No.Matrik : SY 1066
~ KeLaNTaN KiTa~
Jika anda merancang untuk bercuti di Kelantan maka banyak tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi untuk lawatan sambil belajar, bersantai bersama keluarga atau melakukan sesuatu ekspidisi bersama kawan-kawan. Berikut adalah beberapa kategori untuk lawatan yang dapat kita kongsi bersama :
1. Kebudayaan dan Kesenian
Jika anda meminati kebudayaan dan kesenian, anda boleh melawat tempat-tempat berikut antaranya ialah :
Bank Kerapu (Memorial Perang Dunia Ke II) yang terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu, bersebelahan Padang Merdeka. Ia merupakan bank pertama yang dibina di Kelantan. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini merupakan ibu pejabat bagi tentera Jepun "Kampetai". Masyarakat Kelantan menggelarkan bangunan ini sebagai Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata. Bangunan Bank Kerapu terletak di sebelah Hilir Padang Merdeka. Bangunan tersebut siap dan mula digunakan pada tahun 1912, sebagai Bank pertama Kota Bharu, iaitu "The Mercatile Bank of India Ltd"
Galeri Info Tengku Anis dibina pada tahun 2002 dan mula dirasmikan pada tahun 2004. Geleri ini terletak di dalam kawasan Pengkalan Kubor iaitu berhampiran dengan muara sungai Golok. Di dalamnya menempatkan galeri nelayan serta pusat maklumat muka bumi kawasan Muara. Ia juga sesuai kepada para pelajar sekolah yang ingin membuat kajian serta untuk mendapat maklumat mengenai perkara yang berkaitan dengan nelayan dan untuk mengetahui bentuk muka bumi kawasan sekitarnya. Kawasan galeri ini juga sesuai dijadikn kawasan rekreasi kerana mempunyai prasarana seperti kawasan permainan kanak-kanak, tempat memancing dan juga sesuai sebagai tempat berkelah. Kawasan rekreasi ini juga menyediakan kedai makan untuk para pengunjung.
Bulatan Merdeka ini adalah satu tempat berlakunya banyak sejarah kemerdekaan dimana di tempat inilah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia dilakukan pada 31 Ogos 1957. Padang Merdeka digunakan dengan sepenuhnya setelah Istana Besar siap dengan sepenuhnya. Kini ia juga dikenali sebagai Padang Bank.
Gelanggan Seni merupakan pusat pameran khazanah budaya dan kesenian yang diwarisi oleh orang-orang Kelantan sejak turun-temurun. Pertunjukan kebudayaan dan kesenian sering diadakan di gelanggang ini termasuklah pertunjukkan Wayang Kulit, Seni Silat, Permainan Gasing, Wau disamping Persembahan Muzik Tradisional Kelantan yang unggul dan cukup unik.
Istana Batu direka bentuk dan dibina pada tahun 1939 bersempena dengan pemerintahan Sultan Ismail. Ia digunakan sebagai tempat untuk menyambut perayaan seperti perayaan perkahwinan diraja dan sebagai tempat penginapan tetamu kehormat. Namun kini, ia telah diubah dan dijadikan sebagai Muzium Diraja, di mana segala pakaian diraja dan barangan istana kepunyaan Sultan yang sebelumnya dipamerkan di sini. Ini termasuklah barangan perak, barangan di dalam bilik beradu raja dan perkakasan istana diraja. Terdapat juga pertunjukkan gambar grafik sepanjang hayat Sultan Kelantan.
Istana Balai Besar dibina sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud II pada 1940. Istana Balai Besar merupakan Istana Bersemayam Sultan-sultan Kelantan yang terdahulu. Kini istana ini digunakan untuk mengadakan majlis-majlis rasmi negeri. Di perkarangan istana ini terdapat sebuah Balai Mengadap yang luas, Balai Takhta Singgahsana dan ruangan pameran yang memaparkan berbagai koleksi barangan dan alat-alat kebesaran Diraja.
Istana Jahar dikenali juga dengan nama Istana Lama dibina pada tahun 1887, oleh Sultan Muhamad II, khas untuk cucunya iaitu Long Kundur. Namun kini ia telah dijadikan sebagai Muzium oleh Kerajaan Negeri. Pelbagai gambar dan artifak yang dipamerkan di sini sentiasa menarik minat pelawat.
Kampung Kraftangan dan Muzium Kraftangan ini kerana Kelantan kaya dengan pelbagai jenis barangan kraftangan seperti barangan perak, songket, batik dan ukiran kayu. Barangan ini dipamerkan dan dijualkan kepada orang ramai. Barangan ini boleh diperolehi dengan mudah di Kampung Kraftangan dan Muzium Kraftangan. Tempat makan yang tersohor juga ada disediakan di sekitar ini iaitu dikenali sebagai kedai makan ‘ Nasi Ulam ’ yang turut menyediakan pelbagai jenis ulam dan lauk-pauk yang boleh dirasai oleh para pelancong dan para pengunjung.
