Thursday, 6 October 2011

CerPen :PERMATA YANG DI CARI


 Hakim termenung jauh di koridor rumahnya,badannya benar-benar penat sekali,seharian berada di tempat  kerja betul-betul mencabar daya  ketahanan fizikal dan mentalnya..Hakim menyuakan air nescafe segera ke bibirnya aroma nescafe menusuk   ke sukma,,hakim membetulkan badannya,menggeliat seketika bagi menghilangkan lenguh yang dirasainya,matanya masih lagi melihat panorama malam..ramai lagi insan yang memenuhi bandar walaupun jam sudah hampir merangkak ke angka 2  pagi.
"masih tidak mengantukkah mereka,atau mungkin mereka juga seperti aku,yang tidak mampu memejamkan 
  mata? "  ucap hakim sendirian 
Diluar keadaannya masih lagi seperti siang,orang masih ramai,kereta masih memenuhi jalan,ada juga yang sedang mencari rezeki ,juga mencurahkan rezeki, "aah bandar metropolitan di mana-mana sahaja boleh menjadi telaga emas asalkan punyai usaha dan semangat yang kuat,perkara yang  tak bernilai umpama permata". kata hakim keseorangan.

"masih belum tidur abang kim?""sapa Naim mengejut dari arah belakang ,Hakim sedikit terperanjat,dadanya diusap perlahan2,dia menjeling sedikit ke arah Naim,mahu menunjukkan yang dia tidak selesa dengan cara Naim menegurnya,
"maaf.....maaf bang saya tak sengaja nak buat abang terkejut" , ucap Naim sambil mengaru-garu kepala yang tidak gatal .

" Kau ni tak boleh ke tegur elok2 sikit,kalau aku ada penyakit jantung macam mane?tak ke niaya 2" , ujar Hakim dalam nada marah yang dibuat-buat .
"Abang jangan cakap macam 2 tau,ingat macam abg selalu bgtau setiap perkataan adalah doa",kata Naim tersengih2.

HAKIM hanya tersenyum,kata2 itu adalah ayat yang digunakan sahabatnya.....ahh hatinya tiba2 merindui temannya yang seorang itu, "apa khabarkah dia sekarang?" , soal hakim dalam hati. 
Tanpa Hakim sedar gelagatnya benar2 telah menarik  perhatian Naim untuk memerhatikan dirinya,Naim dapat mengagak apa yang sedang bermain di fikiran Hakim sekarang.
"Abang,adakah dia benar2 bermakna dihati abg? ",tanya Naim sambil matanya tertancap ke arah suasana bandar,dia menyuakan air teh segera panas ke bibirnya.
"Kau tau tak yang kau dengan dia banyak persamaannya,dia juga seperti kau tak minum nescafe,katanya banyak kafein,dia bukan setakat bermakna tapi dia juga sangat berharga dalam hidup aku,dia adalah sebahagian dari diriku,aku tak mampu berdiri tanpanya,kalau bukan kerana dorongan dan bantuannya,aku mungkin tidak menjadi manusia  "  , ucap Hakim penuh makna .
"Abang mencintai dia ke? ",tanya Naim ingin tahu.
"Dah lah kau tak perlu tahu,aku nak masuk tidur sekarang,so tutup lampu nanti eik.."ucap Hakim dan berlalu pergi,meninggalkan Naim keseorangan bersama dengan tandatanya yg bersarang di benak fikiran.       




Di Tulis Oleh: Nurul Hasnaa Binti Abdul Halim
                   :nur_asna93@yahoo.com
                    DQ0444

0 comments:

Post a Comment