Saturday, 14 January 2012

DakWah OraNg CiNa '2012

         Walaupun NEGARA kita mencapai kemerdekaan lebih 5 dekad yang lalu tetapi nampaknya usaha-usaha dakwah yang dijalankan ke atas masyarakat bukan Islam khusunya terhadap orang Cina masih belum mencapai kejayaan yang memberasangkan. Pencapaiannya masih pada tahap yang agak sederhana di mana masih banyak usaha yang perlu dilakukan dan dipergiatkan untuk mengubah pandangan masyarakat bukan Islam dan persepsi orang Cina terhadap Islam.
       Kebanyakan oran Cina masih menunjukkan sikap prejudis terhadap Islam. Mereka tidak begitu teruja untuk mendekati Islam. Orang Cina lebih suka sekadar berada di pinggiran denagan mengambil sikap tunggu dan lihat. Justeru, bilangan orang Cina yang memeluk Islam masih boleh dihitung dengan jari. Jika ada yang memeluk Islam, ia dilakukan kerana kepentingan yang tertentu. Ada yang kerana minat pada amalan harian Islam.
       Mungkin kebanyakan mereka terdorong untuk memeluk Islam kerana faktor perkahwinan dan persekitaran. Akibatnya selepas mereka memeluk Islam, timbul banyak permasalahan yang menyebabkan ada yang bertindak keluar daripada Islam dan kembali mengamalkan cara hidup yang lama.  Golongan ini merasakan mereka terpinggir dan dipinggirkan oleh masyarakat Islam dan masyarakatnya sendiri. Kekecewaan yang dialami ditunjukkan melalui tindakan keluar daripada Islam.
       Harapan mereka selepas memeluk Islam ialah supaya mendapat bimbingan dan perlindungan daripada umat Islam  tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka dianggap sebagai golongan yang tersendiri, seolah-olah bukan sebahagian daripada umat Islam. Keturunan dan perbezaan latar belakang sering kali dijadikan sebagai alasan kenapa berlakunya penolakan terhadap golongan dipanggil sebagai saudara baru ini.
      Peminggiran terhadap golongan saudara baru dan tindakan murtad yang dilakukan oleh segelintir kalangan ini telah menambahburukkan pandangan orang Cina terhadap Islam. Bagi mereka, Islam bukan sahaja tidak mampu mempertahankan hak dan kedudukan mereka tetapi tidak berupaya menyediakan pembelaan yang sewajarnya kepada mereka yang memeluk Islam.
      Namun, perkembangan yang berlaku sejak kebelakangan ini memberikan kita petunjuk bahawa usaha-usaha dakwah sudah menampakkan sinar kejayaannya. Orang Cina sudah mendekati al-Quran dan hadir dalam program-program yang dianjurkan oleh orang Islam. Malah bilangan orang Cina yang menganut Islam sudah mengatasi kaum-kaum lain di Malaysia. Apa yang lebih membuat kita teruja adalah apabila majoriti daripada mereka yang memeluk Islam merupakan golongan profesional dan berpendidikan tinggi.


      Hal ini menjadi bukti yang nyata bahwa orang Cina boleh menerima Islam sebagai agama atau satu sistem
hidup kalau mereka diberikan kefahaman yang betul. Ynag perlu dilakukan ialah orang Cina perlu diberikan pendedahan yang berterusan terhadap keadilan dan kemampuan Islam untuk menangani setiap persoalan yang dihadapi oleh masyarakat kita dewasa ini.
      AJARAN ISLAM sudah sempurna. Tetapi cara penyampaian dan pendekatan dakwah masih boleh diperbaiki serta disejajarkan dengan kehendak dan keperluan orang Cina. Mereka tidak perlu menunggu orang Cina datang kepadanya. Tetapi umat Islamlah yang perlu mengambil inisiatif untuk mempromosikan Islam kepada orang Cina dan masyarakat bukan Islam.


~~ Oleh Nurmaisarah binti Abdullah  ~~ DQ0445

1 comments:

Tinta Seorang Daei said...

Terbaik mummy

Post a Comment