2. Alam Semulajadi
Jika anda seorang pencinta alam semulajadi, sukakan ekspidisi yang mencabar, tempat-tempat berikut boleh dikunjungi :
TASIK PERGAU
Jika anda pencinta alam semulajadi, bercuti ke Taman Santuari Tasik Pergau di Batu 18, menjanjikan satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan dengan keindahan alam semulajadi hasil pembinaan empangan hidroelektrik di Pergau. Tasik Pergau mungkin tidak sepopular Tasik Banding, tetapi ia berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung ke kawasan ini dan suasana damai dan keindahan semulajadinya menjadikan Tasik Pergau satu destinasi yang amat sesuai untuk mencari ketenangan jiwa.
Kedamaian itu menanti anda hanya kira-kira dua jam memandu dari bandar Kota Bharu. Berada pada paras ketinggian 720 meter (2,400 kaki) dari aras laut, suhu sehingga 18 darjah Celsius sudah cukup menjanjikan suasana damai selain melihat kabus menyelimuti tasik berkenaan. Taman Santuari Tasik Pergau seluas 460 hektar, yang terletak 100 kilometer dari bandar Jeli, menjanjikan pengalaman percutian yang tidak akan mungkin dilupakan. Bagi kaki pancing, di situlah 'syurga' untuk menangkap spesies lampam, tilapia, toman dan pelbagai lagi.
Pengunjung hanya perlu menyewa bot untuk jelajah pulau-pulau di tasik berkenaan. Sepanjang perjalanan ke pulau, pengunjung disajikan panorama alam semulajadi yang kaya dengan aneka flora dan fauna serta jajaran pokok kelapa dengan pelepah yang melambai-lambai ditiup angin serta rumpunan pokok buah-buahan melengkapkan keunikan tasik itu.
DABONG
Pekan kecil Dabong ibarat alam kayangan bagi mereka yang menghargai kehijauan belantara, kesegaran udara dan berminat dengan khazanah rimba serta gemar kepada cabaran alam semulajadi. Terletak kira-kira 160 km ke barat Kota Bharu, Dabong yang dikelilingi hutan tropika yang menghijau merupakan sebuah lokasi yang amat sesuai untuk aktiviti rekreasi yang mencabar seperti mendaki gunung, menjelajah gua dan berakit menerjah arus deras dan jeram.
Bagi mereka yang minat mendaki, Gunung Stong yang dikatakan mempunyai air terjun tertinggi di Asia Tenggara, dengan terjunannya sejauh 297 meter (990 kaki), terletak di Hutan Simpan Dabong, mampu memberi cabaran hebat yang memerlukan stamina yang tinggi. Gunung ini memang sesuai bagi mereka yang cintakan alam semulajadi dan kedamaian. Para peserta akan terpesona dengan air terjunnya, flora dan fauna yang senantiasa menanti kedatangan pengunjung.
Aktiviti 'hiking' di bukit-bukit batu kapur di sekitar kawasan ini boleh mendedahkan pengunjung kepada beberapa jenis flora dan fauna yang unik dan sukar didapati di tempat lain. Jika langkah kanan, pengunjung juga berkemungkinan bersua dengan gajah Asia dan burung-burung bukit batu kapur termasuk layang-layang gua.
Bagi mereka yang minat mendaki, Gunung Stong yang dikatakan mempunyai air terjun tertinggi di Asia Tenggara, dengan terjunannya sejauh 297 meter (990 kaki), terletak di Hutan Simpan Dabong, mampu memberi cabaran hebat yang memerlukan stamina yang tinggi. Gunung ini memang sesuai bagi mereka yang cintakan alam semulajadi dan kedamaian. Para peserta akan terpesona dengan air terjunnya, flora dan fauna yang senantiasa menanti kedatangan pengunjung.
Aktiviti 'hiking' di bukit-bukit batu kapur di sekitar kawasan ini boleh mendedahkan pengunjung kepada beberapa jenis flora dan fauna yang unik dan sukar didapati di tempat lain. Jika langkah kanan, pengunjung juga berkemungkinan bersua dengan gajah Asia dan burung-burung bukit batu kapur termasuk layang-layang gua.
