lautan manusia bercampur lelaki dan perempuan. Tahun Baru sepatutnya disambut dengan memenuhi ruangan-ruangan masjid. Dipenuhi dengan jemaah lelaki dan perempuan. Ayuh..kita berubah..! Buat lah satu transformasi daripada mengikut budaya barat dengan mengamalkan Islam dalam apa jua aspek.
Nuraisyah Ab.Manan
SY1075

0 comments:
Post a Comment