Sunday, 29 January 2012

Peringatan Di sebalik 5 Jari

Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan mempunyai 5 jari kanan dan 5 jari kiri. Jika diamati dan difikirkan dengan akal yang diberi, kita akan mendapati di sebalik 5 jari itu tersimpan peringatan untuk kita. Jom, kita tengok dan perhatikan jari bermula dari paling kanan.

JARI IBU
Jari yang besar dan pendek. Lambang kematangan dan kehebatan, juga simbolik kepada orang yang banyak pengalaman sehingga boleh dijadikan sebagai pakar rujuk. Peringatan untuk kita supaya menjadi manusia yang berguna dan membimbing masyarakat sekeliling ke arah jalan yang benar iaitu agama Allah SWT.

JARI TELUNJUK
Jari yang 'mengungkap' satu dan keEsaan Allah SWT ketika solat. Jari ini melambangkan ketokohan sebagai penunjuk dan menjadi contoh teladan kepada yang melihatnya. Ingatan kepada kita supaya tertunjuk ke arah jalan yang benar tanpa berselindung di sebalik maksiat.

JARI HANTU
Jari yang paling panjang. Zaman remaja ditinggalkan dan alam dewasa menjengah. Pada peringkat ini, sekitar 30-an ke atas, kehidupan telah stabil. Tetapi patut diingatkan bahawa keadaan yang stabil inilah bermulanya hantu-hantu yang cuba mengacau. Hantu hasad, hantu ego, hantu tamak, dan pelbagai jenis hantu yang samseng. Di sinilah keimanan banyak diuji, untuk menghindarinya, gandakan amal ibadat.

JARI MANIS
Manisnya jari ini apabila tersarung sebentuk cicin. Ini melambangkan kehidupan manusia apabila memasuki alam remaja. Di sebalik kemanisannya, tersimpan cabaran dan dugaan. Juga, telah dipertanggungjawabkan segala amalan yang wajib. Ketika ini diperingatkan kepada kita untuk 'amal ma'ruf nahi mungkar' dengan sebenar-benarnya.

JARI KELINGKING
Jari yang kecil dan kerdil. Lambang seorang manusia yang bermula daripada kecil. Saat ini mengingatkan kita pada usia kanak-kanak yang mentah yang perlu dibimbing. Bagai kata pepatah, 'melentur buluh biarlah daripada rebungnya'.

Disediakan oleh : Rosedina Binti Kadir
                           DQ 0431


















0 comments:

Post a Comment