EKSPLORASI MENJELAJAH GUA
Kunjungan ke Dabong tidak lengkap jika tidak menerokai Gua Ikan dan gua lain yang terdapat di sekitarnya seperti Gua Gelap atau juga dikenali sebagai Gua Batu Susun, Gua Keris dan Gua Pagar. Nama Gua Ikan diperoleh ekoran daripada terdapatnya batu yang kelihatan seperti ikan. Ianya mempunyai mitos tersendiri bahawa terdapat sejumlah besar ikan menghuni di gua tersebut dan ia juga dijadikan lokasi bagi masyarakat Melayu kuno untuk melangsungkan acara perkahwinan.
Untuk sampai ke Gua Keris dan Gua Pagar pula, pengunjung perlu melalui Gua Gelap yang agak sukar kerana hanya boleh dimasuki dengan berjalan mengiring dan kemudian merebahkan badan secara melentang sejauh kira-kira 20 meter untuk melepasi pintu gua yang rendah dan sempit.
Seperti namanya, Gua Gelap amatlah gelap. Cuma sesekali, galur-galur cahaya yang menyuluh masuk dari celahan dinding yang terbuka seakan menyerlahkan isi gua itu untuk ditatap. Gua Gelap atau dikenali sebagai Gua Batu Susun juga memperoleh nama daripada pelbagai bentuk batu yang tersusun rapi di sepanjang laluannya. Stalaktit dan stalagmit yang terbentuk hasil daripada titisan dan hakisan air ribuan tahun dahulu, bersinar apabila disuluh.
Seperti namanya, Gua Gelap amatlah gelap. Cuma sesekali, galur-galur cahaya yang menyuluh masuk dari celahan dinding yang terbuka seakan menyerlahkan isi gua itu untuk ditatap. Gua Gelap atau dikenali sebagai Gua Batu Susun juga memperoleh nama daripada pelbagai bentuk batu yang tersusun rapi di sepanjang laluannya. Stalaktit dan stalagmit yang terbentuk hasil daripada titisan dan hakisan air ribuan tahun dahulu, bersinar apabila disuluh.
3. Pantai & Air Terjun
Pantai
1. Pantai Seri Tujuh
Lokasi : Tumpat
2. Pantai Cahaya Bulan
Lokasi : Kota Bharu
3. Pantai Sabak
Lokasi : Kota Bharu
4. Pantai Melawi
Lokasi : Bachok
5. Pantai Irama
Lokasi : Bachok
6. Pantai Bisikan Bayu
Lokasi : Pasir Puteh
Air Terjun
1. Jeram Linang
Lokasi : Pasir Puteh
2. Jeram Pasu
Lokasi : Pasir Puteh
3. Bukit Bakar
Lokasi : Machang
4. Gunung Stong
Lokasi : Jeli
4. Pusat Membeli-Belah
Pasar Besar Siti Khadijah dulu dikenali sebagai Pasar Besar Buluh Kubu. Satu pemandangan yang unik di pasar ini ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga. Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam, daging dan sebagainya. Tingkat seterusnya pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding dan keropok iaitu makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga turut dijual lauk-pauk seperti ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Di tingkat lain juga ada dijual pelbagai jenis pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak. Barang-barang kraftangan juga turut dijual di pasar ini bagi memudahkan para pengunjung untuk membeli semua benda hanya di satu tempat yang sama.
Pasar Besar Rantau Panjang (Pusat Bebas Cukai) merupakan tempat jualan pelbagai barangan murah seperti pakaian,buah-buahan,aksesori wanita dan pelbagai makanan ringan (serunding,dodol,keropok,kacang) menjadi pilihan pengunjung tatkala ke sini. Apa yang menarik, terdapat lebih kurang 100 buah kedai dan bazar dengan bermacam jualan yang mendapat sambutan menggalakkan terutama sekali kepada pengunjung yang datang bersama pasangan,teman-teman ataupun keluarga.
Pasar Besar Rantau Panjang (Pusat Bebas Cukai) merupakan tempat jualan pelbagai barangan murah seperti pakaian,buah-buahan,aksesori wanita dan pelbagai makanan ringan (serunding,dodol,keropok,kacang) menjadi pilihan pengunjung tatkala ke sini. Apa yang menarik, terdapat lebih kurang 100 buah kedai dan bazar dengan bermacam jualan yang mendapat sambutan menggalakkan terutama sekali kepada pengunjung yang datang bersama pasangan,teman-teman ataupun keluarga.
Pasar Borong Wakaf Che Yeh adalah pasar malam terbuka yang dibuka setiap malam. Terletak kira-kira 4km dari luar bandar Kota Bharu. Ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan, sayur-sayuran serta makanan laut dengan harga yang berpatutan. Keadaan di sekitar pasar borong ini memang membingitkan telinga dan penuh sesak dengan orang ramai. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual makanan, minuman dan tidak ketinggalan ada warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan wanita dengan harga yang berpatutan.
0 comments:
Post a Comment